omniture

Laluan Pendidikan Kaligrafi - Pameran Pencapaian dalam Enam Puluh Tahun Pendidikan Kaligrafi di Universiti-universiti Cina

China Academy of Art
2023-07-17 14:13 10

HANGZHOU, China, 17 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pada tahun 1963, Zhejiang Academy of Fine Arts (kini China Academy of Art) mempelopori pendidikan kaligrafi dan memulakan program kaligrafi dan pengukiran mohor pertama China. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-60 program kaligrafi China Academy of Art (CAA), serta ulang tahun ke-60 pengajian tinggi dalam bidang kaligrafi Cina.


"Laluan Pendidikan Kaligrafi – Pameran Pencapaian sepanjang Enam Puluh Tahun Pendidikan Kaligrafi di Universiti-universiti Cina" ("The Road of Calligraphy Education  Exhibition of Achievements in Sixty Years of Calligraphy Education in Chinese Universities") menghimpunkan pendidikan kaligrafi di lebih seratus universiti di seluruh China. Ia mempamerkan lebih daripada 360 karya oleh pakar yang mempelopori, pakar kontemporari dan alumni serta mempersembahkan sejarah dan pencapaian pendidikan kaligrafi moden Cina secara komprehensif melalui dokumen, kronologi dan gambar.

Pada tahun 1963, Pan Tianshou, Lu Weizhao, Sha Menghai serta artis-artis generasi lebih lama yang lain memulakan program kaligrafi profesional pertama China di Zhejiang Academy of Fine Arts (kini China Academy of Art). Pengajian tinggi China dalam bidang kaligrafi bermula di China Academy of Art.

Pada tahun 1979, didorong oleh Lu Weizhao, Sha Menghai, Zhu Lesan dan lain-lain, CAA melancarkan program siswazah kaligrafi pertama China yang turut disediakan untuk para pelajar antarabangsa. Pada tahun 1985, CAA merupakan sekolah pertama di negara ini yang mendapat kelulusan untuk menyambung semula pendidikan kaligrafi sarjana muda. Kemudian, banyak universiti lain di China dan selanjutnya memulakan program kaligrafi. Pengajian tinggi dalam bidang kaligrafi berkembang maju dalam era baharu itu. Pada tahun 1996, program kesenian Ph.D. pertama yang menggabungkan praktis dan teori telahpun dilancarkan di CAA. Pada bulan September tahun itu, kelas kedoktoran pertama yang memfokuskan kepada kajian teori kaligrafi Cina telah diterima. Pada tahun 1999, graduasi kelas kedoktoran pertama menandakan penyempurnaan sistem pendidikan kaligrafi peringkat sarjana, sarjana muda dan kedoktoran, membawa China Academy of Art ke tahap baharu dalam pengajian tinggi bagi kaligrafi Cina.

Pada tahun 2001, CAA menubuhkan Jabatan Kaligrafi bebas pertama China. Justeru itu, satu sistem latihan yang lengkap dan rangka kerja disiplin untuk kaligrafi telahpun disediakan di Akademi itu, menyediakan rujukan yang penting untuk pendidikan kaligrafi di universiti-universiti lain di dalam dan luar negara. Pada 8 April 2023, sempena sambutan ulang tahun ke-95 CAA, Sekolah Kaligrafi, CAA ditubuhkan.

Pameran ini akan berlangsung hingga 18 Julai 2023.

Sila semak laman web rasmi China Academy of Art https://en.caa.edu.cn/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Pendidikan Kaligrafi Cina.

Source: China Academy of Art
Keywords: Art Education Entertainment Higher Education Trade show news