omniture

Scholle IPN Mengambil Alih Syarikat Peralatan Pembungkusan Fleksibel, Bossar

Scholle IPN
2021-03-11 20:19

NORTHLAKE, Illinois, 11 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Scholle IPN, pembekal global terkemuka dalam penyelesaian pembungkusan fleksibel, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memuktamadkan pembelian Bossar, pembekal global untuk peralatan pembungkusan membentuk-mengisi-menutup yang lengkap dan fleksibel.


Gabungan perniagaan baharu ini akan memanfaatkan keupayaan gabungan kedua-dua perniagaan untuk menyediakan kemudahan membeli-belah setempat bagi penyelesaian bersepadu dan lestari secara menegak dalam pasaran pembungkusan fleksibel global. 

Ross Bushnell, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Scholle IPN mengulas tentang gabungan ini dengan berkata, "Ini merupakan langkah penting seterusnya dalam evolusi berterusan kami untuk menjadi penyedia penyelesaian pembungkusan yang benar-benar penting kepada para pelanggan kami di seluruh dunia." Encik Bushnell menyambung, "Walaupun kedua-dua syarikat telah bekerjasama untuk jangka masa yang lama, gabungan rasmi ini bukan sahaja mengukuhkan jejak peralatan global kami tetapi ia juga membolehkan kerjasama yang lebih kukuh dalam pasukan kami di seluruh dunia. Misi kami adalah untuk menjadi Simply Flexible (Hanya Fleksibel) dalam semua yang kami lakukan dan gabungan kedua-dua perniagaan hebat ini akan merealisasikan misi tersebut ketika kami mencapai matlamat daripada menjadi peneraju dunia dalam filem, kelengkapan dan peralatan kepada menjadi peneraju dunia dalam pasaran pembungkusan cecair global."

Jeroen van der Meer, Pengarah Urusan Scholle IPN di EMEA dan Ketua Pegawai Eksekutif Bossar menyatakan, "Matlamat Scholle IPN adalah untuk mewujudkan penyelesaian pembungkusan fleksibel yang peka terhadap alam sekitar dan ringan bagi ekonomi kitaran. Melalui gabungan Bossar dan Scholle IPN, kami dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada aktiviti pembangunan untuk menyediakan teknologi canggih yang membolehkan kami mengeluarkan pelbagai penyelesaian pembungkusan lestari yang lengkap kepada para pelanggan kami." En. van der Meer menambah, "Kini, produk kami telahpun menyediakan penyelesaian yang lestari melalui pengurangan besar dalam berat pembungkusan serta melanjutkan jangka hayat simpanan, mengurangkan penggunaan tenaga dan meminimumkan sisa makanan."

Syarikat ini akan mengekalkan jenama Bossar dan akan terus menggunakan ibu pejabat operasi Bossar di Barcelona, Sepanyol serta kemudahan pembuatan mereka di India. Gabungan perniagaan ini beroperasi di seluruh Eropah, Rusia, China, India, Australia, Brazil, Chile, Kanada dan Amerika Syarikat.

Untuk maklumat lanjut tentang Scholle IPN dan Bossar, sila layari laman web mereka di: www.bossar.com dan www.scholleipn.com.

TENTANG SCHOLLE IPN
Scholle IPN ialah peneraju global dalam penyelesaian pembungkusan yang fleksibel sepenuhnya seperti filem perintang, kelengkapan ergonomik dan peralatan pengisian canggih untuk beg-dalam-kotak (bag-in-box) dan kantung. Dengan pendekatan penyelesaian pembungkusan yang menyeluruh, Scholle IPN dapat mereka bentuk, mengeluar dan menyampaikan penyelesaian yang unik dengan cepat kepada pelanggan yang menyediakan lebih seratus bilion hidangan makanan dan minuman setiap tahun kepada pengguna mereka. www.scholleipn.com

TENTANG BOSSAR
Bossar ialah peneraju global dalam reka bentuk dan pembuatan peralatan pembungkusan membentuk-mengisi-menutup yang lengkap untuk pengeluaran format pembungkusan fleksibel seperti kantung bermuncung, kantung berzip dan uncang. Tumpuan Bossar terhadap penyelesaian pembungkusan sepenuhnya yang merangkumi perlindungan dan penyampaian produk dengan pembaziran yang minimum, menjamin kedudukan yang penting dalam ekonomi kitaran.  www.bossar.com

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1454121/scholleipn_bossar_acquisition.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1273678/Bossar_RGB_logo_Logo.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1193656/Scholle_IPN_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Scholle IPN
Keywords: Chemical Food/Beverages Machinery Mining/Metals Paper/Forest Products/Containers Acquisitions, mergers, takeovers