omniture

Kilang Sel Berkecekapan Tinggi jenis-N 20GW GCLSI Mulakan Pengeluaran

GCLSI
2023-08-04 08:27 11

Projek bercita-cita tinggi menandakan langkah besar ke arah penciptaan rantaian industri fotovolta bersepadu sepenuhnya

WUHU, China, 4 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Pada 28 Julai, GCL System Integration Technology Co., Ltd. ("GCLSI" atau "Syarikat") melancarkan secara rasmi fasa pertama (10GW) projek pembuatan sel berkecekapan tinggi jenis-N 20GW mereka, berpangkalan di daerah Wanzhi, Wuhu, China. Kemudahan baharu ini meluaskan lagi jejak Syarikat bagi sel jenis-N sekali gus meningkatkan kapasiti pengeluaran sel di pangkalan pembuatan modul Hefei dan Funing. Kapasiti pengeluaran penuh disasarkan untuk dicapai dalam suku keempat tahun ini.

Commissioning Ceremony of GCLSI 20GW N-type High-efficiency Cell Factory
GCLSI 20GW N-type High-efficiency Cell Factory

Perjanjian untuk membina kemudahan bernilai 1.12-bilion-dolar ini dimeterai pada Oktober 2022. Pembinaan bermula pada Februari tahun ini dan ia hanya mengambil masa lima bulan untuk menyaksikan kelompok sel pertama dikeluarkan daripada barisan pengeluaran. Memanfaatkan teknologi sel berkecekapan tinggi jenis-N yang terkini dan menggunakan peralatan pengeluaran sel automatik yang paling maju di dunia, GCLSI menyasarkan untuk membina pangkalan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan sel fotovolta (PV) berkecekapan tinggi yang berskala besar, digital sepenuhnya dan pintar.

Kilang Wuhu melengkapkan dan mengukuhkan secara meluas rantaian bekalan sedia ada, yang menambah kebolehskalaan yang diperlukan. Kepantasan tempoh kemudahan ini dibina – lima bulan – mencerminkan pendekatan syarikat untuk membina portfolio pembuatannya. Dengan proses pengeluaran yang kini sedang dijalankan, output akan ditingkatkan secara beransur-ansur hingga kapasiti penuh dicapai dalam suku keempat. Inisiatif Wuhu bertindak sebagai asas untuk GCLSI meningkatkan pengaruh kompetitifnya dalam rantaian industri untuk modul jenis-N, memberikannya kedudukan sebagai peneraju berpengaruh dan penginovasi dalam teknologi PV generasi terkini.

Susulan penstrukturan semula portfolio pengeluaran modul, GCLSI kini memulakan fasa pengembangan kapasiti pengeluaran sel dan modulnya. Setelah siapnya kemudahan Wuhu, sel berkecekapan tinggi jenis-N akan menyumbang sebanyak 87% daripada kapasiti pengeluaran selnya, nisbah yang mengagumkan berbanding sel setaranya. Projek berkenaan turut menunjukkan bahawa Syarikat tersebut, disokong oleh GCL Group induknya, berkembang menjadi rantaian industri PV tertutup sepenuhnya mencakupi bahan silikon, pengeluaran wafer dan sel hinggalah pembuatan modul dan integrasi sistem storan tenaga, memberikannya kedudukan sebagai syarikat berpadu secara vertikal di barisan hadapan industri ini.

GCLSI juga terlibat secara aktif dalam R&D modul jenis-N berskala besar, dengan modul jenis-Nnya memiliki kecekapan melebihi 22%.

Memfokuskan pada penyelesaian storan fotovolta solar rendah-karbon, pintar, GCL System Integration memanfaatkan kelebihan kompetitif dalam integrasi sel, modul, storan tenaga dan sistem melalui strategi penawaran produk terpelbagai dan dibezakan. Memanfaatkan projek Wuhu sebagai landas pelancaran, syarikat ini bersedia untuk mempercepatkan pengeluaran besar-besaran, meningkatkan penaiktarafan produk, memperkukuh kawalan kualiti, meluaskan saluran pengedaran dan memperkukuh khidmat pelanggan. Semua usaha ini ditujukan ke arah mewujudkan pangkalan yang besar, digital, pintar dan mesra alam untuk penyelidikan dan pembangunan serta pembuatan.

 
Source: GCLSI
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion