omniture

Infosys (NYSE: INFY) Mengumumkan Keputusan Suku Tahun Berakhir 30 September 2015

Infosys
2015-10-13 20:04 488

BANGALORE, 13 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Pertumbuhan hasil suku kedua tertinggi sepanjang 16 suku terakhir* - 6.0% dalam kadar dilaporkan dan 6.9% dalam kadar mata wang tetap 

Pertumbuhan hasil suku kedua 14.2% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya dalam kadar mata wang tetap

Jumlah nilai kontrak untuk perjanjian besar yang ditandatangani pada suku kedua bernilai  $ 983 juta

Dividen interim sebanyak INR 10 per syer (kira-kira $ 0.15 per Saham Depositari Amerika) 

Panduan hasil tahun kewangan 2016 pada 10%-12% dalam kadar mata wang tetap; 6.4%-8.4% dalam kadar USD

*Kecuali pengambilalihan

Sorotan Kewangan  

Hasil terkumpul di bawah Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) untuk suku yang berakhir 30 September 2015

Suku berakhir 30 September 2015

  • Hasil sebanyak $ 2,392 juta untuk suku berakhir 30 September 2015
    Pertumbuhan berbanding suku sama tahun sebelumnya adalah 6.0% dalam kadar dilaporkan; 6.9% dalam kadar mata wang tetap
    Pertumbuhan berbanding tempoh sama tahun sebelumnya adalah 8.7% dalam kadar dilaporkan; 14.2% dalam kadar mata wang tetap
  • Keuntungan bersih adalah $ 519 juta untuk suku berakhir 30 September 2015
    Pertumbuhan berbanding suku sama tahun sebelumnya 9.1%
    Pertumbuhan berbanding tempoh sama tahun sebelumnya 1.6% 
  • Pendapatan syer (EPS) adalah $ 0.23 bagi suku berakhir 30 September 2015
    Pertumbuhan berbanding suku sama tahun sebelumnya 9.1%
    Pertumbuhan berbanding tempoh sama tahun sebelumnya 1.6% 
  • Aset cair termasuk tunai dan kesetaraan tunai, aset kewangan yang ada untuk dijual, dan bon kerajaan bernilai $ 4,894 juta setakat 30 September 2015 berbanding $ 4,750 juta setakat 30 Jun 2015
  • Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen interim bernilai INR10 per syer (bersamaan kira-kira $ 0.15 per ADS pada kadar tukaran INR 65.59). Tarikh pembayaran dividen yang direkodkan ialah 19 Oktober 2015.
  • Infosys membelanjakan $ 9 juta semasa suku kedua untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dilaksanakan khususnya melalui Yayasan Infosys, cabang amalnya. Yayasan Infosys terlibat dalam beberapa program yang bertujuan untuk membasmi kebuluran, menggalakkan pendidikan, celik komputer, memperbaiki kesihatan, membantu pembangunan luar bandar, menyokong usaha kesenian dan membantu orang miskin

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130122/589162)

Sorotan Suku Kedua Lain 

  • Hasil per kapita meningkat 2.6% dalam kadar dilaporkan dan 3.4% dalam kadar mata wang tetap
  • 5 perjanjian besar ditandatangani dengan jumlah nilai kontrak $ 983 juta
  • Menambah 82 pelanggan; jumlah pelanggan mengatasi 1,000

"Kami beroleh peluang sekali sepanjang generasi untuk syarikat perkhidmatan membantu perniagaan memaksimumkan potensi mereka melalui teknologi. Daripada pengautomatan dan kepintaran buatan yang membantu memudahkan dan mendayakan landskap semasa serta membina sistem pintar yang membantu kita menyelesaikan masalah baharu yang paling rumit, kepada pendidikan dan rekaan yang membantu kita memikirkan kembali pengalaman manusia serta membantu menemui sempadan kita yang paling penting, sebuah organisasi perkhidmatan yang hebat boleh benar-benar berkongsi dan mengukuhkan perniagaan," kata Dr. Vishal Sikka, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan. "Di Infosys, kami sedang mengambil langkah untuk menjadi sebuah organisasi perkhidmatan yang sebegitu, dan saya yakin dengan kemajuan kami. Walaupun keputusan dalam mana-mana suku tahun tertentu hanyalah pandangan sekilas dalam perjalanan yang panjang, kami melihat pelaksanaan tertumpu kami serta strategi kami sedang mula menghasilkan keputusan yang menggalakkan untuk para pelanggan kami, para pemegang saham, dan Infoscions."

