omniture

Ample Solutions Membuat Penampilan Sulung Mengagumkan di electronica China 2023

Ample Solutions
2023-07-31 11:00 42

SINGAPURA, 31 Julai 2023 /PRNewswire/ -- electronica China 2023, acara industri elektronik tahunan yang amat dinanti-nantikan, membuat kemunculan semula yang berjaya selepas pelaksanaan terakhirnya pada tahun 2019. Acara tersebut mendapat tumpuan utama pada 11-13 Julai di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai, menyediakan kepada syarikat-syarikat domestik dan antarabangsa terkemuka dalam industri elektronik global dengan platform yang penuh dengan pertukaran teknologi inovatif.

Ample Solutions Driving Success at electronica China 2023
Ample Solutions Driving Success at electronica China 2023

Ample Solutions menandakan penyertaannya yang pertama seumpamanya di electronica China dengan reruai dua tingkat yang mengagumkan menjangkau lebih 1,600 kaki persegi. Reruai tersebut direka bentuk dengan mengutamakan keselesaan, menggabungkan estetika moden dengan unsur-unsur hijau. Tingkat pertama mempamerkan paparan skrin yang menarik perhatian dalam susun atur konsep terbuka manakala tingkat kedua menawarkan persekitaran persendirian dengan beberapa bilik mesyuarat untuk perbincangan yang mendalam.

"Mengambil bahagian dalam electronica China 2023 merupakan satu pengalaman yang luar biasa untuk Ample Solutions," kongsi Jason Fan, Ketua Pegawai Eksekutif Ample Solutions. "Acara berkenaan menyediakan platform yang tidak ternilai kepada kami untuk berinteraksi dengan rakan industri, mengukuhkan perkongsian sedia ada dan mempamerkan penyelesaian rantaian bekalan kami. Reruai kami direka khas untuk menggabungkan unsur-unsur hijau, menandakan sokongan kami ke arah menggalakkan masa depan yang lebih hijau dan lebih lestari."

Pameran paling penting daripada Ample Solutions menonjolkan penyelesaian rantaian bekalan termajunya, manakala faktor yang membezakannya daripada persaingan terletak pada keupayaan jaminan kualitinya yang bertaraf dunia. Semasa acara itu, Ample Solutions memberi gambaran yang eksklusif kepada proses makmalnya dengan menjalankan demonstrasi pemeriksaan kualiti secara langsung dengan tiga set mikroskop canggih. Pengalaman imersif ini mengukuhkan lagi komitmen Ample Solutions untuk mendukung standard kualiti yang unggul dalam industri ini.

Selain mendorong mesyuarat perniagaan yang bermakna, Ample Solutions menambah elemen keterujaan dengan cabutan bertuah utama semasa acara itu. Para peserta tidak sabar-sabar mencuba nasib mereka untuk berpeluang memenangi hadiah hebat, termasuk iPhone 14s dan Tesla Model 3. Sambutan yang memberangsangkan terhadap cabutan bertuah itu meningkatkan tahap tenaga dan mengekalkan semangat yang tinggi sepanjang acara itu. Kejayaan keseluruhan Ample Solutions di electronica China 2023 memperkukuh komitmen syarikat terhadap kecemerlangan, pendekatan bertumpukan pelanggan dan kedudukannya sebagai pengedar pilihan komponen elektronik Asia.

Latar Belakang Ample Solutions:

Ample Solutions ialah pengedar komponen elektronik bebas yang menawarkan penyelesaian rantaian bekalan global kepada pengeluar elektronik di seluruh dunia. Beribu pejabat di Singapura, Ample Solutions mempunyai 8 pejabat serantau dan lebih 500 pekerja di seluruh dunia. Dengan pensijilan ISO 9001:2015 dan keahlian dalam ERAI, Ample Solutions memiliki dua pusat jaminan kualiti bertaraf dunia yang berasingan di Hong Kong dan Shenzhen.

Hubungi: marketing@ample.sg

 

 

Source: Ample Solutions
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation