omniture

Quantinuum Melantik Rajeeb (Raj) Hazra sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Quantinuum
2023-02-15 23:24
  • Quantinuum mengukuhkan lagi pasukan pengurusan dan kepemimpinannya sambil meningkatkan kedudukannya sebagai peneraju global.
  • Hazra akan membantu Quantinuum, sebuah syarikat pengkomputeran kuantum bersepadu kendiri terbesar di dunia, dalam misinya untuk mempercepat penggunaan pengkomputeran kuantum ketika syarikat ini memasuki suatu tempoh penskalaan yang pesat.
  • Ketua Pegawai Eksekutif semasa merangkap pengasas syarikat, Ilyas Khan, kekal dalam pasukan kepemimpinan dan akan memberi tumpuan kepada pembangunan produk serta inovasi sebagai Ketua Pegawai Produk. Beliau turut dikekalkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Quantinuum dan akan memegang jawatan Naib Pengerusi.

TOKYO, CAMBRIDGE, England dan BROOMFIELD, Colorado, 15 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Quantinuum hari ini mengumumkan bahawa Rajeeb (Raj) Hazra telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Quantinuum berkuat kuasa serta-merta. Dengan peletakan jawatan ini, Ketua Pegawai Eksekutif semasa Quantinuum, Ilyas Khan, akan kekal mengetuai syarikat ini. Beliau turut dikekalkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan akan memegang jawatan Naib Pengerusi. Di samping itu, beliau juga dikekalkan sebagai eksekutif kanan sepenuh masa syarikat dan bertanggungjawab untuk memacu pembangunan dan inovasi produk sebagai Ketua Pegawai Produk yang pertama untuk Quantinuum – suatu peranan yang amat dinanti-nantikan oleh Khan. 

Hazra mempunyai lebih tiga dekad pengalaman dalam jawatan pengkomputeran super, kuantum dan teknikal di seluruh dunia. Beliau akan bekerjasama rapat dengan Khan dan pasukan eksekutif syarikat untuk memacu pengkomputeran kuantum dan memajukan pengkomersialan syarikat. Beliau mengambil alih pucuk pimpinan sebuah organisasi yang kini mempunyai lebih 480 orang kakitangan yang merintis jalan dalam mempercepat penyelidikan ubat-ubatan, penjagaan kesihatan, sains bahan, keselamatan siber, transformasi tenaga serta perubahan iklim.

"Secara uniknya, Raj layak untuk memegang jawatan ini setelah membuktikan keupayaan teknikal beliau dalam bidang teknologi canggih dan superkomputer dalam organisasi kecil dan besar," kata Khan. "Visi dan kemahiran beliau dalam menerajui syarikat amat kami perlukan untuk terus memacu impak yang dapat kami hasilkan dalam sektor pengkomputeran kuantum serta terhadap seluruh masyarakat. Beliau mempunyai semangat keusahawanan, pemikiran yang strategik serta minat yang tinggi terhadap teknologi perisian dan perkakasan, serta mempunyai pengalaman kepimpinan dalam membangunkan peluang komersial baharu untuk pengkomputeran kuantum. Beliau akan terus memastikan bahawa Quantinuum 'diterajui sains dan dipacu perusahaan.' Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Raj ketika kami berusaha untuk mencipta pengetahuan dan penyelesaian sebenar bagi cabaran paling mendesak di dunia." 

"Dengan pelantikan Raj sebagai pemimpin, Quantinuum berada pada kedudukan yang baik untuk terus mengembangkan pengaruhnya ke dalam sektor perniagaan kuantum baru muncul dan memberi impak terhadap cabaran sebenar yang dihadapi," kata Darius Adamczyk, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Quantinuum. "Ini adalah masa yang sesuai untuk membawa Raj masuk ke dalam syarikat, sambil kami membina momentum untuk memacu fasa industri kuantum yang seterusnya. Beliau akan membantu syarikat memacu inovasi dan keusahawanan pada tahap kepantasan yang tinggi dalam industri kuantum. Saya juga berterima kasih kepada Ilyas atas kepemimpinan beliau yang akan diteruskan melalui jawatan baharu yang disandang dan bersyukur kerana beliau akan tetap menyumbangkan tenaga demi menjayakan Quantinuum."

