omniture

TCL Memenangi Dua Anugerah Inovasi CES® 2023, Mengesahkan Kepimpinannya dalam Teknologi Paparan

TCL Electronics
2022-11-21 23:07 617

CORONA, California, 21 November 2022 /PRNewswire/ -- TCL Electronics, salah satu penggiat dominan dalam industri TV global dan syarikat elektronik pengguna terkemuka, berbesar hati kerana memenangi bukan satu, tetapi dua Anugerah Inovasi CES® 2023 untuk TCL Mini LED 4K TV 75C935 dan TCL Mini LED 4K TV 75C835 (tersedia di Amerika Utara sebagai 6-Series 75R655). Kedua-dua produk mempamerkan reka bentuk inovatif dan ciri kejuruteraan yang menarik yang mendapat markah tinggi merentas kriteria penilaian ketat panel penilai, menyertai kumpulan elit produk yang diberi pengiktirafan ini.  

Anugerah Inovasi CES® ialah pertandingan tahunan yang memberi penghormatan kepada reka bentuk dan kejuruteraan yang cemerlang dalam produk teknologi pengguna. Pengumuman untuk penerima anugerah tahun ini berlangsung di CES® Unveiled New York, acara intim dengan beberapa media paling berpengaruh dalam industri teknologi untuk mempamerkan perkara yang dirancang untuk CES® 2023 pada bulan Januari. 

Pengalaman TV Mini LED 4K yang hebat

Sebagai penginovasi dalam teknologi lampu latar Mini LED, TCL mengesahkan semula kepimpinannya dalam industri televisyen dengan C-Seriesnya. Anugerah Inovasi CES® 2023 Mini LED TV pertama diberikan kepada TCL 75C935, TV lampu latar Mini LED generasi terbaharu jenama itu. Reka bentuk yang super nipis dan elegan, digabungkan dengan optik dan bunyi yang cemerlang, menjadikan produk ini menonjol dalam kalangan hakim dalam kategori Audio dan Video Rumah.

TV 75" ialah gabungan teknologi Mini LED dan QLED yang mengagumkan yang menyampaikan optik revolusioner dengan sehingga 1920 Zon Pemalapan Setempat Tatasusunan Penuh dalam resolusi 4K, warna yang hidup dan VRR 144Hz. 75C935 juga menyampaikan pengalaman mendengar tentuan bilik yang menampilkan Adaptasi Sonic AI yang berkuasa, Penjejakan Bunyi dan pemacu yang diperhalusi untuk mencipta pentas bunyi premium dengan pemprosesan audio 3D Dolby Atmos® untuk bunyi keliling. Selain itu, ia disepadukan dengan pengalaman Google TV yang diperibadikan.


*Sila klik pautan ini untuk imej beresolusi tinggi

Hiburan Rumah Premium Menampilkan kedua-dua Google TV atau Roku TV

TCL Mini LED 4K TV 75C835 mengesahkan kedudukan mendominasi jenama dalam segmen tersebut. Dengan teknologi paparan termaju TCL, reka bentuk anggun dan prestasi teater rumah yang boleh diakses, ia memberikan kontras yang tiada tandingan dengan Zon Kawalan Kontras, ketepuan warna pekat dengan teknologi Quantum Dot dan kejelasan yang berkuasa dengan HDR Pro Pack yang menampilkan Dolby Vision IQ® untuk kecerahan yang lebih hebat dalam palet penuh warna yang beraneka. Menampilkan Google TV atau Roku TV, C835 (R655) menyampaikan antara muka pintar yang dibina berkisarkan pengguna dan rancangan yang gemar ditonton oleh mereka.

Kadar penyegarannya yang sangat pantas sehingga 144Hz mengubah imejan dengan beribu-ribu Mini LED kelas mikrometer untuk kontras tanpa kompromi dan iluminasi licin yang cemerlang. Lampu latar Mini LED TCL memberi kuasa sehingga 360 Zon Kawalan Kontrak, manakala AiPQ Engine™ menggunakan pembelajaran mesin untuk meningkatkan warna, kontras dan kejelasan.

TCL tidak sabar-sabar lagi untuk kembali ke CES® 2023, acara teknologi paling berpengaruh di dunia, yang akan diadakan di Las Vegas pada Januari akan datang. Para hadirin akan berpeluang menemui produk pemenang Anugerah Inovasi CES® 2023 jenama ini dan lebih banyak TV berprestasi tinggi revolusi di tingkat pameran, jadi nantikan lebih banyak kemas kini mengenai rancangan TCL di pameran dagangan global.  

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah syarikat elektronik pengguna yang berkembang pesat dan penggiat terkemuka dalam industri TV global. Ditubuhkan pada 1981, ia kini beroperasi di lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna yang terdiri daripada TV, audio dan peralatan rumah pintar. https://www.tcl.com.

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Television Awards Trade show news