omniture

ROYAL CANADIAN MINT DAN BANK NEGARA BARBADOS MEMENANGI ANUGERAH KECEMERLANGAN MATA WANG 2022 PERSATUAN HAL EHWAL MATA WANG ANTARABANGSA BAGI KATEGORI SYILING KENANG-KENANGAN ATAU SYILING EDARAN UJIAN BAHARU TERBAIK

Royal Canadian Mint (RCM)
2022-10-21 18:54 271

OTTAWA, ONTARIO, 21 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Royal Canadian Mint berbesar hati kerana mendapat pengiktirafan bersama dengan Bank Negara Barbados untuk syiling edaran $1 Glow-in-the-Dark Flying Fish Barbados, yang dinobatkan sebagai Syiling Kenang-kenangan atau Syiling Edaran Ujian Baharu Terbaik di bawah Anugerah Kecemerlangan Mata Wang 2022 oleh Persatuan Hal Ehwal Mata Wang Antarabangsa (IACA). Dikeluarkan sempena memperingati jasa para pekerja barisan hadapan etnik Bajan yang membantu negara mengatasi pandemik COVID-19, penampilan syiling edaran berwarna dengan cetakan pad ini diperindahkan lagi dengan teknologi pendarkilau foto proprietari Mint. Teknik pendarkilau ini melambangkan cahaya pengharapan yang menyinari liku-liku kesukaran. Anugerah IACA bagi penggunaan warna-warna cahaya-dalam-gelap kali pertama pada syiling bukan Kanada ini diberikan secara rasmi hari ini pada Persidangan Syiling 2022 di Amsterdam, Belanda. 

The Barbados $1 Glow-in-the-Dark Flying Fish circulation coin produced by the Royal Canadian Mint
The Barbados $1 Glow-in-the-Dark Flying Fish circulation coin produced by the Royal Canadian Mint

"Royal Canadian Mint berdedikasi untuk memajukan seni dan sains pembuatan syiling, bukan sahaja untuk Kanada dan rakyatnya, malah untuk manfaat industri mata wang global," kata Marie Lemay, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. "Pengiktirafan daripada IACA ini merupakan sokongan yang penting terhadap strategi inovasi dan kerjasama strategik kami dengan pelanggan antarabangsa penting seperti Bank Negara Barbados yang menunjukkan bahawa kemajuan teknologi kami boleh membawa perubahan kepada para pengguna syiling edaran di seluruh dunia."

Syiling edaran edisi terhad ini telah dilancarkan secara maya pada 28 November 2020.  Syiling ini menonjolkan reka bentuk "Flying Fish" (Ikan Terbang) syiling edaran satu dolar Barbados yang ikonik dengan teknologi pewarnaan cahaya-dalam-gelap Mint.  Selain untuk edaran umum, syiling ini juga tersedia dalam pembungkusan gaya kad kredit kenang-kenangan yang istimewa.

Anugerah Kecemerlangan Mata Wang telah diperkenalkan oleh IACA pada tahun 2007 untuk menggalakkan dan mengiktiraf kecemerlangan dalam pengeluaran, pembuatan, pemprosesan, pengurusan dan edaran mata wang. Mint berbangga kerana telah menerima pengiktirafan dalam beberapa anugerah sebelum ini:

  • Inisiatif Mata Wang Terbaik yang Dilaksanakan sebagai Tindak Balas terhadap Pandemik Covid-19 (Organisasi Lain) anugerah istimewa untuk Pingat Penghargaan sempena mengenang jasa para pekerja barisan hadapan Kanada dan tokoh-tokoh yang membawa perubahan dalam komuniti (2021);
  • teknologi token tiga logam kami di bawah kategori Produk, ciri atau inovasi edaran syiling baharu terbaik (2019)
  • program syiling edaran kenang-kenangan 150 tahun Kanada kami di bawah kategori Program Komunikasi Baharu Terbaik (2017)
  • penghargaan bersama-sama dengan Bank Simpanan New Zealand untuk syiling edaran 50 sen berwarna sempena ulang tahun ke-100 Anzac New Zealand di bawah kategori Syiling Kenang-kenangan atau Syiling Edaran Ujian Baharu Terbaik (2015);
  • syiling edaran $1 dan $2 saduran keluli berbilang lapisan kami dengan ciri-ciri keselamatan canggih yang diperkenalkan pada tahun 2012 di bawah kategori Inovasi Syiling Baharu Terbaik (2013);
  • program syiling edaran kenang-kenangan Sukan Musim Sejuk 2010 Vancouver kami di bawah kategori Siri Syiling Baharu Terbaik (2011); dan
  •  syiling edaran 25 sen Pink Ribbon 2016 di bawah kategori Syiling Baharu Terbaik (2007).

Video dan foto pegun tentang projek ini boleh didapati di sini .

Tentang Royal Canadian Mint

Royal Canadian Mint ialah perbadanan Crown yang bertanggungjawab untuk mencetak dan mengedar syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah sebuah pembuat syiling terbesar dan paling serba boleh di dunia, menawarkan pelbagai produk syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan yang berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang Mint, produk dan perkhidmatannya, sila layari www.mint.ca.  Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Tentang IACA

Bekerjasama dengan sektor awam dan swasta, matlamat IACA adalah untuk menyediakan pertukaran antarabangsa bagi perundingan dan kolaborasi tentang hal-hal yang menarik perhatian pihak berkepentingan dalam kitaran pembayaran tunai dan untuk memberi semula kepada industri melalui manfaat yang disalurkan daripada pelbagai kerja projek, program dan sumber maklumat kami. Syarikat-syarikat yang menjadi ahli merangkumi semua pihak berkepentingan dalam kitaran pembayaran tunai, termasuklah: bank pusat; pihak berkuasa pengeluar mata wang; kementerian kewangan; pencetak negara dan komersial; pembuat syiling negara dan komersial; syarikat pengurusan tunai; pembekal industri mata wang dan pembekal pengendalian tunai.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1924505/Royal_Canadian_Mint_ROYAL_CANADIAN_MINT_AND_CENTRAL_BANK_OF_BARB.jpg?p=medium600

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT
Keywords: Banking/Financial Service Awards Canadian Federal Government Public Interest