omniture

Boehringer Ingelheim dinamakan Majikan Terbaik di Malaysia, seluruh Asia Tenggara dan Korea Selatan bagi tahun 2021

Dianugerahkan oleh Top Employers Institute, ini melambangkan tahun kedua Boehringer Ingelheim diiktiraf secara kolektif atas amalan kakitangannya yang cemerlang merentas Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam, di tengah-tengah tahun mencabar ekoran pandemik COVID-19.
Boehringer Ingelheim
2021-01-27 10:00 82

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Boehringer Ingelheim telah diiktiraf sebagai Majikan Terbaik bagi tahun 2021 di Malaysia dan enam negara lain di seluruh Asia - Indonesia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam - oleh Top Employers Institute, organisasi berwibawa global bagi kecemerlangan dalam amalan kakitangan. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut syarikat rawatan kesihatan ini menerima pensijilan di Malaysia dan kali kedua ia dianugerahi di seluruh rantau ini.

Selain diperakui di peringkat tempatan dan serantau, Boehringer Ingelheim turut dinamakan sebagai Majikan Terbaik Global buat julung kalinya. Ia merupakan salah satu daripada hanya 16 syarikat yang diiktiraf di seluruh dunia untuk gelaran ini.

Pensijilan berkenaan merupakan satu pengiktirafan kukuh terhadap pendekatan proaktif dan holistik Boehringer Ingelheim dalam membina budaya inklusif dan bersifat memupuk dalam seluruh tenaga kerja dinamiknya yang melibatkan 2,000 kakitangan daripada 24 kewarganegaraan berbeza di rantau ini. Sebagai respons terhadap COVID-19, Boehringer Ingelheim memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk memaklumkan, terlibat dan berhubung dengan kakitangan termasuk: melaksanakan perlindungan gaji dan pekerjaan bagi jawatan-jawatan yang terjejas oleh langkah-langkah pandemik, memastikan peralihan yang mudah kepada kerja jarak jauh serta memastikan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi.

Beberapa contoh termasuk cuti berbayar pada akhir tahun untuk berehat, pulih dan kembali bertenaga, penyusunan kerja yang fleksibel untuk keseimbangan kerja-kehidupan, gaji untuk pejabat di rumah kakitangan, ceramah pendidikan kesejahteraan, sesi senaman maya dan pengedaran kit kesihatan yang terdiri daripada pelitup muka dan pensanitasi. Boehringer Ingelheim juga mempunyai Program Bantuan Kakitangan yang mantap, yang memberi sokongan 24/7 untuk keperluan mental dan emosi kakitangan.

"Ini merupakan satu penghormatan apabila diiktiraf oleh Top Employers Institute setahun lagi untuk amalan bertumpu kakitangan kami di seluruh rantau ini, terutamanya dengan berlatarbelakangkan pandemik COVID-19. Pensijilan ini merupakan bukti terhadap budaya kukuh kami yang mengutamakan kesejahteraan, keselamatan dan pertumbuhan kakitangan. Sewaktu kami mengemudi waktu yang tidak menentu ini bersama-sama, kami kekal komited untuk menyokong kakitangan kami agar kami dapat terus memberi kesan positif ke atas masyarakat setempat – dengan memperbaiki kehidupan manusia dan haiwan," kata Dr Armin Wiesler, Pengarah Urusan Serantau, Boehringer Ingelheim, Asia Tenggara dan Korea Selatan.

Tambah David Serés, Pengarah Sumber Manusia, Boehringer Ingelheim, Asia Tenggara dan Korea Selatan, "Boehringer Ingelheim berbangga dapat memupuk tenaga kerja yang pelbagai, bersemangat dan tangkas yang dapat menyesuaikan diri dengan pantas mengikut keperluan rawatan kesihatan yang berubah-ubah untuk manusia dan haiwan. COVID-19 telah mencetuskan pelbagai cabaran, namun begitu kakitangan kami telah berjaya menghadapi keadaan berkenaan dan terus memenuhi keperluan pesakit kami. Pengiktirafan oleh Top Employers Institute mencerminkan pengalaman kakitangan yang hebat yang telah dipupuk oleh kami dan terus ditingkatkan. Kami memastikan agar kakitangan kami merasa berdaya untuk menyerlahkan potensi terbaik mereka."

"Pensijilan Majikan Terbaik menekankan komitmen kami untuk menjadikan Boehringer Ingelheim sebagai tempat yang hebat untuk bekerja. Pada tahun 2020, kami perlu melakukan banyak perkara secara berbeza ekoran COVID-19. Walaupun begitu, kesejahteraan dan pembangunan kakitangan sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami. Kami percaya bahawa budaya tempat kerja yang prihatian diterjemahkan kepada sebuah organisasi berprestasi tinggi dan saya berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pasukan ini," kata Ung Liew Ean, Pengurus Besar Boehringer Ingelheim Malaysia.

Program Top Employers Institute memperakui organisasi-organisasi berdasarkan penyertaan dan keputusan daripada Tinjauan Amalan Terbaik HR mereka. Tinjauan ini meliputi 6 domain HR yang terdiri daripada 20 topik seperti Strategi Kakitangan, Persekitaran Kerja, Pemerolehan Bakat, Pembelajaran, Kesejahteraan dan Kepelbagaian & Rangkuman dan banyak lagi. Program ini telah memperakui dan mengiktiraf lebih daripada 1,600 syarikat di 120 negara/wilayah.

Latar Belakang Boehringer Ingelheim

Menghasilkan ubat-ubatan baharu dan lebih baik untuk manusia dan haiwan menjadi aspek penting dalam apa yang kami lakukan. Misi kami adalah untuk mencipta terapi ulung yang dapat mengubah kehidupan. Sejak penubuhannya pada tahun 1885, Boehringer Ingelheim kekal menjadi sebuah syarikat milik keluarga yang bebas. Kami mempunyai kebebasan untuk meneruskan visi jangka panjang kami, memandang ke hadapan bagi mengenal pasti cabaran kesihatan masa depan dan menyasarkan bidang yang memerlukan yang membolehkan kami mencetuskan perbezaan sebenar.

Sebagai sebuah syarikat farmaseutikal dipacu penyelidikan yang terkemuka di dunia, lebih daripada 51,000 kakitangan mencipta nilai melalui inovasi setiap hari untuk tiga bidang perniagaan kami: Farmaseutikal Manusia, Kesihatan Haiwan dan Pengilangan Kontrak Biofarmaseutikal.

Kami merealisasikan lebih banyak peluang saintifik dengan menerima kehebatan perkongsian dan kepelbagaian pakar dalam seluruh komuniti sains hayat. Dengan bekerjasama bersama-sama, kami mempercepatkan penyampaian penemuan ulung perubatan seterusnya pada masa depan yang akan mengubah kehidupan pesakit pada masa kini dan dalam generasi-generasi akan datang.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.boehringer-ingelheim.com.

 

Source: Boehringer Ingelheim
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Workforce Management/Human Resources Awards