omniture

Kenyataan Akhbar bagi Pihak Keluarga Singh (Bekas Pemegang Saham dan Pengasas Ranbaxy)

The Press Office of the Singh family
2013-05-24 20:25 164

GURGAON, India, 24 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Pada 22 Mei 2013, Daiichi Sankyo mengeluarkan sebuah kenyataan akhbar di mana ia, antaranya, menyatakan bahawa ia "percaya bahawa beberapa bekas pemegang saham tertentu Ranbaxy menyembunyikan dan menyalahgambarkan maklumat kritikal berkenaan penyiasatan FDA dan Jabatan Keadilan AS (US DOJ)". 

Frasa itu dengan jelasnya merujuk kepada ahli-ahli dan syarikat-syarikat keluarga Singh yang merupakan pemegang saham Ranbaxy.

Tuduhan penyembunyian dan penyalahgambaran Daiichi Sankyo adalah palsu dan tidak berasas.

Daiichi Sankyo telah membeli kepentingan keluarga Singh dalam Ranbaxy pada tahun 2008 selepas sebuah proses rundingan memakan masa yang lama, tetapi hal ini adalah perkara biasa bagi urus niaga sebesar ini, dan selepas menjalankan usaha wajar penuh ke atas hal ehwal Ranbaxy. Rundingan bagi pihak Daiichi Sankyo diketuai oleh En. Takashi Shoda, Wakil Pengarah dan Pengerusi semasa Daiichi Sankyo dan Dr. Tsutomu Une, Pengarah Eksekutif, yang juga merupakan pengerusi Ranbaxy kini. Mereka dan Daiichi Sankyo telah mendapatkan khidmat nasihat undang-undang.

Di setiap peringkat proses rundingan itu, Daiichi Sankyo dan perwakilannya telah dimaklumkan mengenai penyiasatan FDA dan DOJ AS yang sedang berjalan. Mereka juga diberi akses penuh dokumen-dokumen di Ranbaxy yang berkaitan dengan penyiasatan FDA dan DOJ AS ini.

Daiichi Sankyo bersetuju dengan perjanjian ini selepas berpuas hati dengan usaha wajar yang dijalankan, pengetahuan tentang penyiasatan FDA dan DOJ AS serta khidmat nasihat perundangan.

Atas permintaan Daiichi Sankyo, Malvinder juga bersetuju terus berkhidmat di Ranbaxy untuk tempoh 5 tahun. Malvinder keluar daripada Ranbaxy pada pertengahan tahun 2009. Apabila beliau keluar daripada syarikat itu, Dr Tsutomu Une daripada Daiichi Sankyo menulis sepucuk surat perhargaan peribadi mengucapkan terima kasih kepada Malvinder atas semua sumbangan bernilai yang dilakukan oleh beliau dan keluarga Singh terhadap Ranbaxy. Dalam surat itu, antara perkara yang dinyatakan oleh Dr Une adalah seperti berikut:

"Bagi pihak ahli-ahli lembaga pengarah Ranbaxy Laboratories Limited, kami menghargai sepenuhnya sumbangan bernilai yang dibuat oleh anda dan keluarga terhadap Ranbaxy. Di bawah pimpinan keluarga anda, Ranbaxy telah berkembang daripada sebuah syarikat farmaseutikal kecil yang membekalkan produk farmaseutikal kepada rakyat India dalam tahun-tahun awal kurun sebelum ini sehinggalah menjadi sebuah gergasi produk generik antarabangsa yang mempunyai hasil jualan berbilion dolar, pelanggan di setiap benua dan bersaing di pentas antarabangsa sebaris dengan mereka yang terbaik dalam industri pada hari ini. "

Lewat bulan April 2012, Malvinder dijemput oleh Ranbaxy bagi menghadiri sebuah acara pelancaran produk baharu Ranbaxy. Dr.Une bertemu Malvinder di acara itu.  Pada masa itu, Dr. Une atau orang-orang lain yang mewakili Ranbaxy atau Daiichi Sankyo tidak menyatakan apa-apa mengenai sebarang tindakan penyembunyian atau penyalahgambaran.

Kenyataan yang lewat dikeluarkan, beberapa tahun selepas kejadian itu, yang menyatakan terdapat maklumat yang disembunyikan dari dan/atau disalahgambarkan kepada Daiichi Sankyo adalah palsu dan berniat untuk mengalihkan tumpuan daripada kegagalan Daiichi Sankyo sendiri untuk melindungi dirinya dan para pemegang sahamnya dalam perundingan dan persetujuan dengan pemegang saham keluarga Singh dalam Ranbaxy.

Laporan baru-baru ini menyatakan bahawa Ranbaxy telah membuat perjanjian penyelesaian dengan FDA dan DOJ AS berkaitan penyiasatan mereka dan di bawah perjanjian penyelesaian itu, Ranbaxy bersetuju untuk membayar denda yang besar kepada FDA dan DOJ AS. Keputusan untuk menyetujui perjanjian penyelesaian itu telah dibuat oleh Ranbaxy dan tiada sebarang kaitan dengan keluarga Singh yang tidak dirujuk langsung oleh Daiichi Sankyo/Ranbaxy.

Hubungi:

Raghu Kochar
raghu.kochar@fortishealthcare.com
Telefon bimbit : +919811617256

Sumber: Pejabat Akhbar keluarga Singh

 

 

Source: The Press Office of the Singh family
Keywords: Health Care/Hospital Accounting news, issues