omniture

Maven Silicon menawarkan kursus VLSI dalam talian berasaskan awan di seluruh dunia untuk jurutera elektrik yang bercita-cita untuk berkembang sebagai Pereka Cip dalam Industri Semikonduktor

Maven Silicon Softech Pvt. Ltd.
2021-03-12 22:29 2721

BENGALURU, India, 12 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Encik P.R.Sivakumar mengasaskan Maven Silicon dengan visi untuk menghasilkan jurutera VLSI yang berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan terhadap pereka cip yang semakin meningkat dalam industri semikonduktor di seluruh dunia. Sejak tahun 2010 mereka telah berjaya menghasilkan lebih 2,500 orang jurutera VLSI melalui kolaborasi dengan lebih 250 rakan industri dan muncul sebagai Pusat Kecemerlangan kelas tertinggi dalam VLSI untuk kedua-dua akademia dan korporat. Perspektif beliau dikongsi dengan Kejuruteraan Semikonduktor berkaitan Pekerjaan Kejuruteraan yang Sukar Dilantik  berdasarkan kecemerlangan perjalanan keusahawanannya selama satu dekad. 

Maven_Silicon_VLSI_courses
Maven_Silicon_VLSI_courses

Dengan menggunakan Teknologi Canggih, Maven Silicon menawarkan pelbagai Kursus melalui ILTVILT, & Pembelajaran Mampu Diri hingga kepada Pembelajaran Hibrid bagi menyokong para akademia dan korporat.

Para pelajar dilengkapi dengan Kaedah, Teknik, dan Kemahiran EDA yang moden sejajar dengan matlamat pembelajaran MNC dan Syarikat Perkhidmatan yang penting dalam era perubahan pesat dengan kemajuan teknologi yang meningkatkan cara mereka bekerja. Penyelesaian Korporat 

Semasa situasi pandemik ini, ketika industri semikonduktor mencari penyelesaian pembelajaran inovatif untuk meningkatkan kemahiran dan menyokong tenaga kerja mereka secara jarak jauh, syarikat ini membantu industri dengan penyelesaian pembelajaran dalam talian. Pada bulan Jun 2020 yang lalu, mereka telah dianugerahkan kontrak selama dua tahun oleh sebuah syarikat Wi-Fi terkemuka yang berpangkalan di AS untuk meningkatkan kemahiran 600 orang jurutera VLSI di pelbagai negara untuk operasi mereka di seluruh dunia. Pada bulan September 2020, mereka telah menyampaikan program latihan dalam talian pantas untuk meningkatkan kemahiran Jurutera VLSI untuk syarikat pembuatan mudah alih terbesar di dunia. Surat Berita 

Oleh kerana industri mahukan lebih ramai pereka cip dengan kepakaran reka bentuk pemproses untuk cip AI, ML, Pelayan, komputer riba dan telefon pintar serta SoCs, Pengasas dan Pembangun kursus kami, Encik P R Sivakumar telah memulakan kolaborasi dengan RISC-V pada bulan Oktober 2020 sebagai Rakan Kongsi Latihan Global terutamanya untuk meningkatkan kemahiran Jurutera VLSI dalam Reka Bentuk Pemproses RISC-V. Dalam jangka masa yang singkat, beliau telah membangunkan dan berjaya melaksanakan kursus-kursus tersebut pada bulan Januari 2021Rakan Kongsi Latihan RISC-V

Tentang Maven Silicon:

Sedekad Kecemerlangan disokong oleh operasi yang lancar membantu mereka memperluas dan mengubah Graduan Kolej Baharu [New College Graduates, NCG] sebagai Jurutera VLSI yang sedia untuk pekerjaan. Mereka mampu meneruskan operasi dan melatih lebih 500 orang NCG tanpa menghiraukan krisis COVID dan cabaran besar yang dihadapi pada tahun 2020. Melalui inisiatif tanggungjawab sosial, "Maven Silicon kepada Komuniti", mereka menyediakan Biasiswa 100% kepada NCG yang layak dengan mempertimbangkan situasi keluarga dan kewangan pelajar.

Hubungan Media: 

Veeresh SG,
info@maven-silicon.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1455094/maven_silicon_vlsi_courses.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1455093/Maven_Silicon_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Maven Silicon Softech Pvt. Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Education Electrical Utilities Multimedia/Online/Internet Semiconductors Utilities New products/services