omniture

Tata Communications akan Mengambil Alih Kaleyra, sebuah Syarikat Platform CPaaS Global yang Terkemuka, dalam Urus Niaga Semua Tunai

Tata Communications
2023-06-29 18:17

Pengambilalihan ini Melambangkan Premium Yang Besar Berbanding Harga Penutupan Terakhir Kaleyra 

NEW YORK dan MUMBAI, India, 29 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Tata Communications, sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai sebuah perjanjian muktamad melalui Tata Communications Limited untuk mengambil alih Kaleyra, Inc. (NYSE: KLR) untuk memperkasakan perusahaan global bagi menawarkan pengalaman yang diperibadikan kepada para pelanggan mereka.  Kaleyra ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu saluran omni global yang memiliki satu set platform proprietari, menawarkan pemperibadian bersasar melalui pemesejan, video, pemberitahuan semerta, e-mel dan perkhidmatan berasaskan suara serta chatbot.

From Left to Right: Troy Reynolds, Chief Legal & Compliance Officer, Tata Communications; Mysore Madhusudhan, EVP – Collaboration and Connected Solutions, Tata Communications; Tri Pham, Chief Strategy Officer, Tata Communications; Kathy Miller, Director Board Member, Kaleyra; Dario Calogero, Founder and CEO, Kaleyra; and Dr. Avi Katz, Chairman of the Board of Directors, Kaleyra
From Left to Right: Troy Reynolds, Chief Legal & Compliance Officer, Tata Communications; Mysore Madhusudhan, EVP – Collaboration and Connected Solutions, Tata Communications; Tri Pham, Chief Strategy Officer, Tata Communications; Kathy Miller, Director Board Member, Kaleyra; Dario Calogero, Founder and CEO, Kaleyra; and Dr. Avi Katz, Chairman of the Board of Directors, Kaleyra

Melalui urus niaga ini, Tata Communications akan memperoleh sebuah platform yang terbukti dalam industri dengan keupayaan dan skala yang kukuh. Kaleyra memberikan kedudukan yang mantap dalam pasaran komunikasi perniagaan dalam perkhidmatan perbankan dan kewangan, industri peruncitan dan perdagangan digital merentasi pasaran di seluruh dunia, selain memiliki sebuah pasukan yang kukuh dengan kepakaran dalam bidang teknologi, kejuruteraan serta penyelidikan & pembangunan. Tata Communications akan turut mendapat manfaat daripada hubungan dengan pembawa Tahap 1 di AS, penyambung sedia kepada platform pihak ketiga dan perkhidmatan video tanpa memerlukan pemalam perisian tambahan.

Perniagaan yang terhasil ini akan memanfaatkan pangkalan pelanggan perusahaan Tata Communications yang besar di seluruh dunia termasuk 300 buah syarikat Fortune 500, hubungan dengan pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang meluas dan peluang pengembangan global. Ia akan mendapat manfaat daripada syarikat pendaya ekosistem digital global yang memperkasakan ekonomi digital yang berkembang pesat pada masa kini di lebih 190 buah negara dan wilayah.

Di bawah terma perjanjian tersebut, Tata Communications telah bersetuju untuk mengambil alih Kaleyra, Inc. dalam suatu urus niaga tunai sahaja, pada harga sesaham bernilai USD7.25 untuk jumlah pertimbangan kepada para pemegang saham Kaleyra bernilai lebih kurang USD100 juta dan andaian bagi semua hutang yang belum lunas. Urus niaga ini telah diluluskan sebulat suara oleh Ahli Lembaga Pengarah Tata Communications dan Kaleyra. Penyempurnaan perjanjian ini adalah tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Kaleyra, kelulusan kawal selia tertentu dan syarat-syarat penutupan lazim yang lain. Selepas urus niaga ini dimuktamadkan, Kaleyra Inc., dijangka akan menjadi anak syarikat Tata Communications Limited dalam tempoh enam hingga sembilan bulan. Untuk tahun penuh yang berakhir pada 3 Disember 2022, Kaleyra melaporkan pendapatan sebanyak USD339.2 juta (USD 353.3 juta dalam mata wang malar), iaitu peningkatan sebanyak 26.7% berbanding tahun penuh 2021 (peningkatan sebanyak 32.0% dalam mata wang malar).

"Dengan pelaburan tersebut dalam Kaleyra, kami akan mempercepatkan usaha kami untuk memasuki pasaran platform interaksi pelanggan dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai syarikat Teknologi Komunikasi (CommTech) global," kata A.S. Lakshminarayanan, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tata Communications. "Kami teruja dengan bakat luar biasa Kaleyra dan keupayaan yang ditunjukkan oleh mereka dalam teknologi generasi seterusnya.  Melalui pengambilalihan ini, kami akan terus membangunkan penyelesaian komunikasi berbilang saluran yang pintar, intuitif dan inovatif untuk membuka peluang pertumbuhan baharu kepada para pelanggan kami."

