omniture

Craft Irish Whiskey Co. Mencatatkan Rekod Sebagai Koleksi Wiski Paling Mahal di Dunia Melalui Kerjasama dengan Fabergé

The Craft Irish Whiskey Co.
2021-03-20 23:47 258

Wiski Luar Biasa Satu Malt dengan Tiga Penyulingan, Keluaran Ireland berserta Fabergé Celtic Egg Pertama yang mencatatkan jualan sebanyak $2 juta 

LONDON, 20 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Rekod baharu dunia telah dicapai untuk set koleksi wiski paling mahal di dunia, berikutan pelancaran global yang amat dinanti-nantikan iaitu 'The Emerald Isle Collection' oleh Craft Irish Whiskey Co., dengan kerjasama Fabergé.

‘The Emerald Isle’ created by The Craft Irish Whiskey Co. & Fabarge
‘The Emerald Isle’ created by The Craft Irish Whiskey Co. & Fabarge

Pelancaran sulung koleksi dalam pakej berkotak yang sangat terhad ini telah mencatatkan rekod dunia sebanyak USD2 juta. Bida akhir dan jualan persendirian pakej berkotak Emerald Isle pertama akan dilancarkan secara serentak pada Hari St. Patrick (17 Mac) oleh pengumpul koleksi Fabergé yang berpangkalan di Houston, James dan Korrine Whipkey dan sekumpulan pelabur swasta yang diketuai oleh Scott H. Weissman. Sebahagian daripada hasil jualan ini akan disumbangkan kepada Correa Family Foundation, sebuah badan amal yang menyokong kanak-kanak yang menghidap kanser dan dipengerusikan oleh Bintang Besbol Liga Utama, Carlos Correa.

Baki enam pakej berkotak istimewa Emerald Isle akan dilancarkan pada acara lelongan dan acara lain di bandar-bandar utama sepanjang tahun 2021.  

Jay Bradley, Pengasas, Craft Irish Whiskey Co. mengulas: "Syarikat saya berkongsi visi jenama yang sama seperti Fabergé – untuk mencipta kecantikan abadi dan warisan yang kekal. Saya amat gembira dapat mencipta rekod dunia buat kali kedua dalam masa tiga bulan dan berbangga dapat mendermakan hasil penuh daripada jualan ini kepada Correa Family Foundation, badan amal yang sangat terkesan di hati saya kerana anak perempuan saya sendiri telah didiagnosis dengan Neuroblastoma, sejenis kanser yang jarang ditemui ketika dia berusia lima bulan. Terima kasih kepada badan amal seperti Correa Family Foundation, dia kini menjalani kehidupan dengan sihat dan berumur 19 tahun dan saya berbesar hati dapat menyokong yayasan melalui sumbangan ini."

Carlos Correa, Pengerusi Correa Family Foundation berkata, "Saya sangat berterima kasih kepada Craft Irish Whiskey Co. dan Jay Bradley yang amat bermurah hati mendermakan hasil daripada keluaran pertama The Emerald Isle kepada yayasan kami. Ini merupakan suatu sumbangan yang besar kepada Correa Family Foundation dan akan mengubah ribuan nyawa. Menyaksikan seorang anak bertarung melawan kanser dan kesannya terhadap ahli keluarga mereka , biasanya merupakan sesuatu yang amat menyentuh hati yang telah dialami oleh Jay dan keluarganya sendiri lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik global yang tidak dapat dibayangkan ini." 

Sumbangan ikhlas ini akan menyokong pesakit kanser kanak-kanak yang kurang diberi perhatian. Sumbangan amal ini akan membantu menampung perbelanjaan harian termasuk makanan, pengangkutan dan sewa untuk lebih 15,000 orang kanak-kanak yang menghidap kanser. 

'The Emerald Isle Collection' ialah keluaran kedua Craft Irish Whiskey Co., susulan pelancaran Devil's Keep - wiski satu malt berusia 29 tahun dengan tiga penyulingan – yang juga mencatat rekod dunia untuk keluaran sulung paling mahal apabila ia dijual pada acara lelongan di bulan November 2020 dengan harga USD60,000 (kira-kira £466,000/€51,000). 'The Emerald Isle Collection' kini dinobatkan sebagai wiski Ireland satu malt luar biasa dengan tiga penyulingan yang tertua di dunia yang mengandungi tujuh set wiski buatan khas bagi meraikan 'Tujuh Keajaiban Ireland'.

Ditampilkan dengan indah dalam kotak berwarna walnut gelap, setiap set mengandungi sebotol wiski Ireland berusia 30 tahun yang luar biasa dengan ramuan sejenis malt yang melalui tiga penyulingan dan disertakan dengan dua ciptaan eksklusif Fabergé – Fabergé Celtic Egg terbaik yang pertama dan jam tangan 1/1 Fabergé yang ditempah khas. Setiap koleksi juga disertakan dengan satu pelembap bersama dua batang cerut Siglo VI Grand Reserva (2009) edisi terhad, yang paling laris dan luar biasa. Ia merupakan cerut berskor 100/100 yang tertinggi dan merupakan koleksi cerut yang mengalami peningkatan nilai sebanyak lebih 1,200% dalam dekad yang lalu. Koleksi ini turut menampilkan pemotong cerut bersadur emas, pipet air bersadur emas, batu wiski obsidian tulen, kelalang bergaya dengan sampel wiski Emerald Isle dan serahi yang dipenuhi dengan air mata air dari kawasan tempat wiski ini dibuat.

Setiap pakej berkotak istimewa ini diilhamkan daripada rupa bentuk batu zamrud dan menampilkan ilustrasi salah satu daripada 'keajaiban' Ireland berserta koordinat geografinya, menjadikan setiap satunya benar-benar istimewa. Di dalam setiap kotak terdapat penampilan istimewa botol wiski buatan tangan yang mengandungi 'cecair emas' tersebut – koleksi item dengan reka bentuk yang diilhamkan daripada Imperial Fabergé Hen Egg dari tahun 1885. Semua botol wiski disertakan dengan Fabergé Celtic Egg yang ditempah khas - pertama seumpamanya. Setiap telur buatan tangan ini diperbuat daripada emas kuning 18k dan menampilkan guilloché legenda Fabergé dalam warna hijau pastel; warna hijau, putih dan emas telur ini melambangkan bendera Ireland. Di dalamnya pula terdapat satu kejutan unik yang menanti dalam bentuk batu zamrud Gemfields Zambia yang belum dicanai.  Ia merupakan ciri yang benar-benar bersejarah, kerana ini merupakan kali pertama Fabergé menampilkan batu permata yang belum dicanai sebagai kejutan daripada telur ini. Permata yang belum dicanai ini boleh disesuaikan oleh Fabergé menjadi permata hiasan Fabergé yang anggun.

Wawancara dengan Pengasas Craft Ireland Whiskey Co., Jay Bradley, tersedia melalui applikasi Zoom. 

Maklumat & gambaran lanjut: Laura Westmacott, Mercury Communications, ciwc@mercurycomms.com, + (0) 44 7786 837 339

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1459955/craft_irish_whiskey.jpg?p=medium600 

 

 

Source: The Craft Irish Whiskey Co.
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Awards Joint ventures New products/services Survey, Polls & Research MAT (Mature Audience)