omniture

Playrix Melancarkan Homescapes, Permainan Susun Suai yang Menyeronokkan di AppGallery

Huawei
2021-03-12 13:06 45

- Permainan Homescapes yang amat popular ini akan tersedia bermula dari 10 Mac kepada semua pemain AppGallery di seluruh dunia dengan tawaran diskaun yang eksklusif dan bernilai hingga €10 untuk tempoh masa yang terhad

SHENZHEN, China, 12 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Digambarkan sebagai permainan yang paling menyeronokkan dalam siri Playrix, Homescapes akan tersedia kepada para pengguna AppGallery Huawei di seluruh dunia bermula dari 10 Mac dan seterusnya.

The hugely popular Homescapes game is available from 10th March to all AppGallery gamers across the globe who can expect to receive exclusive discounts and offers worth up to €10 for a limited time.
The hugely popular Homescapes game is available from 10th March to all AppGallery gamers across the globe who can expect to receive exclusive discounts and offers worth up to €10 for a limited time.

Homescapes ialah sejenis permainan yang terkenal yang mengajak para pemain menyelusuri pengalaman mengubahsuai rumah lama milik keluarga dengan menyelesaikan susun suai yang menarik, ia kini menawarkan hadiah-hadiah hebat sempena pelancarannya di AppGallery.

Semasa pelancaran, para pemain AppGallery baharu di seluruh dunia akan dapat menebus pek hadiah eksklusif bernilai €5.49 yang memberikan hayat percuma yang menyeronokkan selama tiga jam tanpa had, 10,000 unit syiling dan dua promosi Star, mata wang dalam permainan. Para pemain Huawei sedia ada juga akan menerima pelbagai promosi yang menawarkan kupon dan hadiah bernilai hingga €10.

Sebagai tambahan kepada tawaran menarik yang tersedia secara eksklusif buat para pemain AppGallery, peminat Homescapes, termasuk mereka yang tidak mempunyai peranti Huawei juga berpeluang untuk mendapat potongan harga tambahan sebanyak 35% pada pek permulaan dan perantis bermula dari 10 hingga 18 Mac.

Para peminat Playrix di seluruh dunia akan disediakan dengan cabaran pemulihan susun suai 3 padanan yang biasa, terkenal dan digemari ramai- serta pelbagai ciri-ciri baharu untuk diteroka, termasuk gabungan penggalak dan cetusan yang unik. Berlatarbelakangkan rumah agam bersejarah di jalan yang menghijau, pemain perlu memulih, mengubahsuai dan menghias setiap bilik dengan memilih barangan dan perabot kegemaran mereka untuk memulakan babak baharu dan meneroka kisah keluarga yang menyeronokkan di sepanjang proses tersebut. Para pemain akan mempunyai akses kepada ribuan pilihan reka bentuk, daripada gaya yang lebih konservatif kepada gaya moden untuk mencipta rumah impian mereka dengan kebebasan yang maksimum bagi meneroka kreativiti di sepanjang permainan interaktif tersebut.

"Kami gembira dapat menawarkan permainan Homescapes yang popular ini kepada lebih ramai pemain di seluruh dunia melalui kerjasama kami dengan AppGallery. Susulan kejayaan kami melancarkan Gardenscapes, kami teruja menyaksikan sambutan daripada para pemain Huawei dan tidak sabar menantikan maklum balas tentang pengalaman mereka," kata Maxim Kirilenko, Ketua Pengarah Pembangunan Perniagaan Playrix.

Gardenscapes yang dilancarkan baru-baru ini merupakan siri Scapes Playrix yang pertama melakukan debut di AppGallery, kemasukan yang amat popular dalam siri ini dengan lebih 213 juta muat turun kumulatif di seluruh dunia dan mendapat pujian daripada para pemain permainan susun suai interaktif ini. Susulan popularitinya pada platform dan maklum balas yang positif, Homescapes diramalkan akan terus memacu momentum tersebut.

