omniture

Zymergen Melantik Pakar Kewangan Global, Enakshi Singh, sebagai Ketua Pegawai Kewangan

Zymergen
2021-02-25 19:57

Eksekutif kewangan berpengalaman yang telah meraih pembiayaan ekuiti melebihi $1 bilion untuk meningkatkan platform biopembuatan bagi pasaran komersial 

EMERYVILLE, California, 24 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Peneraju biopembuatan Zymergen, hari ini mengumumkan yang ia telah melantik Enakshi (Ena) Singh sebagai Ketua Pegawai Kewangan. Singh telah membantu Zymergen memperoleh pembiayaan ekuiti bernilai lebih $1 bilion dan hutang sebanyak $100 juta sejak menyertai Zymergen sebagai Naib Presiden Kewangan pada tahun 2014, mendayakan pertumbuhan awal, pengujian, pengurangan risiko dan pembangunan produk syarikat. Pelantikan Singh dilakukan ketika Zymergen menuju ke arah penskalaan komersial dan operasi, berikutan pelaburan baharu bernilai $300 juta pada tahun lalu yang mempercepatkan lagi penemuan dan pengeluaran bahan baharu berprestasi tinggi.

 

Ena Singh, Zymergen CFO
Ena Singh, Zymergen CFO

 

"Ena mempunyai rekod prestasi yang terbukti kerana berjaya memperoleh keyakinan daripada beberapa pelabur global terkemuka yang paling dikehendaki untuk memanfaatkan peluang dan kuasa biopembuatan," kata Josh Hoffmann, Ketua Pegawai Eksekutif Zymergen. "Perniagaan kami bukanlah platform awan atau bioteknologi yang biasa anda dapati dan Ena telah menyusun atur strategi kewangan yang unggul untuk sebuah syarikat sains dan teknologi baharu. Beliau merupakan individu yang tepat untuk memimpin strategi kewangan dalam fasa kami seterusnya dengan memberi tumpuan kepada peluasan operasi dan jualan komersial kami."

Singh pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Pengurusan Aset Di Mubadala sebelum ini, sebuah dana kekayaan berdaulat Abu Dhabi berjumlah $230 bilion dengan mengetuai pelaburan semikonduktor kompleks yang melibatkan pembuatan khusus dan pelaburan yang unik serta model penskalaan yang selari secara langsung dengan platform biopembuatan Zymergen. Sebelum ini, beliau merupakan Naib Presiden teknologi perbankan pelaburan di Merrill Lynch dan penganalisis perbankan pelaburan Amerika Latin di Salomon Smith Barney. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda BA dalam bidang ekonomi di Cornell University dan ijazah sarjana MBA di MIT Sloan School of Management.

"Keupayaan Ena untuk mentadbir dengan lancar dalam kalangan pelabur dan pelanggan, ditambah dengan pemahamannya yang mendalam tentang model perniagaan dan platform teknologi Zymergen, telah meraih sokongan kuat daripada lembaga pengarah dan para pelabur," kata Sandi Peterson, Ahli Lembaga Pengarah Zymergen dan mantan Pengerusi Kumpulan Seluruh Dunia, Johnson & Johnson. "Beliau membawa pengalaman yang tepat pada masanya untuk memimpin perkembangan Zymergen ke pasaran komersial."

"Dalam masa tujuh tahun, Zymergen telah berkembang daripada satu idea kepada sebuah syarikat platform yang maju, dengan satu produk di pasaran dan banyak lagi yang sedang dibangunkan," kata Singh. "Zymergen berjaya memperoleh keyakinan pelanggan dalam penemuan bahan terbaik dan turut meningkatkan skala serta menyampaikannya kepada pasaran berpermintaan tinggi seperti sektor elektronik, perkhidmatan pengguna dan pertanian. Inovator mencari bahan baharu untuk mengatasi cabaran paling sukar pada hari ini — dan platform biopembuatan Zymergen sedang memenuhi keperluan tersebut."

Berdasarkan pengalaman awal kami, Zymergen membangun dan melancarkan produk berprestasi tinggi secara lebih lestari dengan kos dan masa yang lebih rendah daripada yang biasa digunakan dalam teknik turun-temurun petrokimia. Gabungan unik biologi, kimia, perisian dan automasi mendayakan enjin bio penemuan berprestasi tinggi Zymergen, membolehkan syarikat meneroka, mereka bentuk dan mengkomersialkan bahan baharu pada kepantasan yang tiada tandingan. 

Tentang Zymergen
Zymergen ialah sebuah syarikat biopembuatan yang menggunakan biologi untuk mengubah masa depan dunia. Zymergen bergabung dengan alam semula jadi bagi mencipta, membangun dan mengeluarkan produk dan bahan terbaik di seluruh industri – daripada pertanian hingga kepada elektronik, perkhidmatan pengguna, farmaseutikal dan banyak lagi. Syarikat ini menghasilkan rangkaian bahan berprestasi tinggi dan lestari yang digunakan hari ini, menambah nilai kepada syarikat Fortune 500 dengan produk yang memanfaatkan inovasi mikrob Zymergen yang dijual setakat ini bernilai melebihi $1 bilion. Ketahui lebih lanjut di zymergen.com.

 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1443697/zymergen_cfo_ena_singh.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1218528/Zymergen_Logo.jpg?p=medium600

Source: Zymergen
Related Links:
Keywords: Biotechnology Environmental Products & Services Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements