omniture

Pencetak 3D IDEX Pertama Snapmaker J1 Kini Tersedia untuk Pra-tempahan

Snapmaker
2022-11-08 22:00 187

SHENZHEN, China, 8 November 2022 /PRNewswire/ -- Pengeluar digital Snapmaker memperkenalkan Pencetak 3D IDEX terkininya J1 yang bersedia menerima pra-tempahan di gedung rasmi mulai 8 November.

Snapmaker J1 3D Printer
Snapmaker J1 3D Printer

J1 ialah pencetak 3D IDEX pertama daripada Snapmaker, ia menyediakan:

  • Pencetakan dwi-bahan
  • Sokongan lolosan dan sokongan boleh larut untuk penanggalan mudah
  • Mod Salin dan Mod Cermin yang menggandakan produktiviti
  • Kelajuan pencetakan hingga 350mm/s dan pecutan hingga 10000mm/s²
  • Ketegaran daripada bahagian tuangan satu keping, rel linear berkejituan tinggi dan bingkai aloi aluminium

Dengan sistem penyemperit bebas (IDEX), ia membolehkan dua penyemperit berasingan bergerak bebas, mengupayakan pelbagai mod pencetakan yang mengujakan seperti mod salin, cermin dan sandaran untuk membawa pengalaman pencetakan anda ke tahap yang serba baharu. Di samping itu, IDEX menawarkan penyelesaian dua-penyemperit paling bersih yang mencegah kontaminasi silang. Sementara itu, J1 menyokong PVA dan bahan-bahan boleh larut yang lain. Ia dapat mengendalikan struktur berongga, bahagian rumit dengan juntaian, atau bahagian yang tepat dengan perincian yang hebat.

Berbanding dengan pencetak 3D IDEX utama yang terdapat dalam pasaran, salah satu ciri J1 yang menyerlah ialah pencetakan yang berkelajuan tinggi. Lantaran pengoptimuman teknologi pampasan getaran, ia memastikan rangsangan kelajuan yang revolusioner untuk meningkatkan kelajuan pencetakan hingga 350mm/s. Ia membolehkan anda mencetak dua bangku dalam 22 minit. Algoritma yang canggih juga mengurangkan getaran yang disebabkan oleh pergerakan berkelajuan tinggi, meminimumkan deringan bagi meningkatkan kualiti cetakan.

Di samping itu, badan J1 merangkumi bingkai atas dan tapak yang diperbuat daripada tuangan beracuan satu-keping dan empat bar aloi aluminium bagi menjamin ketegarannya. J1 juga dapat mencetak model halus dengan perincian memandangkan rel linearnya yang berkejituan tinggi dapat memastikan pergerakan yang stabil.

J1 Snapmaker boleh didapati di gedung rasmi. Harga pra-tempahan bernilai 1,099 USD dengan kos penghantaran percuma, 300 USD potongan MSRP. Tambahan pula, Jualan Jumaat Hitam (Black Friday) Snapmaker sedang berjalan. Mulai 8 November hingga 1 Disember, pelanggan boleh menikmati potongan sehingga 40%. Selain itu, ia mengadakan roda bertuah, jualan kilat dan tawaran harga yang lebih baik untuk produk pukal yang bererti pelanggan juga berpeluang mendapat potongan sehingga 45% bagi produk-produk terpilih. 

Latar Belakang Snapmaker 

Ditubuhkan pada tahun 2016, Snapmaker ialah sebuah syarikat teknologi yang membangunkan, mengilangkan dan menjual pencetak 3D 3-dalam-1 atas meja yang mengintegrasikan pencetakan 3D, turisan & pemotongan laser serta pengukiran CNC. Produk unggulan Snapmaker iaitu pencetak 3D 3-dalam-1 Snapmaker 2.0 mencatat rekod pada tahun 2019 sebagai pencetak 3D paling ramai dibiayai oleh khalayak di Kickstarter dan memenangi CES Innovation Award 2020 dan iF Design Award 2022.

Source: Snapmaker
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services