Kami menyaksikan pertumbuhan keseluruhan yang kukuh sewaktu suku tahun yang dipacu inisiatif baru-baru ini berkisarkan pembezaan perkhidmatan, peningkatan dalam perlombongan pelanggan, dan fokus yang lebih tinggi dalam memenangi perjanjian besar," kata Encik U. B. Pravin Rao, Ketua Pegawai Operasi. "Peningkatan dalam produktiviti hasil adalah signifikan, jumlah pertumbuhan adalah sangat kukuh, metrik pelanggan dan penggunaan kian bertambah baik sementara susutan kekal stabil."

"Fokus kami yang tidak putus-putus terhadap kecekapan operasi telah membuahkan hasil dalam peningkatan margin operasi walaupun pembayaran tidak tentu yang lebih tinggi,"  kata Rajiv Bansal, Ketua Pegawai Kewangan. "Impak turun naik kewangan yang signifikan ini dikurangkan secara berkesan melalui program lindung nilai kami yang proaktif."

Prospek* 

Prospek Syarikat (yang disatukan) bagi tahun fiskal yang berakhir 31 Mac 2016 di bawah IFRS adalah seperti berikut:

  • Hasil dijangka bertambah 10%-12% dalam kadar mata wang tetap;
  • Hasil dijangka bertambah 6.4%-8.4% dalam kadar mata wang USD

*Tukaran: AUD/USD - 0.70; Euro/USD - 1.12; GBP/USD - 1.52 untuk baki tahun fiskal 2016

Sorotan Perniagaan  

Kami terus mencetuskan perubahan dalam strategi pembaharuan semula-baharu kami dengan fokus untuk memperbaiki pengurusan hubungan pelanggan, kualiti cadangan, serta disiplin bagi perjanjian besar, kecekapan perancangan dan operasi turut membantu. Pada masa yang sama, kami berkongsi tujuan yang sama dengan para pelanggan kami dalam memanfaatkan kelebihan perkhidmatan generasi seterusnya, yang mana perisian, platform, dan sistem dapat memperkasakan orang ramai.

