omniture

MYEG Tandatangani Perjanjian dengan Kastam China untuk Kesalinghubungan Perdagangan Rentas Sempadan pada Platform Blok Rantai Zetrix

Zetrix
2023-04-03 16:55 63

Perkhidmatan akan menerbitkan sijil asal (COO) dan sijil-sijil perdagangan berkaitan yang lain untuk mempermudah pengiraan tarif dan pelepasan kastam yang lebih cekap

BEIJING, 3 April 2023 /PRNewswire/ -- MY E.G. Services Berhad ("MYEG") telahpun menandatangani perjanjian perkongsian dengan East Logistic-Link Co., Ltd, sebuah agensi milik penuh Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China ("GACC") untuk bersama-sama menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan pemudahan perdagangan rentas sempadan termasuk sijil-sijil asal pada platform blok rantai Zetrix.

Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan perdagangan rentas sempadan seperti keselamatan makanan, kuarantin dan bil muatan juga boleh dikeluarkan pada rantaian tersebut. Ini akan membolehkan semua data dalam sijil-sijil ini tersedia tepat, hampir pada masa nyata, seterusnya meningkatkan kecekapan pengiraan tarif dan pelepasan kastam, terutamanya untuk perdagangan dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau ("RCEP").

MYEG, melalui platform blok rantai Zetrix, menyediakan perkhidmatan digital untuk berhubung ke platform blok rantai China. Skop perjanjian ini meliputi eksport antarabangsa yang memasuki China. Para pengeksport seluruh dunia kini boleh mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan ini, yang dikenali sebagai Ztrade, di Zetrix.com dan menikmati faedah pemprosesan pelepasan yang lebih pantas dan lebih mudah.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan MYEG bagi memperkenalkan perkhidmatan pemudahan perdagangan perintis di dunia ini ke negara-negara yang berdagang dengan China. Dengan data dagangan yang relevan pada blok rantai, kami boleh menjangkakan peningkatan ketara dalam kelajuan dan kecekapan pemprosesan perdagangan, lalu memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan," kata Cik Haiying Zhao, Naib Pengurus Besar East Logistics-Link.

TS Wong, pengasas bersama MYEG, menambah: "Kami bermatlamat untuk membina ekosistem Zetrix yang rancak yang mana dokumen perdagangan digandingkan dengan perkhidmatan pelengkap seperti pembiayaan rantaian bekalan dan penyelesaian perdagangan untuk mengupayakan kontrak pintar dan seterusnya mengurangkan risiko pihak lawan dan meminimumkan intervensi manual."

Memanfaatkan teknologi Web 3, perkhidmatan Ztrade dapat menangani batasan seni bina teknologi konvensional yang lazim dalam menyediakan kaedah andal mendigitalkan pemprosesan pelepasan perdagangan dengan selamat dan berkesan, menjadikannya tidak rumit, lancar, lebih pantas dan lebih ringkas secara keseluruhan.

Peserta-peserta rantaian bekalan kini boleh bertukar-tukar data dengan selamat bersama agensi-agensi kerajaan yang relevan seperti GACC memandangkan platform digital Web 3 dapat meminimumkan risiko dengan menghapuskan sebarang titik kegagalan tunggal dan melindungi data pihak berkepentingan. Di samping itu, dengan mengupayakan automasi dan pendigitalisan proses kastam yang penting dan fungsi-fungsi berkaitan, Ztrade menyasarkan untuk menjadikan prosedur berasaskan kertas yang menyusahkan dan berisiko sebagai satu perkara yang telah berlalu.

Bagi menjadikan kehidupan lebih mudah untuk peserta-peserta rantaian bekalan global, Ztrade juga akan menyokong perkhidmatan pemudahan perdagangan pelengkap seperti pembiayaan rantaian bekalan serta instrumen kewangan digital dan penyelesaian bayaran.

Pelancaran Ztrade berusaha untuk menyumbang ke arah pecutan pendigitalisan dalam komuniti RCEP dengan menggalakkan keterhubungan dan kolaborasi antara semua pihak berkepentingan. RCEP ialah perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia, menghimpunkan 15 negara Asia termasuk China, salah satu daripada dua negara dagangan terkemuka di dunia.

Blok rantai Zetrix boleh diperkenalkan kepada pelbagai industri untuk menghubungkan kerajaan, perniagaan dan rakyat mereka kepada ekonomi berasaskan blok rantai global.
Blok rantai Zetrix boleh diperkenalkan kepada pelbagai industri untuk menghubungkan kerajaan, perniagaan dan rakyat mereka kepada ekonomi berasaskan blok rantai global.

Latar Belakang Zetrix 

Zetrix ialah blok rantai awam lapisan-1 yang memudahkan kontrak pintar dan menyampaikan privasi, sekuriti dan kebolehskalaan. Infrastruktur kriptografi Zetrix boleh diperkenalkan kepada pelbagai industri untuk menghubungkan kerajaan, perniagaan dan rakyat mereka kepada ekonomi berasaskan blok rantai global.

Dibangunkan oleh MY E.G. Services Bhd, integrasi rentas sempadan dan silang rantai dengan China Blockchain membolehkan Zetrix berfungsi sebagai gerbang blok rantai yang memudahkan perdagangan global dengan menggunakan blok binaan kritikal untuk perkhidmatan Web3 seperti Pengenal Pasti berasaskan Blok Rantai (BID) dan Kelayakan Boleh Disahkan (VC).

Latar Belakang MY E.G. Services Bhd ("MYEG")

MYEG ialah syarikat perkhidmatan digital Malaysia yang unggul. Telah memulakan operasi pada tahun 2000 sebagai penyedia perkhidmatan e-kerajaan utama, MYEG terus memainkan peranan utama dalam memacu perubahan teknologi di wilayah ini, membawakan rangkaian inovasi yang pelbagai dan lengkap mencakupi penghantaran dalam talian perkhidmatan kerajaan utama hingga pelbagai tawaran komersial dalam bidang imigresen, automotif, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kewangan, antara lain.

Komited untuk tetap teguh di barisan hadapan revolusi digital wilayah ini. MYEG menerima potensi teknologi blok rantai untuk meningkatkan semua aspek kehidupan dan mempelopori dengan aktif penerimaan dalam pasaran-pasarannya yang utama. MYEG mempunyai operasi dalam pasaran-pasaran serantau utama seperti Filipina dan Indonesia.

 

Source: Zetrix
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Licensing/marketing agreements Blockchain