omniture

American Wave Machines, Inc. Mengumumkan Dua Projek PerfectSwell®

American Wave Machines, Inc.
2020-11-24 22:45

Projek di California dan Florida yang Diluluskan Pada Hari yang Sama 

SOLANA BEACH, California, 24 November 2020 /PRNewswire/ -- American Wave Machines, Inc. (AWM) mengumumkan dua projek PerfectSwell® yang diluluskan pada hari yang sama. Ahli Lembaga Penyelia Riverside County secara sebulat suara meluluskan projek pembangunan mewah Thermal Beach Club .  Pada hari yang sama, Pesuruhjaya New Smyrna Beach menambah dan meluluskan kolam berombak PerfectSwell® sebagai tambahan kepada MDA sedia ada untuk Pusat Perdagangan Ocean Gate, sebuah projek pembangunan serbaguna komersial berkeluasan 180 ekar.

Berkedudukan hampir dengan Pantai Barat, Thermal Beach Club terletak di tanah Kohl Ranch yang berkeluasan 240 ekar di kawasan Palm Springs. Ia menawarkan penginapan tepi pantai di padang pasir serta laluan pejalan kaki yang mengelilingi lagun, dengan PerfectSwell® menyediakan aktiviti luncur atas permintaan untuk rekreasi dan pertandingan.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan AWM dan menawarkan persekitaran yang sempurna dalam suasana ala pantai dengan cahaya matahari padang pasir yang sentiasa memancar serta pengalaman pantai yang selamat," kata Brian Grantham daripada Whitestar Development. "Kami amat berbangga kerana Thermal Beach Club bakal mewujudkan peluang pekerjaan, pendapatan cukai dan keupayaan mencipta insfrastruktur yang berdaya tahan untuk kawasan tersebut." 

Di Pantai Timur, Ocean Gate terletak di laluan yang sibuk di koridor I-95 di New Smyrna Beach, Florida, yang diangkat sebagai tempat aktiviti luncur kelima terbaik di USA.  Menampilkan hotel, restoran dan lokasi sukan hiburan, Ocean Gate merupakan laluan kepada pengunjung pantai Orlando yang berhampiran dengan destinasi sukan air terbaik di dunia serta merupakan lokasi luncur #1 di Pantai Timur. 

"Dua projek yang diluluskan pada hari yang sama jelas menunjukkan dominasi PerfectSwell dalam aktiviti luncur air di daratan," kata Mike Lopez, pemaju projek dan Naib Presiden Kanan AWM. "Dengan projek di Brazil dan Jepun bakal diperkenalkan pada tahun 2021, California dan Florida tidak ketinggalan jauh, PerfectSwell® akan dijadikan sebagai pelopor budaya dalam aktiviti luncur global. Australia adalah lokasi seterusnya."

Tentang American Wave Machines 

American Wave Machines, Inc. ialah sebuah syarikat peneraju dalam teknologi luncur yang mempunyai portfolio berpaten yang meluas di AS dan antarabangsa dalam memberikan pengalaman aktiviti luncur yang sebenar. Lokasi SurfStream® mempunyai kapasiti sebanyak 100 peluncur manakala kolam luncur PerfectSwell® berkeluasan melebihi 1 ekar dengan kapasiti 1,000 peluncur. Sejak tahun 2007, lebih 3,000,000 sesi telah berjaya diadakan di seluruh lokasi American Wave Machines di seluruh dunia.

Source: American Wave Machines, Inc.
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services