Kejayaan Mendapat Pelanggan 

  • Kami menandatangani persetujuan selama tiga tahun dengan TOMS Shoes untuk menjadi rakan kongsi global bagi mengekalkan dan membangunkan platform digitalnya. Persetujuan ini akan membolehkan TOMS melancarkan pengurusan ciri berasaskan webnya dan memperkenalkan teknologi pengautomatan bagi mengurangkan kos sokongan serta pembangunan keseluruhan.
  • ABB (ASEA Brown Boveri), syarikat multinasional kejuruteraan berteknologi tinggi dari Switzerland yang beroperasi terutamanya dalam robotik, kuasa, dan pengautomatan, telah memeterai persetujuan dengan kami untuk melaksanakan program pematuhan produk globalnya dalam divisyen Produk Bervoltan Rendah (LP) ABB. Sebagai sebahagian daripada persetujuan ini, kami akan mengurus program, melaksanakan, mengeluarkan secara besar-besaran, dan menyokong penyelesaian pematuhan produk untuk mengurus pematuhan produk LP.
  • Di India, Rangkaian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GSTN), sebuah syarikat sendirian berhad bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan, telah memberikan Infosys dengan kontrak bernilai INR 1,380 karor (~USD 210 Juta) untuk membina dan menyelenggara sistem GSTN selama lima tahun.
  • Kami dipilih oleh Saks Fifth Avenue, rangkaian gedung runcit mewah Amerika – dimiliki oleh peruncit Kanada, Hudson's Bay Company – untuk melaksanakan penyelesaian omnisaluran yang dapat membantu mempertingkat perniagaan perdagangan digitalnya.
  • Kami mengumumkan perkongsian strategik bersama ATP untuk memanfaatkan kemajuan teknologi terkini dalam mobiliti, awan, dan analitik, yang diperkasakan oleh Platform Maklumat Infosys bagi mengubah pengalaman peminat dan pemain tenis seluruh dunia. Kami merupakan Rakan Kongsi Perkhidmatan Teknologi Global dan Penaja Platinum untuk Jelajah Dunia ATP, serta Peringkat Akhir Jelajah Dunia ATP Barclays akhir musim, bagi tempoh tiga tahun seterusnya.
  • Satu peruncit khidmat makanan global memilih kami sebagai rakan kongsi perkhidmatan awan dan prasarana terbesar mereka. Penyelesaian kami akan memperbaiki pengalaman pelanggan, mengurus ekosistem berbilang vendor, memacu perubahan dan inovasi serta membawa model penggunaan IT yang fleksibel, disokong oleh bakat serta pentadbiran global yang kukuh. Ini merupakan satu pembukaan akaun baharu, dan kejayaan mendapatkan perjanjian yang besar untuk kami.
  • Sebuah firma teknologi pembayaran memilih kami sebagai rakan kongsi strategik tunggal mereka untuk saluran perniagaan pemprosesan pengeluar mereka. Kini, kami akan menjadi penyedia dan rakan kongsi perkhidmatan teknologi globalnya yang terkemuka untuk membangunkan dan menjual penyelesaian strategi untuk ke pasaran bersama yang memanfaatkan kelebihan tawaran kami dalam Finacle, Edge dan IIP. Tambahan lagi, kami akan menjadi penyepadu sistem untuk produk pelanggan dan akan berkolaborasi bagi melaksanakan produknya untuk bank-bank dan institusi-institusi kewangan seluruh dunia.
  • Pentadbir faedah terkemuka untuk program penjagaan jangka panjang bagi kakitangan persekutuan A.S. melibatkan kami bagi membangunkan gerbang pendaftaran ahli berdasarkan kaedah rekaan web responsif, memberikan pengalaman pengguna serba baharu kepada kakitangan. Gerbang ini akan menyokong pentadbiran program baharu itu dan Program Faedah Kesihatan Tambahan, bagi agensi persekutuan.

Jarak Sifar 

Inisiatif Jarak Sifar kami yang memberi tumpuan untuk menyemai budaya inovasi dan membawa inovasi serta nilai kepada setiap projek serta pelanggan, kian berkembang dengan baik. Terdapat lebih 5,600 projek dalam program Jarak Sifar dan lebih 1,700 daripada inovasi ini telah dibincangkan bersama pelanggan.

Tawaran Perkhidmatan Dipertingkat: Pelancaran AiKiDo 

Pada 20 Ogos, kami mengumumkan pelancaran Aikido, yang terdiri daripada tiga tawaran perkhidmatan yang dipertingkat dalam IT Berasaskan Pengetahuan (KBIT), Platform dan Pemikiran Rekaan.

Ki atau IT Berasaskan Pengetahuan - adalah tentang pembaharuan semula landskap sedia ada, menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam sesebuah organisasi dan membawa teknologi serta instrumen baharu - kepintaran buatan, devop, API, awan, pengautomatan - ke dalam penglibatan tradisional kami untuk penyelenggaraan aplikasi, pengujian, dan BPO bersama. http://www.infosys.com/services/aikido/

Sebuah syarikat mesin Turbo Eropah yang besar mendapatkan khidmat kami dalam projek geometri pengkomputeran kompleks yang memerlukan pengetahuan mendalam dalam teknik perisian untuk mesin turbo bagi membangunkan aplikasi kritikal untuk mencipta, menjadikan dan menjana data pengeluaran untuk mengurangkan kitaran serta usaha sebanyak 40%, selain meminimumkan kesilapan.

