omniture

Platform Automasi EXIM Shipsy Meneroka Pasaran Asia Tenggara dan Memeterai Perjanjian dengan Rakan Kongsi Utama

Shipsy
2021-03-11 11:00 1343

GURUGRAM, India, 11 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Shipsy, sebuah perniagaan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) yang berpusat di India merancang untuk memperkukuhkan strategi perniagaan globalnya dengan memperluas perkhidmatan mereka ke negara-negara di Asia Tenggara. Disokong oleh pembiayaan daripada Sequoia Surge & InfoEdge, Shipsy berusaha untuk memasuki pasaran yang mendominasi perdagangan Asia Tenggara.

Penerokaan ini menunjukkan ketahanan luar biasa di sebalik sekatan pergerakan yang telah membawa kesan buruk terhadap landskap ekonomi. Mereka berjaya meningkatkan pendapatan secara agresif melebihi 50% semasa tempoh tersebut melalui kerjasama dengan pelanggan utama di seluruh dunia memandangkan momentum kini beralih ke arah automasi dan bekerja secara jarak jauh.

Melalui pasaran yang berpusat di India, mereka memproses lebih 10% daripada perdagangan kontena India dan bekerjasama dengan 5 daripada 10 pengeksport terbaik. Dalam masa 3 bulan di Asia Tenggara, mereka telah menjalin kerjasama dengan pengeluar Tayar global terbesar, pengeksport Simen, pengeluar Petrokimia serta beberapa pengeksport kimia global dalam transformasi digital di bidang logistik.

Soham Chokshi, Ketua Pegawai Eksekutif mengulas: "Peluasan ke Asia Tenggara adalah strategik dari segi permintaan & kesediaan pasaran, kerana pandemik mendorong pembuat keputusan di seluruh dunia untuk melaksanakan inisiatif digital, mengautomasi dan menjalankan kerja dengan cekap. Asia Tenggara merupakan pasaran yang kritikal dengan perdagangan antarabangsa yang disalurkan melalui rantau ini, kami yakin dapat bekerjasama dan memberi manfaat kepada organisasi melalui rangkaian logistik digital kami yang canggih."

Platform Shipsy menawarkan rangkaian automasi EXIM yang lengkap. Bermula daripada Perolehan Pengangkutan, Penghantar bekerja secara digital dengan Syarikat Perkapalan dan ejen untuk berunding dan menetapkan kadar. Seterusnya, modul Pengurusan Penghantaran berfungsi untuk mengintegrasi syarikat perkapalan dan agregator global untuk membantu dalam automasi Jangkaan Waktu Ketibaan (ETA). Ia juga mempunyai modul kolaboratif yang membantu automasi aliran kerja yang lengkap bagi memberi gambaran keseluruhan tentang peringkat penghantaran, pertukaran dokumen dan komunikasi keseluruhan ejen.

Penghantar menikmati pengurangan kos penghantaran hingga sekitar 5% melalui rundingan pengangkutan yang digerakkan oleh sistem dengan pelbagai pusingan dan kadar rujukan yang pintar. Penghantar juga menyaksikan pengurangan tempoh dalam pelan penghantaran dan bil muatan (BL) yang dikeluarkan dengan lebih pantas berserta caj luar jangkaan yang boleh dielakkan melalui peningkatan kebolehlihatan di sepanjang proses tersebut. Platform yang boleh diintegrasikan sepenuhnya ini telah menunjukkan penjimatan tenaga manusia yang ketara dan menggembirakan pelanggan dengan penghantar terbaik di seluruh dunia dan menjadi pengendali barisan hadapan dalam Automasi Logistik Antarabangsa.

Walaupun berlakunya pandemik, perdagangan global menyaksikan lonjakan permintaan & cabaran dengan kadar pengangkutan yang tinggi, kesesakan & ketidaksediaan kontena yang diramalkan berlaku. Teknologi canggih Shipsy disesuaikan untuk mengatasi cabaran & memperkasakan penghantar untuk bekerja secara digital dan lebih cekap.

Hubungan Media: media@shispy.co.in; +91-9867999866

Source: Shipsy
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services