omniture

Pengeluar Kenderaan Elektrik (EV) Jerman, e.GO Mobile, berjaya memuktamadkan pusingan pembiayaan Siri B

Next.e.GO Mobile SE
2021-02-26 12:52 46

Pengeluaran untuk e.GO Life dijadualkan bermula pada bulan Jun 2021

Memberi tumpuan kepada Internet Pengeluaran yang mengganggu untuk memacu pertumbuhan antarabangsa teragih

AACHEN, Jerman, 26 Februari 2021 /PRNewswire/ -- nd Industrial Investments B.V. yang merupakan sebahagian daripada syarikat ekuiti swasta antarabangsa nd Group B.V. dan pemegang saham majoriti Next.e.GO Mobile SE, telah berjaya memuktamadkan pusingan pembiayaan ekuiti Siri B bernilai lebih EUR30 juta untuk Next.e.GO Mobile SE, membolehkan pengeluaran kilang di Jerman dimulakan dan menyokong agenda syarikat.

The limited edition e.GO Life NEXT
The limited edition e.GO Life NEXT

Pusingan ini menarik pelabur antarabangsa terkemuka dari seluruh dunia, termasuk Moore Strategic Ventures (MSV), sebuah syarikat pelaburan swasta Louis M. Bacon iaitu pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Moore Capital Management LP; John Snow, mantan Setiausaha Perbendaharaan A.S.; Alejandro Agag, pengasas dan Pengerusi Formula E serta pelopor perlumbaan EV dan Edward Norton – seorang pelakon yang telah tiga kali dicalonkan untuk Anugerah Akademi yang juga merupakan seorang penulis, pengarah dan pengasas bersama pelbagai syarikat teknologi seperti CrowdRise dan EDO.

Setelah berkhidmat sebagai Duta Biodiversiti PBB selama lebih 10 tahun dan menyokong usaha-usaha penyahkarbonan serta kelestarian alam sekitar sejak sekian lama, Encik Norton merupakan salah seorang duta jenama yang hebat untuk e.GO dalam misinya untuk mengubah dan mencipta semula mobiliti bandar.

Dengan kewujudan kereta penumpang empat tempat duduk, e.GO Life dan platform pengeluaran yang mengganggu, Next.e.go Mobile SE menawarkan salah sebuah kereta elektrik yang paling lestari.

"Kami sangat gembira dengan kejayaan pembiayaan Siri B ini dan selebihnya, begitu juga dengan kualiti dan impak para pelabur hebat kami yang telah menyertai usaha Next.e.GO dalam memacu transformasi mobiliti bandar bebas karbon serta menawarkan kitaran kelestarian yang sejati," kata Ali Vezvaei, Ketua Pegawai Eksekutif nd Group B.V. dan Ahli Lembaga Pengarah Next.e.GO Mobile SE.

Pengeluaran e.GO Life di Kilang 1 di Aachen, Jerman yang dijadualkan bermula pada bulan Jun 2021 akan menjadikan Next.e.GO sebagai salah satu daripada pengeluar tunggal BEV bebas di Barat yang memulakan pengeluaran pada tahun ini. Sejajar dengan itu, syarikat sedang bekerjasama erat dengan pembekal komponen elektronik dan plastik untuk memastikan perkembangan yang tepat pada masanya dalam semua aspek pengeluaran. Para pekerja akan mula diserapkan untuk pekerjaan jangka pendek mereka secara beransur-ansur bagi tujuan ini. Pengeluaran awal akan memberi tumpuan kepada edisi terhad istimewa e.GO Life NEXT untuk meraikan pencapaian utama perjalanan syarikat. Edisi terhad ini berharga €22.990 termasuk VAT, selepas bonus alam sekitar pengilang dan hanya tersedia kepada 1,000 pelanggan pertama.

"Kami amat berterima kasih dengan semangat, komitmen dan kesabaran pelanggan serta para peminat kami dan kami turut berasa gembira kerana akhirnya mampu menerima tempahan mereka," kata Profesor Günther Schuh, pengasas dan Pengerusi Lembaga Pentadbiran Next.e.GO Mobile SE.

Edisi khas e.GO Life NEXT akan dihantar kepada pelanggan seawal bulan Julai 2021 dan ke atas.

Hak Cipta ® - Next.e.GO Mobile SE

Next.e.GO Mobile SE 

Next.e.GO Mobile SE yang beribu pejabat di Aachen, merupakan sebuah syarikat pengeluar kenderaan elektrik dan sistem mobiliti lestari. Kampus RWTH di Aachen terdiri daripada 400 orang pekerja Next.e.GO Mobile SE yang menggunakan rangkaian sains dan perniagaan unik bersama-sama 420 buah syarikat teknologi dan dilengkapi infrastruktur penyelidikan yang komprehensif. Pasukan yang tangkas ini sedang mengusahakan pelbagai kenderaan elektrik yang menjimatkan kos dan tahan lama untuk perjalanan jarak dekat.

ND Group B.V.

nd Group B.V. merupakan sebuah syarikat induk ekuiti swasta yang beribu pejabat di Belanda. Ditubuhkan pada tahun 2008, firma ini memberi tumpuan utama terhadap EV, Tenaga Alternatif, Teknologi Kewangan (Fintech), Teknologi Kesihatan (HealthTech), aset perindustrian dan hartanah.

Sila Hubungi:

Next.e.GO Mobile SE 

Perhubungan Awam
Campus-Boulevard 30
52074 Aachen 
T +49 241 47574-227 
presse@e-go-mobile.com

ND Group B.V. 

Perhubungan Awam
Flight Forum 880
5657 DV Eindhoven,
The Netherlands
Telefon: +31 40 30 40 50 1
press@nd.net

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1444706/e_go_life_next.jpg?p=medium600

 

Source: Next.e.GO Mobile SE
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation New products/services Venture Capital