"Saya berbesar hati untuk mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif ini dan berasa teruja untuk menumpukan sokongan saya terhadap perkembangan Quantinuum serta memacu inovasi yang akan mengubah cara pengkomputeran kuantum membawa kesan yang positif kepada dunia," kata Hazra. "Dengan asas yang kukuh yang telah dibina oleh Ilyas dan pasukannya, kami akan terus memacu kemajuan Quantinuum pada masa hadapan." 

"Kami teruja untuk melangkah maju ke hadapan pada saat-saat yang penting bagi industri pengkomputeran kuantum," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Operasi, Tony Uttley. "Kami akan terus bekerjasama dengan para pelanggan dan rakan kongsi kami untuk menyelesaikan beberapa masalah paling sukar diatasi di dunia yang tidak dapat diselesaikan oleh pengkomputeran konvensional, dan pada masa yang sama, terus memenuhi komitmen sedia ada kami."

Hazra baru-baru ini bertugas sebagai Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar bagi Unit Perniagaan Rangkaian dan Pengkomputeran dan sebelum ini berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Strategi Korporat dan Komunikasi Micron Technology (Nasdaq: MU) yang berpangkalan di San Jose, California. Semasa berkhidmat di syarikat tersebut, beliau menubuhkan Pejabat Strategi Korporat yang bekerjasama rapat dengan kakitangan Ketua Pegawai Eksekutif untuk menentukan dan melaksanakan pelan strategik lima tahun syarikat tersebut. Sebagai Pengurus Besar bagi unit perniagaan terbesar dan paling menguntungkan syarikat, beliau bertanggungjawab ke atas lebih $12 bilion lejar Untung & Rugi tahunan syarikat serta pasukan di seluruh dunia yang merangkumi AS, Eropah dan Asia dalam fungsi operasi perniagaan, pembangunan pasaran dan sokongan pelanggan.

Beliau sebelum ini berkhidmat selama 25 tahun di Intel Corporation, mengetuai Kumpulan Perusahaan dan Kerajaan, Kumpulan Pengkomputeran Teknikal, Perancangan dan Seni Bina Superkomputer serta Penyelidikan Teknologi Sistem. Di syarikat tersebut, beliau berusaha mengubah organisasi agar ia dapat memberi tumpuan kepada dunia dengan infrastruktur hibrid dan berbilang awan yang seterusnya menghasilkan produk dan kerjasama baharu. Beliau turut mengubah perniagaan demi mencapai pertumbuhan selepas beberapa tahun mengalami kemerosotan dengan strategi yang pertama kali diperkenalkan untuk memanfaatkan peralihan ke arah awan berbilang hibrid, serta kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin yang digunakan oleh perusahaan. Beliau juga mempunyai pengalaman teknikal yang luas dalam memimpin pasukan yang terdiri daripada beratus-ratus orang penyelidik di pelbagai lokasi geografi.

Raj memiliki Ijazah Kedoktoran (Ph.D.) dan Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Sains Komputer dari College of William and Mary di Virginia, A.S., serta memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Sains Komputer dari Universiti Jadavpur di Kolkata, India.

Tentang Quantinuum 

Lokasi: Cambridge, U.K., Broomfield, Colorado, A.S.
Tahun Ditubuhkan: Disember 2021 (melalui penggabungan Honeywell Quantum Solutions (U.S.) dan Cambridge Quantum Computing (U.K.))

Quantinuum ialah salah sebuah syarikat pengkomputeran kuantum bersepadu terbesar di dunia yang ditubuhkan melalui gabungan perkakasan Honeywell Quantum Solutions yang terkemuka di dunia dan aplikasi serta perisian tengah Cambridge Quantum yang menjadi peneraju dalam kategorinya. Quantinuum yang berpandukan sains dan dipacu perusahaan, mempercepatkan pengkomputeran kuantum dan pembangunan aplikasi di seluruh bidang kimia, keselamatan siber, kewangan dan pengoptimuman. Tumpuan Quantinuum adalah untuk mewujudkan penyelesaian kuantum komersial dan boleh dipertingkatkan bagi menyelesaikan masalah paling mendesak di dunia dalam bidang seperti tenaga, logistik, perubahan iklim dan kesihatan. Syarikat ini melantik lebih 480 orang kakitangan termasuk 350 orang saintis di sembilan buah lokasi di seluruh Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun.

www.quantinuum.com 

Source: Quantinuum
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements