omniture

Platform DLT Tanla yang dibangunkan oleh Trubloq menguatkuasakan peraturan TRAI

Tanla Platforms Limited
2021-03-12 12:32 43

- Trubloq memberi kuasa kepada pelanggan dan membolehkan perusahaan menyekat panggilan dan mesej spam 

HYDERABAD, India, 12 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Tanla Platforms Limited mengatakan hari ini bahawa syarikatnya menyokong perusahaan dalam memenuhi keperluan TCCCPR untuk mendaftarkan templat kandungan dengan pengawal selia telekomunikasi bagi memastikan aliran komunikasi komersial yang lancar antara perniagaan dengan pelanggan mereka. Trubloq merupakan sebuah rangkaian berasaskan rantaian blok Tanla yang dibina untuk menyelesaikan komunikasi komersial yang tidak diminta berlandaskan peraturan keutamaan pelanggan komunikasi komersial telekom (TCCPR) TRAI. SMS dan OTP yang dihantar oleh perusahaan akan diperiksa dengan membandingkannya dengan templat yang telah mereka daftarkan pada platform rantaian blok ini.

Trubloq menguatkuasakan keperluan kawal selia dengan memberi kuasa kepada pelanggan dan membolehkan perusahaan serta pengawal selia menyekat ancaman panggilan dan mesej spam. Pelanggan boleh memiliki, mengawal dan menguruskan komunikasi komersial yang ditujukan kepada mereka, melindungi diri mereka daripada SMS dan panggilan palsu. Perusahaan yang telah mendaftarkan templat kandungan mewujudkan suatu ekosistem yang dipercayai dengan memastikan bahawa kesemua komunikasi komersial kepada pelanggan adalah selamat daripada penipuan dan dihantar tepat pada masanya tanpa sebarang kelewatan.

Uday Reddy, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Tanla Platforms Limited berkata, "Trubloq Tanla dibangunkan agar perusahaan dapat memperkayakan pengalaman pelanggan dan mewujudkan ekosistem yang dipercayai dalam komunikasi komersial. Untuk tujuan ini, Tanla komited untuk menyokong semua perusahaan bagi memastikan penerimaan yang pantas dan pematuhan terhadap peraturan yang dinyatakan."

"Tanla menyokong perusahaan untuk mematuhi keperluan TCCPR dengan pendaftaran templat kandungan mereka bagi kegunaan komunikasi komersial. Pasukan sokongan pelanggan, teknologi dan kepemimpinan Tanla merupakan pelanggan setia dan telah bekerjasama dengan mereka sepanjang masa untuk memastikan protokol kawal selia dipenuhi dalam tempoh tujuh hari lanjutan seperti yang diberikan oleh TRAI," Uday Reddy menambah.

Trubloq telah dilancarkan secara komersial pada bulan September 2020 sebagai bertindak balas terhadap permintaan Penguatkuasa Kawal Selia Telekomunikasi di India untuk mengatasi masalah komunikasi komersial yang meluas dan melindungi maklumat pengguna serta integriti sektor telekomunikasi. Sejak pelancarannya, platform ini beroperasi dengan kecekapan penuh. Tanla telah berjaya menarik lebih 34,000 perusahaan dan platform DLT tersebut kini memproses sekitar 70% trafik A2P di India, menambah lebih 1 bilion interaksi dalam masa sehari baru-baru ini.

Tentang Tanla: 

TanlaPlatforms Limited (NSE:TANLA; BSE:532790) mengubah cara dunia bekerjasama dan berkomunikasi melalui penyelesaian Platform Komunikasi sebagai Perkhidmatan (CPaaS) yang inovatif. Ditubuhkan pada tahun 1999, ia merupakan syarikat pertama yang membangun dan menggunakan A2P SMSC di India. Kini, sebagai salah satu penyedia CPaaS terbesar di dunia, Tanla memproses lebih 800 bilion interaksi setiap tahun dan kira-kira 70% daripada trafik SMS A2P di India diproses melalui platform lejar teragih-Trubloq yang menjadikannya sebagai suatu set tatacara Rantaian Blok terbesar di dunia. Tanla memberi khidmat kepada lebih satu bilion manusia dengan membawa pesanan kritikal untuk misi yang memenuhi keperluan perusahaan terbesar di dunia. Tanla Platforms Limited beribu pejabat di Hyderabad, India dan sedang meluaskan kehadirannya di seluruh dunia.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/627459/Tanla_Solutions_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Tanla Platforms Limited
Related Stocks:
Bombay:532790 Bombay:TANLA.BO India:EQTANLA India:TANLA India:TANLA.NS
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Feature News Releases Blockchain Financial Technology