omniture

ICP DAS - BMP bakal hadiri Medical Taiwan Expo 2022 di Taipei

ICP DAS Co., Ltd.
2022-05-26 01:07 221

TAIPEI, 26 Mei 2022 /PRNewswire/ -- ICP DAS - BMP (Biomedical Polymers), pembekal TPU (poliuretana termoplastik) perubatan Taiwan, akan mengadakan pameran di Medical Taiwan 2022, ekspo perubatan, kesihatan dan penjagaan bertaraf antarabangsa. Medical Taiwan Expo 2022 akan berlangsung di Pusat Pameran Nangang Taipei, Dewan 2 (TaiNEX 2) pada 16-18 Jun 2022.

imej
imej

ICP DAS - BMP akan mempamerkan tiga siri TPU gred perubatan yang amat stabil, iaitu Alithane™ (siri ALP), Durathane™ (siri ALC) dan Arothane™ (siri ARP). Rangkaian granul baharu dengan 30% kandungan tungsten (W30) akan dipamerkan di pameran tersebut buat julung kalinya.

Semua resin TPU oleh ICP DAS - BMP dikeluarkan 100% di Taiwan. Bagi menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan terbaik, ICP DAS - BMP menawarkan masa pendulu yang lebih baik dan menerima pesanan kuantiti yang sedikit. Sistem pemantauan profesional yang dilaksanakan ke dalam barisan pengeluaran syarikat ini membantu memaksimumkan kecekapan dan kapasiti kilang. TPU yang dibuat oleh ICP DAS - BMP mempunyai sifat-sifat mekanikal, rintangan bahan kimia dan radiodensiti yang sangat baik; ia juga boleh dipadankan dengan warna.

Memandangkan kebanyakan negara mula mempertimbangkan untuk menggantikan PVC (Polivinil Klorida) dengan TPU perubatan, penggunaan polimer telah menjadi bahagian yang sangat penting dalam sistem rawatan kesihatan dan perubatan kecemasan global. Aplikasi poliuretana termoplastik dalam rawatan kesihatan meliputi penyampaian ubat-ubatan, rawatan luka, kardiologi, urologi, ortodontik dan banyak lagi.

Ekoran pandemik COVID-19, banyak negara telah mula mewujudkan pengeluaran domestik pelbagai barangan. Industri perubatan merupakan salah satu bidang pembangunan yang utama. Lantaran itu, minat untuk membeli polimer perubatan yang selamat dan terbukti turut meningkat dengan signifikan.

ICP DAS - BMP dengan bangganya menyebut bahawa syarikat ini telahpun mencapai kejayaan yang mengagumkan dengan pengeluar perubatan domestik yang menggunakan polimer untuk kaedah pembentukan suntikan.

Pasukan ICP DAS - BMP seikhlas hati menjemput anda untuk melawat kami di Medical Taiwan Expo mulai 16 – 18 Jun 2022, di TaiNEX 2, Reruai P0328. Ayuh bertemu pakar-pakar untuk mengetahui lebih lanjut tentang bahan-bahan perubatan yang inovatif.

Latar Belakang ICP DAS - BMP 

Sebagai respons kepada permintaan yang semakin meningkat dalam industri polimer, pada tahun 2018, ICP DAS menubuhkan unit perniagaan baharu untuk pembangunan dan pengeluaran polimer gred perubatan – ICP DAS - BMP. Syarikat ini menerima pensijilan ISO 13485 untuk gudang bahan mentah dan barisan pengeluarannya.

ICP DAS - BMP mempunyai makmalnya sendiri untuk pempolimeran, analisis sifat-sifat fizikal dan ujian sitotoksisiti. Semua TPU yang dibekalkan oleh ICP DAS - BMP diperakui oleh USP Class VI dan mematuhi piawaian antarabangsa ISO 10993. Bahan-bahan telah lulus ujian pemekaan kulit dan sitotoksisiti mengikut ISO 10993-5 dan ISO 10993-10. Kesemua ini membenarkan ICP DAS - BMP untuk menjamin kebolehserasian bio untuk pengeluar peralatan perubatan.

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami: https://bmp.icpdas.com/

Untuk produk, penyelesaian dan pertanyaan TPU, hubungi kami terus: sales_bmp@icpdas.com

 

 

 

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Keywords: Biotechnology Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news Future Events