omniture

Mathew Knowles Menjadi Pengacara Bagi Mathew Knowles IMPACT, Satu Pertunjukan Podcast Baharu di iHeartRadio

Music World Entertainment
2021-02-26 20:28

HOUSTON, 26 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Ahli muzik, penulis, profesor dan aktivis Mathew Knowles menjadi pengacara dalam pertunjukan podcast pertamanya di iHeartRadio. Mathew Knowles IMPACT ialah program satu jam seminggu di mana Dr. Knowles, tetamu selebriti dan pemanggilnya berkongsi perspektif tentang perkauman, kesihatan dan kesejahteraan, keusahawanan dan perniagaan muzik.  "Empat topik ini menggunakan zeitgeist Amerika hari ini," kata Dr. Knowles.  "Pada asasnya semuanya berkisar tentang wang dan kuasa.  Kami berhasrat untuk memisahkan kebenaran daripada penipuan dan membincangkan fakta tanpa sensasi."  Mathew Knowles IMPACT bersiaran pada hari Isnin, 22 Februari 2021 di iHeartRadio dengan tetamu istimewa Al Sharpton.  Tetamu beliau pada hari Isnin, 1 Mac ialah Reverend Jesse Lee Peterson, seorang republikan konservatif berkulit hitam yang berhaluan kanan.


"Matlamat utama rancangan radio adalah untuk membina hubungan dan menghapuskan halangan," menurut Dr. Knowles dari pejabatnya di Houston.  Sasaran penonton untuk Mathew Knowles IMPACT adalah wanita berumur 35-60 tahun dan berpendidikan.  Para tetamu merupakan pemimpin daripada pelbagai komuniti dengan sudut pandangan yang berbeza-beza.  Telah mengesahkan kehadiran untuk episod yang akan datang ialah Quest Love (ketua kumpulan The Roots dalam The Tonight Show) dan Stormy Simon (bekas presiden Overstock.com)

Dr. Knowles diiktiraf secara meluas dalam industri hiburan atas usaha mengembangkan dan mempromosikan artis pemenang anugerah. Sebagai pengasas Music World Entertainment Corporation, beliau telah berkhidmat sebagai penerbit eksekutif untuk lebih 100 buah album platinum dan emas yang memenangi anugerah dalam pelbagai genre, termasuk pop, R&B, gospel, tarian dan country serta runut bunyi dan projek bertema khas. Jualan rekod telah melebihi 450 juta di seluruh dunia, dengan karya yang menampilkan beberapa nama terbesar dalam muzik yang di antaranya seperti Chaka Khan, Earth Wind & Fire, The O'Jays, Destiny's Child dan anak perempuannya Solange, serta Beyoncé.

Karyanya dalam filem dan televisyen termasuklah sebagai Penerbit Eksekutif bagi filem pecah panggung nombor satu Obsessed, yang menampilkan Idris Elba dan Beyoncé. Beliau adalah pengarang bagi banyak karya termasuk buku terlaris #1, The DNA of Achievers: 10 Traits of Highly Successful Professionals. Beliau adalah seorang profesor (Prairie View A&M University, University of Houston dan The Art Institute), pensyarah, penceramah umum, dermawan dan seorang yang terselamat daripada kanser.

Sebagai perintis bagi kejayaan seorang yang berketurunan Afrika Amerika dalam dunia korporat, Dr. Knowles amat memahami keperluan untuk memperkasakan komuniti dengan berkongsi pengetahuannya dan gembira dapat bekerjasama dengan iHeartRadio, platform podcast nombor satu di negara ini, dalam Mathew Knowles IMPACT.

Mathew Knowles IMPACT tersedia sekarang di https://www.iheart.com/podcast/1119-mathew-knowles-impact-77714725/  dan https://podcasts.apple.com/ge/podcast/mathew-knowles-impact/id1547696028 

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mathewknowles.com. 

Sila hubungi: Len Evans, Publisiti Projek
212-445-0066 /
len.evans@projectpublicity.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1445087/music_world_entertainment___mathew_knowles_impact.jpg?p=medium600

 

Source: Music World Entertainment
Keywords: Entertainment Radio Black-oriented news