omniture

PrettyLittleThing Menukar Warna Burj Khalifa Kepada Merah Jambu

PrettyLittleThing
2021-03-21 04:22 227

Tetapkan penggera anda pada pukul 8.40PM GST pada hari Jumaat ini, 19Mac untuk pertunjukan cahaya yang menarik yang tidak pernah disaksikan sebelum ini! 

MANCHESTER, England, 20 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Jumaat, 19hb Mac pada pukul 8.40 malam akan menandakan detik menakjubkan apabila bangunan tertinggi di dunia dan pusat kehidupan bandar Dubai yang sibuk, Burj Khalifa, akan diterangi dengan cahaya merah jambu dan diterangi oleh pereka dan pedagang fesyen dalam talian PrettyLittleThing. 

PrettyLittleThing takes over the Burj Khalifa to celebrate the launch of its Arabic website.
PrettyLittleThing takes over the Burj Khalifa to celebrate the launch of its Arabic website.

Dikelilingi oleh warna-warni kehidupan kota kosmopolitan Dubai, pencakar langit terkenal ini akan diterangi dengan cahaya yang bergemerlapan, kali ini meraikan pelancaran dan penampilan laman web bahasa Arab PrettyLittleThing dalam arena fesyen global.

Pemandangan yang menarik dan indah dalam rona merah jambu yang dipersembahkan oleh PrettyLittleThing ini akan menonjolkan dimensi bangunan tertinggi di dunia dan meraikan kehadiran peneraju fesyen dalam talian ini di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), menarik perhatian khalayak global yang akan menyaksikan penampilan PrettyLittleThing! 

Dengan rekaan yang mengagumkan, persembahan hebat PrettyLittleThing ini akan menambah kemeriahan kota yang ini dikagumi, menjadikan saat-saat indah ini sebagai pelengkap Musim Bunga yang dinanti-nantikan dan trend fesyen terkini yang menampilkan busana PLT yang berani dan bersemangat semasa Bulan Sejarah Wanita.

Instagram   https://www.instagram.com/prettylittlething 

Laman web https://www.prettylittlething.com 

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1459963/prettylittlething__burj_khalifa.jpg?p=medium600

 

 

Source: PrettyLittleThing
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Travel New products/services Women-related news