Huawei Menawarkan Sokongan Teknologi kepada Rakan Kongsi 

Sebagai salah satu pasaran aplikasi global yang berkembang pesat, kerjasama Huawei dengan Playrix telah menyokong operasi yang kukuh yang diperlukan untuk setiap pelancaran – melancarkan kedua-dua permainan Gardenscapes dan Homescapes dalam masa beberapa bulan sahaja. Homescapes merupakan satu lagi contoh berkualiti tentang cara HMS Core Huawei dimanfaatkan pada permainan yang diintegrasikan dengan kit IAP bagi memastikan pengalaman yang lancar untuk pengguna dan juga pembangun.

"Sokongan dan bimbingan yang diterima daripada Huawei oleh pasukan kami sepanjang proses pelancaran AppGallery adalah amat hebat dan kami berbesar hati dapat menawarkan satu lagi permainan pertandingan susun suai padanan 3 yang popular disebabkannya," kata Maxim Kirilenko, Pengarah Pembangunan Perniagaan Playrix.

Homescapes akan tersedia bermula dari 10 Mac 2021 melalui AppGallery.

Homescapes memperincikan promosi serantau seperti berikut: 

Promosi Eksklusif Huawei 

  1. Tersedia semasa pelancaran: Para pengguna AppGallery di seluruh dunia akan dapat menebus pek hadiah eksklusif bernilai €5.49 yang memberikan hayat percuma yang menyeronokkan selama tiga jam tanpa had, 10,000 unit syiling dan dua promosi Star, mata wang dalam permainan. Ia tersedia untuk para pemain Homescapes yang baharu sahaja dan boleh ditebus melalui Gift Centre di AppGallery selepas pemasangan.
  2. Tersedia bermula dari tarikh pelancaran hingga 18 Mac: Para pemain AppGallery Rusia juga akan dapat membeli pek permulaan pada kadar diskaun hingga 45%.
  3. Tersedia bermula dari tarikh pelancaran hingga 21 Mac: Para pemain AppGallery Asia Pasifik akan dapat menebus kupon diskaun bernilai €1 dan 15% potongan harga untuk dua pembelian dalam aplikasi yang pertama.
  4. Tersedia bermula dari tarikh pelancaran hingga 9 April: Para pemain AppGallery MEA berpeluang untuk memenangi kupon bernilai €5 dengan hanya memuat turun atau berkongsi permainan ini.
  5. Tersedia bermula dari 19 Mac hingga 8 April: Para pengguna AppGallery Eropah dan Rusia boleh menuntut kupon sekali guna yang eksklusif dengan diskaun sebanyak 80% untuk pas bermusim Golden Ticket yang membuka kepada musim Magic Tricks terkini serta menawarkan sejumlah besar faedah dalam permainan.

Promosi Platform Silang 

  1. Tersedia bermula dari tarikh pelancaran hingga 18 Mac: Para pemain Homescapes global di seluruh platform berhak untuk menuntut diskaun tambahan sebanyak 35% pada pek permulaan dan perantis.

Tentang AppGallery - Salah Satu daripada 3 Pasaran Aplikasi Paling Popular di Dunia

AppGallery ialah sebuah ekosistem pintar dan inovatif yang membolehkan pembangun mencipta pengalaman unik untuk para pengguna. HMS Core unik kami membolehkan aplikasi diintegrasikan pada seluruh peranti yang berbeza, yang memberikan lebih banyak kemudahan serta pengalaman yang lebih lancar – ini merupakan sebahagian daripada strategi "1+8+N" kami yang lebih luas di Huawei.

Visi AppGallery adalah untuk menjadikan AppGallery sebagai platform pengedaran aplikasi yang terbuka dan inovatif yang boleh diakses oleh pengguna dan pada masa yang sama, ia melindungi privasi dan keselamatan pengguna dengan ketat sambil memberikan pengalaman yang unik dan pintar kepada mereka. Sebagai salah satu daripada tiga pasaran aplikasi paling popular di dunia, AppGallery menawarkan pelbagai aplikasi global dan tempatan yang merangkumi 18 kategori termasuk navigasi & pengangkutan, berita, media sosial dan lain-lain. AppGallery tersedia di lebih 170 buah negara dan wilayah dengan lebih 530 juta pengguna aktif bulanan. Huawei telah bekerjasama dengan 2.3 juta pembangun di seluruh dunia dan jumlah muat turun daripada AppGallery telah mencecah 384.4 bilion kali dalam tahun 2020.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1453547/huawei_homescapes.jpg?p=medium600

 

 

Source: Huawei
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services