omniture

Yayasan Swarovski Mengumumkan Program Geran dan Bimbingan Global melalui Panggilan Terbuka kepada Belia yang Kreatif dalam Pembangunan Lestari

The Swarovski Foundation
2021-03-11 04:54 56

- Institut Yayasan Swarovski: Kreatif untuk Masa Depan merupakan sebuah program antarabangsa dengan kerjasama Pejabat Perkongsian PBB untuk mengenal pasti dan mempercepat kewujudan bakat kreatif generasi akan datang yang menunjukkan kesedaran, teknologi dan penyelesaian untuk pembangunan sosial dan lestari

-Program geran global ini dilancarkan dengan panggilan penyertaan yang dibuka selama empat minggu untuk pelbagai bakat muda (18-25 tahun) daripada seluruh disiplin kreatif termasuk fesyen, seni, reka bentuk, seni bina dan kejuruteraan

- Peserta yang terpilih akan menerima dermasiswa, pembimbing peribadi, latihan pendidikan dan akses rangkaian industri untuk menyokong amalan pembangunan mereka dan akan dijemput hadir dalam segmen Perhimpunan Besar PBB yang berprestij pada bulan September 2021.

LONDON, 11 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Yayasan Swarovski mengumumkan pelancaran Institut Yayasan Swarovski: Kreatif untuk Masa Depan Kita, suatu program geran global baharu yang direka bentuk dengan nasihat Pejabat Perkongsian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengenal pasti dan mempercepat kewujudan generasi pemimpin akan datang yang kreatif dan lestari.

SFI: Kreatif untuk Masa Depan Kita bermula hari ini dengan panggilan penyertaan bakat kreatif yang dibuka selama empat minggu di seluruh dunia, berusia antara 18 hingga 25 tahun daripada pelbagai disiplin termasuk fesyen, reka bentuk, seni bina, sains, teknologi dan kejuruteraan – tanpa sebarang had untuk medium kreativiti. Peserta yang berjaya perlu mempunyai minat yang mendalam, menunjukkan dan berpotensi menjadi contoh penggunaan proses kreativiti yang akan menjadi pemangkin kesedaran, teknologi atau penyelesaian bagi pembangunan lestari. Yayasan Swarovski berhasrat untuk menarik pelbagai pemohon dari seluruh dunia dan membawa suara dan perspektif baharu ke dalam proses yang kreatif ini.

Penerima geran akan menerima sokongan kewangan bagi memperluas amalan mereka. Pembiayaan ini disertai oleh kolaborasi dengan program pendidikan institusi antarabangsa terkemuka, program bimbingan tersuai dan rangkaian hubungan industri dengan panduan daripada Yayasan Swarovski. Penerima geran akan diberi sokongan untuk membangunkan inovasi dan amalan yang dibentangkan melalui permohonan mereka dan mendorong kemajuan ke arah Tindakan Sedekad untuk Menyampaikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Penerima geran akan dijemput untuk hadir pada bulan September 2021 dalam segmen berprestij Perhimpunan Besar PBB.

Butiran permohonan dan program boleh didapati di www.sfcreatives.orgly. Permohonan di seluruh dunia akan mula diterima pada 9 Mac hingga 9 April2021. Pemohon yang berjaya akan diumumkan pada 21 April yang jatuh pada hari yang sama dengan Hari Kreativiti dan Inovasi Sedunia PBB.

Pautan Video DI SINI

 

 

 

Source: The Swarovski Foundation
Keywords: Education Higher Education New products/services Not for profit