omniture

Laporan Baharu Membincangkan Pertumpuan IT/OT oleh Syarikat Telekomunikasi

VoltDB
2021-03-18 22:18 5

Laporan: Kejayaan pengewangan 5G akan bergantung kepada cara syarikat telekomunikasi menyesuaikan pertumpuan ini

BEDFORD, Massachusetts, 18 Mac 2021 /PRNewswire/ -- VoltDB, satu-satunya platform data bergred perusahaan yang dibina untuk era 5G dan STL Partners, sebuah kumpulan perundingan global untuk syarikat telekomunikasi, hari ini mengumumkan penerbitan sebuah laporan baharu tentang cara pertumpuan Teknologi Maklumat (IT) dan Teknologi Kendalian (OT) mengubah pengewangan 5G.

Pengendali yang ingin memberikan penyelesaian penjanaan pendapatan yang baharu dan didayakan 5G memerlukan keupayaan pemprosesan data masa nyata. Selain itu, dengan keperluan pelanggan yang berubah terutamanya berkaitan komunikasi jenis mesin yang besar, bermaksud mereka perlu melakukan sesuatu yang jarang mereka lakukan sebelum ini: mengendalikan data OT dan IT bersama-sama.

"Kecerdasan keputusan masa nyata adalah penting untuk masa depan pengendali telekomunikasi dalam memacu kecekapan dalaman serta membolehkan mereka menyampaikan penyelesaian penjanaan pendapatan baharu kepada pelanggan mereka," kata Tilly Gilbert, Perunding Kanan STL Partners. "Penyelesaian ini semakin diperlukan untuk mengendalikan kedua-dua data IT dan OT."

Dalam laporan baharu mereka, "Monetizing 5G: How IT/OT Convergence Will Enable New Business Models" (Pengewangan 5G: Bagaimana Pertumpuan IT/OT Membolehkan Model Perniagaan Baharu), STL Partners dan VoltDB meneroka empat kes penggunaan utama dalam pembukaan nilai di tempat pertumpuan IT dan OT:

  • Pengurusan dasar yang mesti berkembang untuk mengendalikan penghirisan rangkaian.
  • Penarafan dan penetapan harga yang mesti berkembang untuk mengendalikan komunikasi M2M.
  • Pencegahan penipuan yang mesti berkembang untuk menyokong kes penggunaan IoT.
  • Pengurusan pelanggan yang mesti berkembang untuk menguruskan pelaburan dengan lebih baik seperti pelancaran 5G.

Laporan tersebut menggariskan langkah-langkah praktikal yang boleh diambil oleh syarikat-syarikat telekomunikasi untuk memanfaatkan kes-kes penggunaan ini.

"Cabaran sekarang adalah untuk meningkatkan rangkaian serta sistem IT secara bebas dan memastikan ia berfungsi dengan baik bersama," kata Dheeraj Remella, Ketua Pegawai Produk VoltDB. "Perkara-perkara seperti lapisan pengantaraan membolehkan pengimportan data panggilan sistem pengebilan—perkara ini semakin diperlukan untuk diproses bersama dalam masa nyata. Begitulah caranya pengendali syarikat telekomunikasi bertukar menjadi rakan kongsi yang berharga."

Untuk maklumat lebih lanjut tentang mengapa organisasi di seluruh industri memilih VoltDB bagi memperkasakan operasi mereka, sila layari https://www.voltdb.com/.

Tentang VoltDB

VoltDB merupakan satu-satunya platform data yang direka untuk menyokong aplikasi syarikat telekomunikasi dalam era 5G. Kami menggabungkan storan data dalam memori dengan kependaman rendah yang boleh diramal dan keupayaan utama lain untuk memperkasakan BSS/OSS, pengurusan pelanggan dan aplikasi jaminan pendapatan yang perlu bertindak dalam jangka masa milisaat satu digit bagi menjana pendapatan atau mencegah kehilangan pendapatan tanpa menjejaskan ketepatan data. Untuk maklumat lanjut, sila layari voltdb.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1334383/VoltDB_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: VoltDB
Related Links:
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Licensing/marketing agreements Survey, Polls & Research