omniture

Kingsware selesaikan Pembiayaan Pusingan C+ sebanyak hampir RMB 500 juta, Perusahaan milik-Negara melabur dalam industri RPA

Kingsware
2023-03-06 10:10 54

ZHUHAI, China, 6 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Pada 3 Mac 2023, Zhuhai Kingsware Information Technology Co. LTD (selanjutnya dirujuk sebagai "Kingsware") berjaya mengadakan pusingan pendanaan siri C dan persidangan produk baharu di bandar Zhuhai dengan tema "produktiviti baharu · lembaran baharu". Di mesyuarat tersebut, Kingsware mengumumkan secara rasmi bahawa syarikat ini telah mengumpul sekitar RMB500 juta dalam pusingan pendanaan siri C pada Disember 2022. Dengan CDB Capital mengetuai pelaburan tersebut, Wenrun Investment (Wens capital), Guangdong Finance Fund, CICC Capital, SGUNWEI capital, JUNSAN capital, ZHENGLING VENTURE CAPITAL dan institusi-institusi lain mengambil bahagian sebagai rakan pelabur, jumlah pembiayaan menduduki kedudukan teratas bagi jumlah pembiayaan perkhidmatan perusahaan Cina pada tahun 2022.

Menurut Kingsware, dana tersebut sebahagian besarnya akan digunakan untuk mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) matriks produk "RPA+X", seterusnya menambah baik susun atur ekologi "1+N" syarikat. Selain daripada kedudukan utamanya dalam industri kewangan, Kingsware akan melanjutkan lagi kecekapannya ke industri-industri lain dan mengekalkan kepimpinannya dalam arena RPA.

Dalam sesi keluaran produk baharu, Kingsware memperkenalkan fungsi dan ciri tahap-perusahaan yang baru dinaik taraf K-RPA produk teras dan melancarkan secara berpusat produk baharu setiausaha manusia digital maya, sistem pengurusan kawalan dalaman pintar bank, platform pengurusan terpusat penyerahan pengawalseliaan bank, sistem pengurusan di-tapak pusat data dan platform pengajaran dan latihan transformasi digital K-EE Kingsware dan ia terus membina dan meningkatkan matriks produk "RPA+X" Kingsware dan sekali lagi, ia mendemonstrasikan kepada industri ini keupayaan inovatif Kingsware sebagai pakar RPA tahap-perusahaan dan keazamannya untuk melaksanakan strategi korporat bagi "menawarkan perkhidmatan kepada ribuan industri, membantu ekonomi digital dan membina China digital." 

Di samping itu, Kingsware turut mengumumkan bahawa ia telah menjadi unit ahli dalam Jawatankuasa Kerja Inovasi Aplikasi Teknologi Maklumat pada tahun 2022. Ketika ini, produk-produknya telah menyokong sepenuhnya ekosistem maklumat dan inovasi. Di bawah panduan "inovasi bebas teknologi teras" dan dasar-dasar berkaitan negara yang lain, syarikat ini secara beransur-ansur akan melengkapkan pensijilan bersama keserasian produk maklumat dan inovasi dalam rantai industri keseluruhan daripada infrastruktur IT, perisian asas hingga perisian aplikasi.

 

Source: Kingsware
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Financing agreements Trade show news Venture Capital