omniture

Pengambilalihan baharu yang mengagumkan bagi pengendali hotel Iceland yang sentiasa berkembang

Legendary Hotels & Resorts ehf
2022-12-06 17:49

Legendary Hotels and Resorts mengumumkan rancangan terhadap hotel 50 bilik yang terletak di Taman Negara Portugis yang menakjubkan

REYKJAVIK, Iceland, 5 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pengendali hotel yang terkemuka dari Iceland, Legendary Hotels and Resorts, berbesar hati untuk mengumumkan pengambilalihan antarabangsanya yang terkini - sebuah hotel 50 bilik yang besar, terletak di lokasi yang benar-benar indah di Taman Negara Portugis yang menakjubkan.

Hotel tersebut akan dinaik taraf kepada standard yang tinggi dengan menggunakan pembiayaan daripada beberapa pelabur runcit utama yang membolehkan setiap pelabur ini memperoleh visa emas dan menjadi warganegara Portugal selepas tempoh lima tahun. Program 'visa emas' Portugis ini merupakan salah satu daripada beberapa program 'pemastautin kepada warganegara' daripada Kesatuan Eropah yang wujud dan dijadualkan akan dijalankan sehingga sekurang-kurangnya pada penghujung tahun 2023, mengikut undian Parlimen yang dilakukan pada bulan November 2022 yang lalu.

Dmitrijs Stals, Ketua Pegawai Eksekutif Legendary Hotels and Resorts berkata:
"Kami percaya bahawa skim ini merupakan sesuatu yang menguntungkan bagi semua pihak yang terlibat. Perbandaran tempatan akan menikmati semua manfaat dan keselesaan sebuah hotel bandar moden termasuk penciptaan pelbagai peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan, kami akan menambah harta komersial baharu yang indah kepada portfolio kami yang mengagumkan dan para pelabur akan menerima visa emas mereka serta - berpotensi - mendapat pasport Portugis bagi sumbangan yang bernilai sekurang-kurangnya €280,000 setiap pelabur. Kami sedang sibuk membuat rancangan bagi memastikan para tetamu hotel akan memperoleh pengalaman penginapan yang indah di sana apabila kemudahan tersebut dibuka, yang menjadi keutamaan bagi semua projek kami."

Legendary Hotels and Resorts baru-baru ini telah mengumumkan rancangan besar-besaran untuk membuka 12 buah hotel dengan lebih 1,000 buah bilik di seluruh Iceland menjelang akhir tahun 2025. Syarikat yang berwawasan ini juga sedang meneroka pelbagai peluang tambahan di seluruh dunia.

Pengambilalihan terkini yang dilakukan oleh syarikat ini merupakan sebuah 'permata' yang terletak di taman negara Serra da Estrela yang menakjubkan di Portugal, yang berhampiran dengan bandar pelancongan Celorico da eira. Selepas pengubahsuaian besar-besaran dilakukan, hotel ini akan dinamakan semula sebagai 'Legendary Serra Hotel', dengan bilik-bilik yang dinaik taraf kepada standard 4 bintang berserta sebuah kawasan spa yang indah. Nantikan berita selanjutnya untuk mengetahui tentang satu lagi perkembangan menarik daripada Legendary Hotels and Resorts.

Hubungan Media: 
Madara Kviesite,
+3544499999,
madara@legendaryhotels.com  

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1937724/Legendary_Hotels_and_Resorts_Logo.jpg?p=medium600

Source: Legendary Hotels & Resorts ehf
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Travel New products/services