omniture

GAC Motor Serlahkan Penampilan Sulung di NADA 2018 dengan Empat Model Kenderaan Premium

GAC Motor
2018-03-22 11:58 709

LAS VEGAS, 22 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Pembuat auto Cina yang terkemuka, GAC Motor akan mengambil bahagian dalam Pameran Persatuan Pengedar Automobil Kebangsaan (Pameran NADA) buat julung kalinya di Pusat Konvensyen Las Vegas mulai 23-25 Mac. GAC Motor akan berada di reruai bernombor 274N dan membawakan barisan kenderaan terlaris yang terkenal termasuk GS8, GS4, GM8 dan GA4. Kunjungan ke Las Vegas tersebut secara rasminya memulakan pembangunan jaringan pengedaran syarikat di Amerika Utara.

Satu acara utama semasa pameran ialah perhimpunan pengedar GAC Motor 2018, yang dijadual diadakan pada 23 Mac di Four Seasons Hotel, eksklusif untuk pengedar. Sebagai pasaran unggul untuk produk, perkhidmatan dan teknologi auto, Pameran NADA menyediakan platform untuk pembuat auto berhubung dengan pengedar.

Van Mini pertama GAC Motor, GM8 membuat kemunculan sulung di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou 2017
Van Mini pertama GAC Motor, GM8 membuat kemunculan sulung di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou 2017

"Berhubung pengumuman oleh pihak kami untuk menembusi pasaran A.S. pada tahun 2019 di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018, penyertaan kami dalam Pameran NADA ialah satu permulaan yang sempurna buat GAC Motor untuk menjalin perkongsian dan membina jaringan pengedaran kami dalam pasaran Amerika Utara," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor.

"Kami berharap dapat meningkatkan reputasi GAC Motor, meletakkan asas yang kukuh untuk jaringan jualan masa depan dan terus memperlihatkan keazaman kami untuk menembusi pasaran A.S. di Pameran NADA. Kami telah berunding dengan ramai pengedar tempatan dan kami mengalu-alukan lebih ramai pengedar untuk menyertai kami di Las Vegas."

Yu Jun, Presiden GAC Motor
Yu Jun, Presiden GAC Motor

Bagi penampilan sulung dalam pameran NADA, GAC Motor bersiap sedia untuk membawakan empat model kenderaan premium, kesemuanya menunjukkan prestasi mantap dalam pasaran antarabangsa.

SUV GS8 menjadi amat popular dalam pasaran tempatan dan global. Sejak dilancarkan pada Oktober 2016, Kenderaan ini telah disenaraikan pada tempat pertama dalam segmen pasaran SUV 7-tempat duduk domestik, yang melakar kejayaan cemerlang yang bersejarah untuk SUV mewah jenama Cina.

SUV GS8 mewah GAC Motor
SUV GS8 mewah GAC Motor

GM8, van mini pertama daripada jenama ini yang baru dilancarkan dua bulan lalu, menonjolkan pencapaian terkini oleh GAC Motor dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bebas serta teknologi terkini. Di NAIAS 2018, GAC Motor melancarkan kereta sedan terkini, GA4, yang dibangunkan melalui platform G-CPMA syarikat, iaitu model yang membolehkan pembuat auto itu menembusi pasaran peringkat-A.

Model SUV GAC Motor paling laris, GS4, tersenarai antara tiga yang terbaik dalam pasaran SUV dengan 841,410 buah kereta terjual sejak April 2015.

GAC Motor, pembuat auto yang paling pesat berkembang di China, mewujudkan sistem pengilangan bertaraf dunia, selain jaringan R&D dan rantaian bekalan global. Syarikat berjaya menjual 508,600 buah kenderaan pada tahun 2017, dengan kadar pertumbuhan berbanding sebelumnya sebanyak 37 peratus. Dalam dua bulan pertama tahun 2018, GAC Motor sekali lagi mencipta sejarah dengan 95,136 buah kereta terjual, meningkat 20.3 peratus berbanding tahun sebelumnya yang memberikan jenama ini satu permulaan yang cemerlang.

Susun atur barisan pengeluaran pintar dan berasaskan maklumat GAC Motor
Susun atur barisan pengeluaran pintar dan berasaskan maklumat GAC Motor

"Dengan mengambil bahagian dalam NADA, kami berharap dapat mempercepatkan usaha membina jaringan pengedaran global kami. GAC Motor sentiasa menegaskan untuk mengeluarkan produk mewah yang bertaraf dunia dengan semangat ketukangan," kata Yu.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group yang menduduki tempat ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini menduduki tempat pertama antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor 
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor 

Perhubungan Media:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180320/2084183-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180320/2084183-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180320/2084183-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180320/2084183-1-d

Source: GAC Motor
Keywords: Auto New products/services Trade show news