omniture

Anda Fikir Telah Dicederakan oleh Produk yang Mengandungi Talkum? Hak Anda Mungkin Terjejas dan Tuntutan Kecederaan Anda Mungkin Terhapus. Undian Anda Akan Membantu Menentukan Cara Tuntutan Kecederaan Ditangani

Prime Clerk LLC
2021-02-26 09:17

Hantar Undian Anda Sebelum 25 Mac 2021. 

NEW YORK, 26 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Pernyataan berikut dikeluarkan oleh Prime Clerk LLC berkenaan Chapter 11 Imerys.

Jika anda mempunyai Tuntutan Kecederaan Diri Talc, hak anda dipengaruhi oleh undian yang akan datang dalam pelan penyusunan semula ("Pelan") sebagai sebahagian daripada prosiding chapter 11 Imerys Talc America, Inc.,  Imerys Talc Vermont, Inc. dan Imerys Talc Canada Inc. (secara kolektif, "Penghutang Amerika Utara"). Imerys Talc Italy S.p.A ("ITI") juga mungkin memfailkan (tetapi belum memfailkan lagi) kes chapter 11 di Amerika Syarikat. "Penghutang" bermaksud Penghutang Amerika Utara dan, jika ia memfailkan kes chapter 11 sebelum Pelan ini disahkan, ITI. Istilah berhuruf besar yang digunakan tetapi tidak ditakrifkan di sini mempunyai maksud yang diperuntukkan kepada pihak-pihak dalam Pelan, yang boleh didapati di ITArestructuring.com ("Laman Web Kes").

Penghutang memfailkan Pernyataan Pendedahan (boleh didapati di Laman Web Kes) yang mengandungi maklumat yang akan membantu anda membuat keputusan tentang cara mengundi tentang Pelan ini, yang mengusulkan untuk menubuhkan sebuah amanah bagi menyelesaikan kesemua Tuntutan Kecederaan Diri Talc. Hak undang-undang anda akan terjejas jika Pelan ini diluluskan.

Hanya pemegang "Tuntutan Kecederaan Diri Talc," atau peguam yang bertindak bagi pihak mereka, berhak menerima satu undi pada Pelan tersebut.

Pemegang Tuntutan dan Kepentingan Ekuiti dalam semua Kelas lain di bawah Pelan ini dianggap sebagai telah menerima Pelan ini, kerana mereka sama ada Tidak Terkesan oleh Pelan tersebut atau ialah Pencadang Pelan.

Sekiranya anda mempunyai Tuntutan Kecederaan Diri Talc, anda atau peguam bagi pihak anda, sebagaimana yang dibenarkan oleh Prosedur Mengundi, mempunyai hak untuk mengundi berhubung Pelan ini. Tarikh akhir yang undi mesti diterima oleh ejen permintaan Penghutang, Prime Clerk LLC ("Prime Clerk") ialah 25 Mac 2021 pada 4:00 petang ET. Sekiranya anda tidak pasti sama ada peguam anda dibenarkan untuk mengundi bagi pihak anda, sila hubungi peguam anda. Jawatankuasa Penuntut Tort dan juga wakil penuntut talkum masa hadapan, kedua-duanya menyokong Pelan ini.

Sekiranya Pelan ini diluluskan oleh Mahkamah Kebankrapan dan Mahkamah Daerah, kesemua Tuntutan Kecederaan Diri Talc akan disalurkan kepada Amanah Kecederaan Diri Talc dan diselesaikan menurut Prosedur Pembahagian Amanah. Sekiranya anda pemegang (a) Tuntutan Kecederaan Diri Talc dan anda mengundi untuk menerima Pelan tersebut, (b) Tuntutan yang dianggap sebagai menerima Pelan tersebut, (c) Tuntutan Kecederaan Diri Talc dan anda mengundi menentang Pelan tersebut dan tidak memilih untuk menerima pelepasan ini, atau (d) Tuntutan Kecederaan Diri Talc yang berhak untuk mengundi untuk bersetuju atau menentang Pelan tersebut dan anda tidak mengundi atau menentang Pelan tersebut dan tidak memilih untuk membebaskan yang disediakan dalam Pelan (tertakluk kepada batasan-batasan tertentu yang dijelaskan dalam Pelan tersebut), anda akan dianggap mengizinkan "Pembebasan oleh Pemegang Tuntutan" yang ditetapkan dalam Pasal XII Pelan tersebut. Sila baca Pelan ini dan Dokumen Pelan yang lain dengan teliti untuk mengetahui butiran tentang bagaimana Pelan ini, jika diluluskan, akan mempengaruhi hak anda. 

Anda mempunyai hak untuk membantah Pelan ini. Tarikh akhir untuk memfailkan bantahan ialah 28 Mei 2021 pada pukul 4:00 petang ET. Terdapat syarat yang mesti diikuti untuk memfailkan bantahan, yang ditetapkan dalam Perintah Prosedur Pengundian. Bantahan yang diterima setelah tarikh akhir tidak akan dipertimbangkan oleh Mahkamah Kebankrapan dan dianggap sebagai ditolak tanpa notis lanjut. Anda boleh mendapatkan maklumat atau arahan tambahan, menyemak Dokumen Pelan, atau mendapatkan pakej permintaan dengan kertas undi untuk mengundi, dengan menghubungi Prime Clerk.

Imerys Ballot Processing Center
c/o Prime Clerk LLC, One Grand Central Place
60 East 42nd Street, Suite 1440, New York, NY 10165.
Sila layari: ITArestructuring.com 
Untuk Memohon Maklumat Lanjut: imerysinfo@primeclerk.com
Untuk Memohon Pengundian dengan Pekej Permintaan untuk Mengundi pada Pelan:
imerysballotrequests@primeclerk.com
Call: (844) 339-4096 (Talian Bebas Tol) / +1 347 919 5767 (Antarabangsa)

Source: Prime Clerk LLC
Keywords: Legal Services