omniture

Songtradr Memperoleh Song Zu, Syarikat Rekaan Muzik & Bunyi yang Memenangi Anugerah

Songtradr
2021-03-12 23:09 449

Urus niaga ini akan memperkukuhkan lagi kedudukan Songtradr sebagai ekosistem pelesenan muzik terkemuka di dunia 

SYDNEY, 12 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Songtradr, pasaran pelesenan muzik B2B terbesar di dunia, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh Song Zu, sebuah syarikat rekaan muzik dan bunyi yang paling banyak memenangi anugerah di Australia dan rantau Asia Pasifik dengan studio yang terletak di Sydney dan Singapura. Urus niaga bernilai jutaan dolar ini menandakan pengambilalihan kedua terbesar buat Songtradr sejak selesainya pusingan pembiayaan Siri C mereka pada bulan Julai 2020 yang berjaya dikumpulkan oleh syarikat sebanyak USD30 juta.

"Song Zu merupakan syarikat produksi muzik tersuai yang terkemuka di rantau ini dan mempunyai sejarah yang kaya," kata Paul Wiltshire, Ketua Pegawai Eksekutif Songtradr. "Ketika kami meneruskan peluasan ke rantau APAC, Song Zu merupakan padanan yang sesuai dan benar-benar melengkapkan ekosistem muzik global kami."

Song Zu mengusahakan semua bidang penjenamaan bunyi, termasuk lagu untuk iklan TV dan radio, kandungan dalam talian, realiti maya (VR) dan ruang pemasangan. Dengan reputasi yang tiada tandingan untuk penyelesaian masalah yang kreatif dan selain bekerja dengan syarikat penyiaran terkemuka di Australia, Song Zu juga bekerjasama dengan jenama dan perniagaan media terkenal di seluruh dunia termasuk Netflix, HBO, Samsung, Coca-Cola, Google, Amazon dan Guinness. Mereka sering menerima pengiktirafan antarabangsa melalui karya mereka dan mengumpul anugerah-anugerah terbaik seperti Gold Clios, Cannes Gold Lion, London International Awards (LIA) untuk Syarikat Muzik dan Rekaan Bunyi Terbaik Tahun ini dan banyak lagi.

"Kedudukan kami amat kukuh di rantau APAC dan kami berharap dapat menyertai keluarga Songtradr, mengembangkan tawaran produk serta memperluas jejak global kami," kata Ian Lew, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Song Zu. "Meningkatkan inisiatif dengan teknologi Songtradr merupakan peluang yang benar-benar menarik buat kami memandangkan keperluan pelanggan yang berkembang dengan pantas."

"Muzik gubahan khas akan sentiasa menjadi keutamaan kami," kata Ramesh Sathiah, Pengarah Kreatif Song Zu. "Tetapi dengan sumber yang terdapat di platform Songtradr serta kuasa pelesenan muzik yang besar, membolehkan kami menawarkan penyelesaian yang kreatif tanpa batasan."

Song Zu akan membentuk sebahagian daripada platform Songtradr yang dilancarkan baru-baru ini iaitu 'Vinyl by Songtradr' bersama-sama syarikat yang diambil alih iaitu Big Sync Music dan Cuesongs. 'Vinyl by Songtradr' ialah sebuah platform yang ditingkatkan teknologi dan dihasilkan oleh manusia yang memberikan pengguna akses langsung kepada bakat kreatif, pelesenan muzik komersial, serta muzik kegunaan khusus, penjenamaan bunyi, gubahan tersuai dan banyak lagi. 

TENTANG SONG ZU: 

Song Zu ialah sebuah syarikat rekaan muzik dan bunyi yang paling banyak menerima anugerah di Australia dan rantau Asia Pasifik dengan studio pasca penyiaran yang terletak di Sydney dan Singapura. Mereka mengusahakan semua aspek penjenamaan bunyi, termasuk lagu untuk iklan TV dan radio, kandungan dalam talian, realiti maya (VR) dan ruang pemasangan. Kedudukan unik Song Zu sebagai salah sebuah syarikat yang paling lama dalam bidang ini menjadi bukti keupayaan mereka menyelesaikan masalah dengan kreatif. Song Zu menyediakan perkhidmatan audio dan pasca penyiaran penuh daripada gubahan muzik dan rekaan bunyi hingga rakaman suara latar. Syarikat ini juga telah menyelia, memperoleh dan mengadun bunyi untuk beberapa siri TV, dokumentari dan filem terkenal yang memenangi anugerah. https://www.songzu.com/

TENTANG SONGTRADR: 

Songtradr ialah pasaran pelesenan muzik B2B terbesar di dunia yang menyediakan pencipta muzik dan pemilik hak cipta dengan penyelesaian lengkap yang didayakan teknologi untuk menguruskan hak cipta dan pengewangan di samping menyediakan pengguna muzik B2B seperti jenama, pengiklan, pembuat filem, rangkaian langganan video atas permintaan (SVOD) dan syarikat penyiaran, permainan, penstriman dan platform media sosial dengan akses muzik yang dipandu AI serta berkecekapan tinggi. https://www.songtradr.com/

TENTANG VINYL BY SONGTRADR: 

Vinyl by Songtradr ialah platform yang ditingkatkan teknologi dan dihasilkan oleh manusia yang memberikan anda akses langsung kepada bakat kreatif, pelesenan muzik komersial serta muzik kegunaan khusus, penjenamaan bunyi, gubahan tersuai dan banyak lagi. Vinyl membantu jenama, pengiklan, pembuat filem, rangkaian SVOD dan syarikat penyiaran, permainan, penstriman serta platform media sosial mewujudkan kandungan yang menarik serta kempen yang memenangi anugerah. https://www.vinyl.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1085219/Songtradr_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Songtradr
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Radio Television Acquisitions, mergers, takeovers