Kami memimpin projek perubahan untuk Pengendali Minyak dan Gas Kanada bagi mencipta sistem untuk penugasan komoditi minyak tercalon penghantar bagi laluan dalam jaringan pelanggan yang melibatkan pengetahuan model matematik yang mendalam, serta teknik penyelidikan operasi untuk mengoptimumkan kos, kualiti penghantaran, dan kecekapan operasi bagi enjin volumetrik yang menghasilkan pengurangan kos sebanyak 20% selain peningkatan dalam kecekapan masa keseluruhan.

Ai termasuk platform dan platform sebagai perkhidmatan - memperkasakan orang ramai melalui perisian, platform, dan perkhidmatan yang memfokuskan teknologi sumber terbuka bagi kepintaran buatan, data besar, dan pengautomatan.

Platform Maklumat Infosys (IIP) mempunyai lebih 160 penglibatan setakat ini dan hampir 20 dalam pengeluaran. Kami terus menambah kemampuan seperti Pemprosesan Bahasa Sejadi kepada IIP. Untuk sebuah rantaian pasar raya Australia terkemuka, IIP membantu menerbitkan pemahaman perniagaan penting, seperti kategori 10 produk Terbaik berdasarkan keuntungan dan jualan, ikutan jualan setiap jam, varians margin & jualan sumbangan keuntungan mengikut kategori dan varians keuntungan & jualan mengikut lokasi kurang daripada empat minggu. IIP turut membolehkan ramalan masa sebenar dilakukan bagi barangan kehabisan stok untuk satu peneraju konfeksi dalam masa kurang daripada tiga minggu.

Kami melihat penerimaan meluas bagi pengautomatan untuk mengoptimumkan perbelanjaan operasi dan memperbaharui semula landskap teknologi pelanggan dalam perkhidmatan pengurusan prasarana, dan saluran perkhidmatan lain seperti Pembangunan dan Penyelenggaraan Aplikasi, serta Perkhidmatan Pengesahan Bebas (IVS). Kami memanfaatkan kelebihan pengautomatan, Kepintaran Buatan (AI) dan pembelajaran mesin, melalui Platform Pengautomatan Infosys (IAP) dan instrumen milik kami. Kami mula melihat peningkatan produktiviti bahan dalam organisasi penghantaran kami, menghasilkan penjimatan usaha sebanyak 17% hingga 50%.

Baxters Food Group, sebuah syarikat makanan global yang beribu pejabat di Fochabers Scotland, memilih kami sebagai rakan kongsi strategik untuk menaik taraf suit Oracle eBusiness mereka bagi aplikasi kewangan, rantaian bekalan dan pengeluaran menggunakan platform Panaya.

Kami melihat tarikan kuat serta perancangan sihat untuk Skava bersama para pelanggan merentasi geografi. Skava menghijrahkan dua pelanggan peruncitan besar kepada versi terbaharu platform  Skava, menghasilkan prestasi lebih baik dan penukaran pelanggan lebih tinggi.

Suku tahun lepas, EdgeVerve Systems mengekalkan momentum kukuh dengan 39 kejayaan mendapat pelanggan dan 23 aplikasi mula guna untuk kedua-dua suit penyelesaian Finacle dan Edge. Tawaran baharu seperti penyelesaian Finacle Assure, Finacle Payments Bank dan Finacle Small Finance Bank, mendapat tarikan bagus dalam kalangan pelanggan kami.

Pemikiran Lakukan atau Rekaan - Kami mempunyai lebih 117 penglibatan Pemikiran Rekaan bersama para pelanggan, dan lebih 54,000 kakitangan di Infosys telah dimasukkan ke dalam kursus Pemikiran Rekaan.

