omniture

Berubah dan Berkembang: Ringkasan Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Global ke-3 Uniview

Uniview
2021-12-22 14:08 142

HANGZHOU, China, 22 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Uniview mengadakan Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Global ke-3 "Berubah. Berkembang." dalam bentuk siaran langsung semasa sambutan Ulang Tahun ke-10nya. Acara maya hanya melalui jemputan ini menampilkan perbincangan mengenai bagaimana industri pengawasan menangani cabaran selepas COVID-19 – mendorong peralihan menuju kebiasaan baharu, masa depan pasca-pandemik. Ketua Pegawai Eksekutif Univew, Hermit Zhang, menyampaikan ucapan pembukaan yang hebat untuk Sidang Kemuncak ini dan Ximen Yan, Presiden International Business Department, menyampaikan pandangan ringkas beliau mengenai transformasi yang akan dilakukan oleh Uniview, demi berkembang menuju masa depan. Lebih 1,500 rakan kongsi menghadiri mesyuarat ini.

Dapatan utama daripada pembentangan ini termasuk: 

  • Uniview melancarkan talian persidangan video
  • Skim pengawasan pintar SMB Uniview membolehkan semua industri menyusun semula tempahan, meningkatkan kecekapan dan mencapai pertumbuhan
  • Uniview meningkatkan aktiviti pemasaran digital untuk memperkasa rakan kongsi dan mendapat hasil yang memberangsangkan

Duduk di barisan hadapan pentas: perkhidmatan baharu, produk baharu 

Uniview melancarkan siri penuh alat pengesan haba, "untuk membantu menghadapi perubahan kehidupan dan perniagaan yang mendadak," kata Pengarah Pemasaran Produk Liu. Talian persidangan video baharu ini direka bentuk untuk menyesuaikan pengguna dengan gaya hidup baharu, merealisasikan komunikasi tanpa kontak yang kualitatif. Beliau menunjukkan pendekatan syarikat untuk menyusun semula dan mentransformasikan kategori produk agar dapat meliputi keselamatan pintar, rumah pintar dan perniagaan pintar.

Luar pentas: reformasi industri untuk penyelesaian pengawasan 

Skim pemantauan pintar SMB membolehkan semua industri untuk menyusun semula tempahan, meningkatkan kecekapan dan mencapai pertumbuhan. Biarpun barisan produk di Uniview diperluaskan, penyelesaian pintar yang dimaksudkan termasuk algoritma seperti Pengiraan Orang, Kawalan Aliran Orang, Pencegahan Pencerobohan Pintar dan sebagainya, mengoptimumkan pengurusan perniagaan. Joyce, Pengarah Produk, menjelaskan keperluannya untuk memperkukuh perniagaan kecil-kecilan hingga sederhana secara berkesan untuk menangani transformasi industri melalui keperluan dan teknologinya berdasarkan kepada pendekatan penyelesaian disesuaikan.

Bagaimanakah rupa bahagian belakang pentas?

Pengarah produk, Jason, menerangkan mengenai pendekatan syarikat terhadap algoritma pintar, teknologi Tri-Guard dan ColorHunter. Beliau menyebut bahawa daripada kamera tradisional kepada kamera pembelajaran mendalam, Uniview akan terus menaik taraf teknologi dalam prestasi imej, analisis video, AI, data raya dan sebagainya serta untuk meningkatkan keupayaan inovasi.

Sidang Kemuncak ini berakhir dengan pencapaian yang penting termasuk pelancaran alat persidangan dalam talian, serta alat rumah pintar, melengkapkan peralihan produk daripada pengawasan tradisional kepada rumah pintar/ perniagaan pintar. Sidang kemuncak ini juga memberi ganjaran kepada rakan kongsi yang setia dan berdedikasi atas prestasi luar biasa dan memberi galakan untuk untuk kembali ke tahun 2022 dengan ikrar yang lebih kukuh terhadap dedikasi yang berterusan.

Source: Uniview
Related Links:
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Health Care/Hospital High Tech Security Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Trade show news Data Analytics