Mengulas tentang pengambilalihan tersebut, Mysore Madhusudhan, Naib Presiden Eksekutif, Kolaborasi dan Penyelesaian Terhubung Tata Communications menambah, "Semasa kami meneruskan kedudukan kami dalam dunia industri 4.0, kami komited untuk menawarkan penyelesaian komunikasi bersasar yang dipertingkatkan untuk perusahaan dan para pelanggan mereka. Kami yakin bahawa gabungan tenaga kami dengan Kaleyra akan membentuk laluan ke arah gelombang kecerdasan seterusnya dalam komunikasi perusahaan di peringkat global."

Dario Calogero, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kaleyra berkata, "Apabila kami melancarkan Kaleyra 24 tahun yang lalu dengan pengasas bersama saya, Simone Fubini, saya hampir tidak dapat membayangkan bahawa perjalanan kami akan membawa kami daripada sebuah syarikat pemula Itali yang kecil kepada pengembangan global, menjadi sebuah syarikat tersenarai awam di NYSE dan kini bekerjasama dengan peneraju teknologi yang hebat seperti Tata Communications. Ini merupakan hari yang hebat untuk Kaleyra dan para pemegang saham kami serta para pekerja kami di seluruh dunia."

Dr. Avi Katz, Pengerusi Lembaga Pengarah Kaleyra mengulas, "Saya sangat gembira dengan pencapaian yang diperoleh pada hari ini, hasil daripada kerja yang berdedikasi dan profesional pasukan Kaleyra.  Adalah menjadi satu keistimewaan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Kaleyra sejak bermulanya perjalanan kami menjadi syarikat tersenarai awam pada penghujung tahun 2019 dan melalui susulan pembiayaan penting yang dilakukan oleh syarikat serta pengembangan strategiknya yang bermakna melalui GigCapital. Urus niaga ini mewakili premium yang besar berbanding harga saham penutup terakhir dan menyampaikan penciptaan nilai yang signifikan kepada semua pihak berkepentingan Kaleyra. Kami teruja dengan fasa seterusnya dalam perjalanan Kaleyra iaitu menjadi bahagian yang penting dalam perusahaan Tata Communications."

Penasihat 

Lazard Frères & Co. LLC berkhidmat sebagai penasihat kewangan Tata Communications, manakala Goodwin Procter LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang Tata Communications. Willkie Farr & Gallagher LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang untuk Kaleyra.

Tentang Kaleyra 

Kaleyra, Inc. (NYSE: KLR) (NYSE Amerika: KLR WS) ialah sebuah kumpulan global yang menyediakan perkhidmatan komunikasi mudah alih kepada institusi kewangan, syarikat e-dagang, OTT, syarikat perisian, pendaya logistik, penyedia penjagaan kesihatan, peruncit dan organisasi besar yang lain di seluruh dunia. Melalui platform proprietari dan API miliknya yang mantap, Kaleyra mengurus perkhidmatan komunikasi bersepadu berbilang saluran yang terdiri daripada pemesejan, pemesejan kaya dan pemesejan segera, video, pemberitahuan semerta, e-mel, perkhidmatan suara dan chatbot.

Teknologi Kaleyra membolehkan pengurusan berbilion-bilion mesej setiap bulan dengan selamat dan terjamin dengan lebih 1,600 sambungan operator di lebih 190 buah negara, termasuk semua pembawa tahap 1 di AS.

Tentang Tata Communications

Sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM; BSE: 500483) ialah sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global yang memperkasakan ekonomi digital yang berkembang pesat pada masa kini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Memimpin dengan amanah, ia membolehkan transformasi digital perusahaan di peringkat global melalui kerjasama dan penyelesaian terhubung, ketersambungan teras dan generasi seterusnya, pengehosan awan dan penyelesaian keselamatan serta perkhidmatan media. 300 buah syarikat Fortune 500 merupakan pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan kepada 80% daripada syarikat awan gergasi di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com

https://twitter.com/tata_comm https://www.linkedin.com/company/tata-communication https://www.instagram.com/tata_comm/ https://www.youtube.com/user/tatacomms