Sebuah bank besar menggunakan khidmat kami bagi membantu memperbaiki pengalaman pengguna apabila mahu membeli rumah yang sering memberi tekanan. Menggunakan pemikiran rekaan, kami membantu untuk menumpukan perhatian kepada keperluan unik pelanggan gadai janji. Kami membuat prototaip aplikasi silang saluran mudah alih dengan pantas, yang telah diluluskan untuk dibangunkan. Keseluruhan proses ini disiapkan dalam masa 3 minggu.

Satu pelanggan dan rakan kongsi berteknologi tinggi terkemuka telah menggunakan khidmat kami untuk membantu membawa cara pemikiran dan budaya pemikiran rekaan kepada fungsi perniagaan penting dalam syarikat mereka. Dengan mengendalikan bengkel pemikiran rekaan yang menyeluruh, kami membantu mereka mencipta perbendaharaan kemahiran inovasi yang sama bagi pengurus dan kakitangan, melatih sendiri pelatih mereka, dan mempertingkatkan keupayaan mereka untuk mengaplikasikan prinsip Pemikiran Rekaan kepada projek dan cabaran mereka yang paling penting.

Perkongsian dan Ekosistem 

Kami terus mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi sedia ada kami seperti Microsoft, SAP, Oracle, AWS, EMC, Huawei serta Tableau, dan banyak lagi. Kami juga memeterai perkongsian baharu dengan Apigie, Software AG dan NetSuite. Kami melanjutkan lagi kolaborasi penyelidikan kami bersama universiti-universiti terbaik seperti Stanford, Universiti Cornell dan Universiti Emory bagi Sains Data,  Kepintaran Buatan serta keselamatan.

Perubahan pengurusan

En. Rajiv Bansal, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Infosys sejak Oktober 2012, telah memaklumkan syarikat yang beliau ingin meletak jawatan. Beliau akan digantikan oleh M.D. Ranganath semasa penutupan perniagaan pada 12 Oktober 2015.

Ranganath telah memegang beberapa jawatan kepimpinan sewaktu tempoh bertugas selama hampir 15 tahun dengan Infosys. Kini, beliau merupakan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Operasi Strategik, yang bertanggungjawab untuk Perancangan Strategik, Pengurusan Risiko, Penggabungan & Pengambilalihan serta Pemasaran Korporat. Dalam jawatan terdahulu bersama syarikat ini, beliau merupakan Ketua Pegawai Risiko selama lebih 5 tahun, melaksanakan Program Pengurusan Risiko Perusahaan, dan mengetuai inisiatif pengoptimuman kos sebagai Naib Presiden Kanan dalam pejabat Pengerusi. Sebelum bertugas dengan Infosys, beliau memegang tanggungjawab kepimpinan dalam perbendaharaan, perancangan, dan fungsi kredit di ICICI Limited. Ranga adalah seorang pascasiswazah (PGDM) daripada Institut Pengurusan India, Ahmedabad, mempunyai ijazah sarjana dalam teknologi daripada Institut Teknologi India, Madras dan Rakan Sekutu CPA, Australia.

Diminta mengulas tentang pelantikan itu, Dr. Vishal Sikka, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan berkata, "Sepanjang enam belas bulan lalu, saya mengenali Ranga sebagai seorang pemimpin yang bersemangat tinggi, dan ketua yang seimbang yang mempunyai kemahiran tinggi, berilmu serta penuh kewibawaan. Kami mengalu-alukan beliau sebagai Ketua Pegawai Kewangan kami."

Ketua Pegawai Eksekutif Vishal Sikka, mengulas,"Saya ingin berterima kasih kepada Rajiv atas sumbangan besar beliau kepada syarikat dan kerana menjadi rakan kongsi yang hebat kepada kami sejak 16 bulan lalu.  Sebagai Ketua Pegawai Kewangan Infosys, Rajiv telah memimpin strategi kewangan kami dan memainkan peranan penting dalam membawa kami ke saat ini dalam perjalanan perubahan kami. Beliau adalah Ketua Pegawai Kewangan yang sangat bijak dan kami akan merasai ketiadaan beliau. Namun begitu kami menghormati keputusan beliau dan mengharapkan kejayaan berterusan untuk beliau dalam usaha masa hadapan beliau."

