omniture

LTI Berada Di Tempat Pertama Senarai Pencabar Perkhidmatan IT Everest Group 2021

Disenaraikan sebagai Bintang Terbaik Tahun Ini untuk Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan
LTI
2021-03-12 15:24 53

MUMBAI, India, 12 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech (BSE: 540005) (NSE: LTI),  sebuah syarikat perundingan teknologi global dan penyelesaian digital, telah mendahului senarai 'IT Services Challenger 2021' sebagai Penyedia Perkhidmatan Terbaik TM PEAK Matrix Everest Group. LTI juga disenaraikan sebagai Bintang Terbaik Tahun Ini untuk Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan. Selain itu, kedudukan LTI dalam keseluruhan PEAK Matrix® untuk perkhidmatan IT telah meningkat daripada #16 tahun lalu kepada #11 tahun ini, lompatan tertinggi yang pernah direkodkan oleh mana-mana pemain.

LTI telah dikategorikan sebagai antara syarikat terbaik dalam senarai ITS Challenger 2021 berdasarkan PEAK Matrix® Assessment 2021 yang dilakukan di seluruh perkhidmatan seperti – Analisis & Pemahaman Lanjutan, Kecerdasan Buatan, Pembangunan Aplikasi berasaskan Awan, Internet Benda, Aplikasi dan Perkhidmatan Digital dalam Kehidupan serta Anuiti dan Pasaran Modal, Pengurusan Aplikasi Generasi Seterusnya, Pendayaan Inovasi Model Perniagaan Insurans, pengukur Hiper Awan dll.  

Sanjay Jalona, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan LTI, berkata: "Di LTI, kami berbangga memupuk minda pemula dan mencabar status quo. Pengiktirafan ini merupakan petunjuk sebenar terhadap aspirasi dan komitmen kami untuk menjadi peneraju dalam pelbagai tawaran industri dan perkhidmatan. Pencapaian ini memberi inspirasi kepada kami untuk terus membina keupayaan dan melabur sejajar dengan hasrat pelanggan."

Kedudukan terkini ini mengiktiraf prestasi LTI yang mengatasi industri menggunakan parameter seperti matriks operasi, inovasi, pengembangan jejak penghantaran, skop perkhidmatan yang ditawarkan dan pelaburan khusus Teknologi / domain pada tahun ini.

Chirajeet (CJ) Sengupta, Rakan Kongsi Everest Group, berkata: "Apabila perniagaan cuba mempercepat perjalanan digital mereka di dunia yang tidak menentu, ketangkasan sering menjadi lebih penting daripada skala. Pencabar pasaran adalah penting bagi perusahaan kerana ia cenderung untuk mempersoalkan status quo dan membantu memacu perubahan transformasi. Komitmen LTI terhadap agenda pelanggannya yang berubah dan pelaburan yang memfokus dalam keupayaan generasi seterusnya telah membantu mengukuhkan kedudukan Pencabar Tahun Ini dalam senarai 2021 kami."

Penilaian Everest Group merangkumi 26 segmen di seluruh perkhidmatan Penjagaan Kesihatan, Sains Hayat, BFSI, Insurans, Awan & Infrastruktur, Aplikasi, Digital dan Platform Perusahaan. Senarai Pencabar membandingkan para pemain dengan pendapatan tahunan yang kurang daripada $2 bilion. 

Laporan lengkap boleh dimuat turun pada pautan ini.

Tentang LTI 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 400 pelanggan berjaya dalam dunia yang menumpu. Dengan operasi di 31 buah negara, kami berusaha keras untuk pelanggan kami dan mempercepat transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang membolehkan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai anak syarikat Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingannya untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks meliputi semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 33,000 warga LTI mendayakan pelanggan kami untuk meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi serta memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Ikuti kami di @LTI_Global

Berhubung dengan LTI : 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600

Source: LTI
Related Stocks:
Bombay:540005 Bombay:LTI.BO India:LTI India:LTI.NS
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Awards Data Analytics Financial Technology