omniture

Pengembangan Selanjutnya Risen Energy pada Portfolio BIS

Risen Energy Co., Ltd
2022-12-17 00:00 59

NINGBO, China, 17 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd., pengeluar produk fotovolta solar berprestasi tinggi global yang terkemuka, baru-baru ini diberikan pensijilan BIS untuk siri TITAN 132 modul PV berkuasa ultra tinggi, dengan peluang-peluang yang seterusnya untuk pengguna akhir menurunkan LCOE mereka dengan ketara.

BIS ialah Badan Piawaian Kebangsaan India yang ditubuhkan di bawah Akta BIS 2016 untuk pembangunan yang harmoni bagi aktiviti-aktiviti pempiawaian, penandaan dan pensijilan kualiti barang-barang. Pensijilan BIS dikeluarkan oleh Biro Piawaian India (BIS) bagi menjamin kualiti, keselamatan dan keandalan produk selaras dengan Piawaian India (IS).

Memanfaatkan kedudukan peneraju awalnya dalam memperoleh pensijilan BIS pada tahun 2018, Risen Energy menyediakan penyelesaian kepada IPP tempatan, pemaju, syarikat EPC dan pelabur. Penambahan siri TITAN 132 kepada bahagian portfolio BIS, mencipta potensi dan penembusan yang selanjutnya untuk PV solar dalam pasaran India.

Mengulas tentang pencapaian tersebut, B.Veerraju Chaudary, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran (CSMO) Risen Energy berkata, "Risen Energy komited terhadap penyelidikan dan pembangunan serta pengeluaran besar-besaran modul PV yang berkecekapan tinggi. Pemerolehan pensijilan BIS untuk Modul PV Dwimuka dan Monomuka Berkuasa Ultra Tinggi siri TITAN 132 menonjolkan pencapaian yang penting buat kami dan kami berharap dapat menyediakan kepada pelanggan di India dengan produk berprestasi tinggi dan perkhidmatan yang terbaik dalam kelas serta menggalakkan selanjutnya pembangunan dan aplikasi tenaga boleh baharu di negara ini."

Risen Energy memfokuskan untuk memperkasakan dunia dengan produk modul PV berkualiti unggul dan berkesan kos selama lebih daripada dua dekad lamanya. Produk siri Titan, dengan lebih banyak penjanaan kuasa dan kecekapan lebih tinggi, mendapat pengiktirafan pasaran yang mantap secara global sejak dilancarkan. Penerimaan teknologi perintis seperti berbilang-grid, pembahagian tidak memusnah, pempakejan separuh potong, pengkapsulan berketumpatan tinggi dan sebagainya membolehkan siri TITAN 132 memiliki prestasi superlatif di samping mengurangkan kos imbangan sistem dalam arena yang mencabar dari segi fiskal pada hari ini. Prestasi tinggi dengan liputan kuasa sehingga 670Wp, menjadikan siri TITAN sebagai peneraju terbaik bagi sebarang ukuran atau metrik. Di samping itu, reka bentuk siri TITAN yang terpelbagai dan fleksibel dapat disesuaikan untuk penyelesaian dalam pelbagai projek berskala industri, komersial dan utiliti.

Latar Belakang Risen Energy

Risen Energy ialah pengeluar Tahap 1, global dan terkemuka bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi dan penyedia penyelesaian perniagaan keseluruhan untuk penjanaan kuasa. Syarikat ini, ditubuhkan pada tahun 1986 dan disenaraikan secara terbuka pada tahun 2010, mendorong penjanaan nilai untuk pelanggan globalnya, memperoleh bahagian pasaran yang luar biasa lebih 50 daerah. Inovasi teknologi-komersial, disokong oleh kualiti dan sokongan yang sempurna, melingkungi penyelesaian perniagaan PV Solar keseluruhan Risen Energy yang merupakan antara yang paling hebat dan berkesan kos dalam industri ini. Dengan kehadiran pasaran tempatan serta status keupayaan menjana keuntungan (bankability) kewangan yang mantap, kami komited dan berupaya untuk membina kolaborasi yang strategik dan saling memberi manfaat bersama rakan kongsi kami tatkala kami bersama-sama memanfaatkan nilai tenaga hijau yang semakin meningkat. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami: www.risenenergy.com

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities