omniture

AppGallery Tambah Aplikasi Super Kewangan Global Terkemuka, Revolut, kepada Penawarannya, Bawakan Lebih Banyak Pilihan Kewangan kepada Pengguna

Langkah ini menunjukkan komitmen AppGallery dalam menyediakan seleksi perkhidmatan perbankan mudah alih yang semakin berkembang dengan tawaran eksklusif semasa pelancaran
AppGallery, Huawei
2021-12-20 10:13 121

LONDON, 20 Disember 2021 /PRNewswire/ -- AppGallery mengumumkan pelancaran aplikasi super kewangan global Revolut di platformnya. Dengan lebih 16 juta pengguna runcit dan lebih 500,000 perniagaan bersamanya, Revolut beroperasi di lebih 35 negara, memberikan audiens global AppGallery dengan akses kepada lebih banyak pilihan perkhidmatan perbankan mudah alih.

Revolut is offering AppGallery users’ access to its Premium subscription for free for up to two months.
Revolut is offering AppGallery users’ access to its Premium subscription for free for up to two months.

Bagi meraikannya, Revolut menawarkan akses percuma kepada pengguna AppGallery untuk langganan Premiumnya sehingga dua bulan, yang bernilai GBP £24.99. Tawaran ini disediakan di 26 negara merentas Eropah dan boleh dituntut mulai 16 Disember hingga penghujung bulan ini.

Merevolusikan perbankan mudah alih yang boleh diakses

Huawei dan Revolut komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang lebih baik kepada pengguna dan perniagaan. Revolut menawarkan kemungkinan yang tiada penghujungnya kepada pengguna, dapat dilihat daripada produk seperti Kad, Kiriman Wang dan akaun Berbilang mata wang selain Revolut Stays untuk tempahan penginapan perjalanan global, menawarkan pengguna sehingga 10% pulangan tunai atau akaun Junior untuk kanak-kanak berumur 6 dan 17 tahun. Revolut menyokong peruncit melalui Revolut Business, membolehkan peniaga lebih kecil menawarkan pelanggan dengan pengalaman pembayaran yang lebih baik.

"Kami teruja untuk menawarkan aplikasi super dengan seberapa banyak ciri seperti Revolut kepada audiens AppGallery global kami," kata Siri G. Børsum, Naib Presiden Global Eko-Pembangunan & Perkongsian, Vertikal Kewangan, Business Consumer Group di Huawei. "Platform kewangan yang boleh diakses seperti Revolut selari dengan matlamat kami untuk menawarkan lebih ramai individu di seluruh dunia dengan akses kepada pilihan aplikasi dan perkhidmatan perbankan terbaik."

Keselamatan pengguna merupakan satu keutamaan di Revolut. Sistem anti-penipuan dan keselamatannya yang memenangi anugerah dirancang untuk memastikan wang individu selamat 24/7 apabila menggunakan aplikasi tersebut melalui AppGallery. AppGallery mempunyai rangkaian protokol keselamatannya yang tersendiri untuk memastikan kewangan peribadi selamat, tersedia kepada rakan kongsinya.

Revolut telah bersepadu dengan beberapa HMS Core Kit Huawei seperti Safety Detect Kit, Awareness Kit, dan Identity Kit. Pelanggan Revolut boleh berasa yakin dengan penyimpanan data Huawei yang selamat, perlindungan privasi dan pertahanan yang kukuh terhadap ancaman keselamatan yang berpotensi.

Sertai kami atau ketahui lebih lanjut di AppGFinance@Huawei.com

Latar Belakang AppGallery

AppGallery ialah ekosistem pintar, inovatif yang membolehkan pembangun mencipta pengalaman yang unik untuk pengguna. Salah satu daripada tiga pasaran aplikasi terunggul di seluruh dunia, AppGallery boleh didapati di lebih 170 negara dan wilayah dengan lebih 560 juta pengguna aktif bulanan secara global.

Huawei telah bekerjasama dengan 5.1 juta pembangun di seluruh dunia dengan jumlah muat turun mencapai 332.2 bilion dalam 3 suku pertama tahun 2021. Setakat Oktober 2021, lebih 173,000 aplikasi telah disepadukan dengan HMS Core di seluruh dunia.

Latar Belakang Revolut 

Pada tahun 2015, Revolut dilancarkan di UK, menawarkan perkhidmatan pindahan wang dan pertukaran. Hari ini, pelanggan kami di seluruh dunia menggunakan berpuluh-puluh produk inovatif Revolut untuk melakukan lebih 100 juta urus niaga sebulan.

Melalui akaun peribadi dan perniagaan kami, kami membantu pelanggan meningkatkan kesihatan kewangan mereka, memberi lebih kawalan kepada mereka dan menghubungkan orang ramai dengan lancar di seluruh dunia.

Source: AppGallery, Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services