omniture

Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence dan Weizmann Institute of Science melancarkan Program AI bersama

MBZUAI
2021-02-25 17:50 109

- Projek kolaboratif baharu yang akan memudahkan projek penyelidikan, program latihan, persidangan, program pertukaran pelajar dan banyak lagi secara bersama-sama 

ABU DHABI, UAE, 25 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence (MBZUAI) dan Weizmann Institute of Science (WIS) telah mengumumkan pelancaran Program Bersama MBZUAI-WIS dalam Penyelidikan Kecerdasan Buatan (Program AI). Program baharu ini akan menggalakkan inisiatif kolaboratif dalam penyelidikan kecerdasan buatan yang penting dan akan meneroka aplikasi AI dalam domain seperti penjagaan kesihatan, genomik dan banyak lagi.

H.E. Dr. Sultan Ahmed Al Jaber, UAE Minister of Industry and Advanced Technology and Chairman of the MBZUAI Board of Trustees, Professor Eric Xing, President of MBZUAI, and Professor Alon Chen, President of Weizmann Institute of Science.
H.E. Dr. Sultan Ahmed Al Jaber, UAE Minister of Industry and Advanced Technology and Chairman of the MBZUAI Board of Trustees, Professor Eric Xing, President of MBZUAI, and Professor Alon Chen, President of Weizmann Institute of Science.

Dengan memanfaatkan gabungan kepakaran MBZUAI dan Weizmann Institute, Program AI ini akan menjalankan penyelidikan asas serta gunaan dalam Pembelajaran Mesin, Visi Komputer, Pemprosesan Bahasa Semula jadi, Biologi Pengkomputeran, Sains Neuro dan banyak lagi ke arah visi Kecerdasan Am Buatan (AGI). Kolaborasi ini akan merangkumi projek penyelidikan, program latihan dan lawatan bersama, persidangan dan bengkel AI serta program pertukaran pelajar dan kakitangan.

Profesor Eric Xing, Presiden MBZUAI dan Profesor Alon Chen, Presiden Weizmann Institute telah menandatangani perjanjian perkongsian baharu tersebut dalam satu upacara maya di hadapan para pegawai daripada kedua-dua institusi tersebut.

T.Y.T Dr. Sultan Ahmed Al Jaber, Menteri Industri dan Teknologi Canggih UAE serta Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MBZUAI telah menghadiri acara tersebut dan menyampaikan ucapan pembukaan. Mengulas tentang pengumuman tersebut, beliau berkata: "Kolaborasi antara MBZUAI dan WIS selaras dengan visi kepemimpinan kami untuk memperluas dan memperkukuhkan kolaborasi dalam perkhidmatan negara dan kemanusiaan serta berusaha untuk mencapai kemajuan sosio-ekonomi melalui inovasi AI. Kami yakin bahawa perkongsian yang memanfaatkan bakat, teknologi dan penyelidikan ini akan menghasilkan penemuan hebat dalam AI yang akan memperkasakan Revolusi Perindustrian Keempat dan menyumbang kepada penyelesaian cabaran-cabaran terbesar yang kita hadapi sebagai sebuah komuniti antarabangsa – seperti COVID-19, keselamatan makanan dan banyak lagi. MBZUAI berbangga dapat bekerjasama dengan institusi terkemuka seperti Weizmann Institute of Science bagi mewujudkan masa depan yang dibina berasaskan pengetahuan, kelestarian dan ketahanan."

Profesor Alon Chen berkata: "Implikasi AI adalah amat luas dan akan mempengaruhi setiap aspek kehidupan kita. Melalui Program Bersama MBZUAI-WIS dalam Kecerdasan Buatan, kami menyatukan beberapa individu yang pakar dalam bidang AI, sains semula jadi dan sains tepat, dengan cita-cita untuk memperluas keberadaan serta memperkasakan para saintis kami dengan akses kepada sumber-sumber yang luar biasa. Kami akan berganding bahu memajukan AI, meneroka kaedah baharu untuk memanfaatkan kepelbagaian teknologi yang luas dan menarik ini demi kebaikan umat manusia."

Profesor Eric Xing berkata: "Usaha kolaboratif dalam kalangan pemimpin AI akan membolehkan kami mencapai kemajuan yang signifikan. Pelancaran Program AI ini mengukuhkan lagi kerjasama kami dengan Weizmann Institute yang mendasari usaha ke arah peningkatan ekosistem AI global serta meningkatkan lagi kemajuan dalam bidang sains, teknologi dan pendidikan tinggi. Program ini akan memberikan akses sumber bertaraf dunia kepada pelajar dan fakulti kami secara terbuka serta memupuk budaya perkongsian dan pengetahuan antarabangsa."

Hubungan Media:

Tanu Chopra
tanu.chopra@bcw-global.com;
+971 52 2540702  

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1443724/mbzuai_and_weizmann_joint_ai_program.jpg?p=medium600

Source: MBZUAI
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Health Care/Hospital Higher Education Contracts Joint ventures New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)