Maklumat Berkanun Kaleyra 

Maklumat Tambahan dan Tempat untuk Mendapatkannya

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan mengikut takrifan undang-undang sekuriti persekutuan AS. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, saluran omni dan produk lain serta perkembangan pelanggan globalnya, jangkaan, kepercayaan, niat, rancangan, prospek atau strateginya yang berkaitan dengan rancangan perniagaan pasukan pengurusan Kaleyra, Inc. ("Kaleyra"). Sebarang pernyataan yang terkandung di sini yang bukan pernyataan fakta sejarah boleh dianggap sebagai pernyataan berpandangan ke hadapan. Selain itu, sebarang pernyataan yang merujuk kepada unjuran, ramalan atau pencirian lain bagi peristiwa atau keadaan masa hadapan, termasuk sebarang andaian asas, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Perkataan "jangka," "percaya," "terus," "boleh," "anggar," "jangka," "hasrat," "mungkin," "harus", "rancang," "boleh jadi," "potensi", "ramal," "unjur," "sepatutnya," "akan" dan ungkapan yang serupa mungkin boleh mengenal pasti sebagai pernyataan berpandangan ke hadapan, tetapi ketiadaan perkataan-perkataan ini tidak bermakna bahawa pernyataan tersebut bukan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini adalah berdasarkan andaian dan analisis tertentu yang dibuat oleh Kaleyra berdasarkan pengalaman dan persepsinya terhadap arah trend terdahulu, keadaan semasa dan jangkaan perkembangan masa depan serta potensi kesannya terhadap Kaleyra serta faktor lain yang mereka percaya adalah wajar dalam keadaan ini. Tiada jaminan bahawa perkembangan masa depan yang mempengaruhi Kaleyra merupakan seperti yang dijangkakan. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini melibatkan beberapa risiko, ketidakpastian (sesetengahnya berada di luar kawalan kedua-dua pihak) atau andaian lain yang mungkin menyebabkan keputusan atau prestasi sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini, termasuk keupayaan Kaleyra untuk mendapatkan semula pematuhan dengan Manual Syarikat Penyenaraian NYSE, gabungan perkhidmatan yang digunakan oleh para pelanggan Kaleyra dan keperluan pelanggan terhadap perkhidmatan ini, termasuk sebarang kebolehubahan mengikut geografi, penerimaan pasaran terhadap tawaran perkhidmatan baharu, keupayaan Kaleyra untuk mengembangkan perkara yang ia lakukan untuk pelanggan sedia ada serta menambah pelanggan baharu, bahawa Kaleyra akan mempunyai modal yang mencukupi untuk beroperasi seperti yang dijangkakan, serta kesan faktor geopolitik dan makroekonomi seperti peperangan di Ukraine, terhadap operasi Kaleyra, permintaan terhadap produk Kaleyra, rantaian bekalan global dan aktiviti ekonomi secara amnya. Faktor risiko tambahan yang boleh menyebabkan perbezaan sedemikian termasuk, tetapi tidak terhad kepada: (i) keupayaan kedua-dua pihak untuk menyempurnakan urus niaga yang dicadangkan tepat pada masanya atau secara keseluruhan; (ii) pemuasan (atau penepian) syarat penutupan kepada penyempurnaan urus niaga yang dicadangkan; (iii) kemungkinan kelewatan dalam penyempurnaan urus niaga yang dicadangkan; (iv) keupayaan Kaleyra dan Tata Communications untuk mencapai manfaat yang dijangkakan daripada urus niaga yang dicadangkan tersebut tepat pada masanya dan berjaya; (v) berlakunya sebarang peristiwa, perubahan atau keadaan atau syarat lain yang boleh menyebabkan penamatan perjanjian penggabungan ini; (vi) kos urus niaga yang besar berkaitan dengan urus niaga yang dicadangkan; (vii) potensi litigasi yang berkaitan dengan urus niaga yang dicadangkan; (viii) risiko gangguan daripada urus niaga yang dicadangkan akan membahayakan perniagaan Kaleyra, termasuk rancangan dan operasi semasa; (ix) keupayaan Kaleyra untuk mengekalkan dan melantik kakitangan utama; (x) kemungkinan tindak balas buruk atau perubahan kepada hubungan perniagaan akibat daripada pengumuman atau penyempurnaan urus niaga yang dicadangkan; (xi) perkembangan perundangan, kawal selia dan ekonomi yang menjejaskan perniagaan Kaleyra; (xii) perkembangan dan keadaan ekonomi dan pasaran am; (xiii) rejim undang-undang, kawal selia dan cukai yang berkembang di tempat Kaleyra beroperasi; dan (xiv) ketidaktentuan perniagaan yang berpotensi, termasuk perubahan kepada perhubungan perniagaan sedia ada, semasa penggabungan belum selesai yang boleh menjejaskan prestasi kewangan Kaleyra. Oleh itu, anda tidak sepatutnya meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada mana-mana pernyataan ini dan berhati-hati mesti dilakukan ketika membuat pergantungan pada pernyataan berpandangan ke hadapan. Sekiranya satu atau lebih daripada risiko atau ketidakpastian ini menjadi kenyataan atau sekiranya mana-mana andaian yang dibuat terbukti tidak betul, keputusan sebenar mungkin berbeza dari segi material daripada yang diunjurkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda sebarang pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya, kecuali yang mungkin diperlukan mengikut undang-undang sekuriti yang berkenaan.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan

Kaleyra merancang untuk memfailkan pernyataan proksi ("Pernyataan Proksi Urus Niaga") dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC") berkaitan dengan permintaan proksi untuk meluluskan pengambilalihan Kaleyra yang belum selesai ("Urus Niaga"), versi muktamadnya akan dihantar atau diberikan kepada para pemegang saham Kaleyra. PARA PEMEGANG SAHAM DIGESA UNTUK MEMBACA DENGAN TELITI DAN KESELURUHAN PERNYATAAN PROKSI URUS NIAGA (TERMASUK MANA-MANA PINDAAN ATAU TAMBAHAN KEPADANYA DAN DOKUMEN YANG DIPERBADANKAN DENGAN RUJUKAN DI DALAMNYA) DAN MANA-MANA DOKUMEN LAIN YANG BERKAITAN YANG TELAH DIFAILKAN ATAU AKAN DIFAILKAN OLEH KALEYRA KEPADA SEC APABILA IA TERSEDIA KERANA IA AKAN MENGANDUNGI MAKLUMAT PENTING DISEBABKAN IA MENGANDUNGI ATAU AKAN MENGANDUNGI MAKLUMAT PENTING TENTANG URUS NIAGA DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN. Para pemegang saham boleh mendapatkan versi awal dan muktamad Pernyataan Proksi Urus Niaga (apabila tersedia) secara percuma serta sebarang pindaan atau tambahan kepadanya dan sebarang dokumen lain yang berkaitan yang difailkan atau akan difailkan oleh Kaleyra kepada SEC berkaitan dengan Urus Niaga ini di laman web SEC (http://www.sec.gov). Salinan Pernyataan Proksi Urus Niaga muktamad Kaleyra, sebarang pindaan atau tambahan kepadanya, dan sebarang dokumen relevan lain yang difailkan oleh Kaleyra kepada SEC yang berkaitan dengan Urus Niaga ini juga akan tersedia secara percuma di laman web perhubungan pelabur Kaleyra (investors.kaleyra.com) atau dengan menghubungi Perhubungan Pelabur Kaleyra di KLR@mzgroup.us.

Peserta dalam Permintaan ini

Kaleyra, pengarahnya dan pegawai eksekutif tertentu boleh dianggap sebagai peserta dalam permintaan proksi daripada pemegang saham yang berkaitan dengan Urus Niaga ini. Maklumat yang berkaitan dengan perkara di atas juga boleh didapati dalam pernyataan proksi muktamad Kaleyra untuk Mesyuarat Tahunan Pemegang Sahamnya pada tahun 2022 ("Pernyataan Proksi 2022") yang difailkan dengan SEC pada 22 November 2022, dan akan dimasukkan dalam Pernyataan Proksi Urus Niaga. Maklumat tambahan mengenai peserta tersebut termasuk kepentingan mereka secara langsung atau tidak langsung, yang mungkin berbeza daripada pemegang saham Kaleyra secara amnya, akan disertakan dalam Pernyataan Proksi Urus Niaga dan dokumen relevan lain yang difailkan atau akan difailkan dengan SEC berkaitan dengan Urus Niaga ini. Anda boleh mendapatkan salinan percuma dokumen ini menggunakan sumber yang dinyatakan di atas.

Maklumat Berkanun Tata Communications 

Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran

Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya dan pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan ini melibatkan risiko, ketidakpastian dan faktor lain yang diketahui dan tidak diketahui, termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend, yang mungkin menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications, atau keputusan industri, berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini termasuk, antara lainnya, kegagalan untuk meningkatkan jumlah trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan untuk berjaya menyelesaikan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu untuk menyokong produk dan perkhidmatan baharu, termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan untuk menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi tertentu syarikat ini; kegagalan untuk menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dalam dasar atau peraturan kerajaan India dan secara khususnya, perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; serta secara amnya, keadaan ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini, yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited. 

Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab untuk, dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.

© 2023 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.

TATA COMMUNICATIONS dan TATA ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Tata Sons Private Limited di India dan negara-negara tertentu.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2143165/Tata_Communications_Kaleyra.jpg?p=medium600

 

 

Source: Tata Communications
Related Stocks:
Bombay:500483 India:EQTATACOMM NASDAQ:VDSGAP NYSE:KLR
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers