omniture

Suade Labs, penyedia penyelesaian Teknologi Kawal Selia global, menjana pembiayaan strategik yang diketuai oleh perintis pelaburan teknologi Glenn Hutchins

Suade Labs
2021-11-18 08:00 3

Pelaburan strategik ini akan menyokong pertumbuhan dan pengembangan pasaran untuk firma Teknologi Kawal Selia perintis ini.

LONDON, 18 November 2021 /PRNewswire/ -- Suade Labs, peneraju terkenal di peringkat global dalam teknologi kawal selia dan kewangan telah menjana pusingan pembiayaan Siri A.

Pengumpulan dana ini diterajui oleh Glenn Hutchins serta para pelabur strategik yang lain. Sebagai Pengerusi North Island, Pengasas Bersama Silver Lake dan mantan Ahli Lembaga Pengarah Bank Rizab Persekutuan New York, Glenn Hutchins membawa pengalaman yang luas kepada Syarikat ini dalam bidang teknologi kawal selia dan kewangan. Encik Hutchins akan menyertai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat ini.

Eugene Ludwig, Pengasas merangkap Pengerusi Promontory Financial Group dan mantan Pengawal Mata Wang dalam pentadbiran Clinton, menyertai Suade sebagai penasihat khas. Pelabur terkenal lain yang mengambil bahagian dalam pusingan pembiayaan ini termasuk Michael Corbat, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Citigroup; Tom Glocer, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Thomson Reuters; Philippe Laffont, Pengasas Coatue Management; Joe Moglia, mantan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah TD Ameritrade; Randall Stephenson, mantan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif AT&T Inc. dan Lee Styslinger, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Altec. Digital Currency Group, pelabur terkemuka dalam arena mata wang digital, turut menjadi sebahagian daripada pusingan Siri A ini.

"Suade sedang merevolusikan pelaporan kawal selia dan merupakan salah sebuah syarikat yang paling menarik yang pernah saya lihat," kata Encik Hutchins. "Penyelesaian pelaporannya dan pendekatan penyeragaman data yang ringkas mempercepat dan menyelaraskan pelaksanaan keperluan kawal selia. Suade berada pada kedudukan yang sempurna untuk mendorong industri ke arah masa depan yang lebih berfokuskan digital dan saya gembira dapat menyertai Ahli Lembaga Pengarah syarikat ini bagi menyokongnya dalam perjalanan ini." 

Platform yang dipercayai milik Suade Labs menawarkan keupayaan untuk mengautomasi dan meningkatkan keupayaan pelaporan kawal selia yang lengkap melalui pendekatan berpusatkan data kepada institusi kewangan di seluruh dunia. Perintis Teknologi Kawal Selia yang ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Diana Paredes dan Murat Abur ini sedang mengubah tafsiran kawal selia dan penyampaian melalui penggunaan satu-satunya piawaian data kawal selia global sumber terbuka iaitu FIRE serta teknologi moden seperti pembelajaran mesin dan pemprosesan bahasa semula jadi.

"Penyelesaian teknologi warisan tidak dapat meningkatkan atau memenuhi permintaan yang diperlukan oleh peraturan pasca krisis kewangan," kata Encik Abur, Ketua Pegawai Teknologi Suade. "Pendekatan berasaskan data dan teknologi Suade terhadap peraturan kewangan menjadikan sistem pelaporan kawal selia firma sebagai pelaburan nilai tambah berbanding liabiliti dengan kos yang tinggi."

"Apabila kami mengasaskan syarikat ini, kami tahu bahawa pendekatan untuk menyelesaikan masalah penyelarasan kawal selia berskala besar memerlukan sejumlah besar kerja asas serta pelabur dan sokongan yang tepat," kata Cik Paredes, Ketua Pegawai Eksekutif Suade. "Kami gembira kerana setelah melaksanakan visi awal kami, kami telah membangunkan IP teknologi yang penting dan kini sedang memacu pasaran ke hadapan sebagai pemimpin pemikir dan ejen untuk perubahan yang positif. Kami berbesar hati dengan sokongan yang kami terima daripada kumpulan pelabur ini dan pengalaman mereka yang tiada tandingan dalam perniagaan yang terkemuka, berkembang dan memberi nasihat dalam bidang teknologi, perkhidmatan kewangan dan pelbagai lagi."

Tentang Suade 

Ditubuhkan pada tahun 2014, Suade ialah sebuah firma Teknologi Kawal Selia yang menawarkan Kawal Selia sebagai Perkhidmatan untuk mengautomasikan pematuhan dan pelaporan kawal selia kepada institusi kewangan. Pendekatan dipacu datanya terhadap peraturan serta penggunaan teknologi inovatif seperti pemprosesan bahasa semula jadi dan pembelajaran mesin telah menjadikan Suade terkenal sebagai peneraju global dalam industri ini. Ia telah menerima pelbagai anugerah dan gelaran termasuk diiktiraf sebagai Inovator Global oleh Forum Ekonomi Dunia. Suade mempunyai sistem terpantas di pasaran. Ia memberikan perkhidmatan kepada institusi kewangan di seluruh dunia dan beroperasi di seluruh dunia di pejabat-pejabat merentasi UK, Eropah, Amerika Utara dan Asia.

Suade. Merapatkan jurang kawal selia melalui teknologi moden - suade.org 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1559440/Suade_Logo.jpg?p=medium600

Untuk sebarang pertanyaan akhbar, sila hubungi:
Corinne Jones, Perhubungan Awam & Komunikasi
corinne@suade.org

 

 

 

 

Source: Suade Labs
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Financing agreements Personnel announcements Data Analytics