Kata Rajiv, "Saya rasa sangat bertuah dan gembira dapat bekerja di Infosys. Ia merupakan pengalaman yang sangat mengujakan dan benar-benar bernilai. Saya bangga dengan apa yang kami capai sebagai satu pasukan dan saya pasti Infosys, di bawah kepimpinan Vishal, akan berkembang dengan lebih pesat pada masa hadapan."

Rajiv akan terus bertindak sebagai penasihat kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Lembaga sehingga 31 Disember 2015 bagi melancarkan perjalanan pemindahan jawatan ini.

Pelan RSU

Lembaga meluluskan Pelan Pampasan Insentif 2015, meminda Pelan RSU 2011 sedia ada. Pelan RSU 2011 telah dipinda sejajar dengan peraturan SEBI (faedah kakitangan berasaskan syer) 2014, dan akan dikeluarkan sebagai Pelan Pampasan Insentif 2015. Kelulusan yang dibuat di bawah pelan RSU 2011 akan terus dibuat dan dilaksanakan oleh Pelan Pampasan Insentif 2015. Pelan Pampasan Insentif 2015 adalah tertakluk kepada kelulusan para pemegang saham.

Lembaga seterusnya meluluskan pengeluaran syer baharu, agar jumlah terkumpulnya tidak melebihi 2% daripada syer diterbitkan, bagi menyokong kelulusan yang dibuat dari masa ke masa di bawah Pelan Pampasan Insentif 2015. Kelulusan untuk mengeluarkan syer itu di bawah Pelan Pampasan Insentif 2015 adalah tertakluk kepada kelulusan para pemegang saham.

Anugerah dan Pengiktirafan

  • Platform Maklumat Infosys telah diiktiraf oleh Magic Quadrant September 2015 Gartner bagi Perkhidmatan Analitik Perniagaan Seluruh Dunia.
  • Infosys Finacle, sebahagian daripada EdgeVerve Systems, diiktiraf sebagai Peneraju oleh Forrester Research, Inc. dalam Forrester Wave™: Penyelesaian Perbankan Omnisaluran, laporan suku tahun ketiga 2015.
  • Kami berada dalam kedudukan sebagai Peneraju dan Syarikat Prestasi Bintang dalam 2015 Khidmat Luar Aplikasi Perbankan PEAK Matrix™ oleh Everest. Firma khidmat runding dan penyelidikan itu juga meletakkan kami sebagai Peneraju dalam pasaran modal untuk tahun kedua berturut-turut.
  • Kami berada dalam kedudukan sebagai Peneraju dalam Magic Quadrant September 2015 Gartner bagi Perkhidmatan Pengurusan Aplikasi Oracle Seluruh Dunia.
  • Kami berada dalam kedudukan sebagai Peneraju Magic Quadrant Julai 2015 Gartner bagi Perkhidmatan Pelaksanaan SAP Seluruh Dunia.
  • Kami dimasukkan dalam Lingkaran Perniagaan dalam laporan sulung Perkhidmatan Ujian Aplikasi Cetak Biru HfS oleh firma penganalisis terkemuka HfS Research.
  • Kami diiktiraf sebagai Peneraju dalam laporan 2015 Perkhidmatan Ujian Bebas - Kompendium Profil dan Penilaian PEAK Matrix™ oleh Everest Group.

*Gartner tidak menyarankan mana-mana vendor, produk, atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam terbitan penyelidikannya, dan tidak menasihatkan pengguna teknologi memilih hanya vendor dengan pemeringkatan tertinggi atau pengiktirafan lain. Terbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak patut dianggap sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan sebarang jaminan, sama ada dinyatakan atau disebutkan, berkenaan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau keutuhan untuk tujuan tertentu.

Selain Perniagaan 

Bagi tahun fiskal ini, Infosys telah menguntukkan INR 270 karor bagi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan khususnya melalui Yayasan Infosys, cabang amalnya.

Setakat 30 September 2015, