omniture

Komuniti Perniagaan ASEAN Bersetuju Penyambungan Semula Pameran Luar Talian Pameran Canton ke-133

Canton Fair
2023-04-11 20:37 201

GUANGZHOU, China, 11 April 2023 /PRNewswire/ -- Zhang Sihong, Timbalan Ketua Setiausaha Pameran Canton dan Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre, mengetuai sebuah kumpulan kerja untuk lawatan selama 10 hari ke tiga negara ASEAN - Indonesia, Malaysia dan Kemboja, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghebahkan dan mempromosikan status semasa Pameran ke-133 ("Pameran Canton" atau "Pameran") dan untuk menarik lebih banyak syarikat ASEAN untuk hadir, mendapat perhatian yang luas daripada komuniti perniagaan di negara-negara ini.


Sebagai jiran China, negara-negara ASEAN mewakili pasaran dan sumber pembeli yang penting. Pelbagai aktiviti publisiti dan promosi dijalankan berdasarkan kepada ciri-ciri pasaran tempatan, termasuk:

  • mengadakan tiga mesyuarat promosi dan satu simposium;
  • melawat jabatan kerajaan yang terlibat dalam promosi perdagangan seperti Pembangunan Pasaran dan Maklumat Eksport, Kementerian Perdagangan, Republik Indonesia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Kementerian Perdagangan Kemboja dan Indonesian Chinese Entrepreneur Association, Indonesia China Business Council, Indonesian Chinese Entrepreneur Association Cawangan Jawa Timur, Malaysia-China Chamber of Commerce, Malaysia Promas International Business Society, Cambodia Chamber of Commerce dan institusi-institusi perindustrian dan komersial yang lain;
  • mengadakan lawatan penyelidikan ke Ekspo Antarabangsa Jakarta, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur;
  • melawat dan berkomunikasi dengan rakan-rakan niaga tempatan, termasuk Kawan Lama Group, Maspion Group, ES International Event serta pelanggan penting yang lain dan melawat platform e-dagang popular Lazada, syarikat perkhidmatan e-dagang tempatan Indonesia Egogohub dan Zto Express (Kemboja), syarikat logistik rentas sempadan, bagi membincangkan trend pembangunan perniagaan dalam talian Pameran tersebut.

Kumpulan kerja tersebut menyampaikan tentang persiapan Pameran Canton yang terkini dan maklumat mengenai peluang perniagaan kepada komuniti perniagaan ASEAN melalui satu siri aktiviti publisiti dan promosi, seraya menunjukkan peluang pasaran dari China. Sementara itu, kumpulan tersebut dapat mengetahui pandangan dan cadangan secara langsung daripada rakan-rakan kongsi tempatan mengenai perkhidmatan Pameran Canton melalui perbualan secara bersemuka dan mendalam.

Pada masa akan datang, China Foreign Trade Centre akan terus berhubung rapat dengan organisasi-organisasi perniagaan di rantau ASEAN, mewujudkan mekanisme kerjasama harian, menggalakkan penyeragaman promosi dan perkhidmatan di Pameran Canton serta membawa kedinamikan kepada kerjasama perniagaan China-ASEAN melalui platform Pameran Canton.

Untuk berita mutakhir berhubung Pameran Canton ke-133 yang akan datang, sila daftar di https://invitation.cantonfair.org.cn/BuyerUser/RegisterUser?MediaType=16 

Source: Canton Fair
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Transportation Licensing/marketing agreements Trade show news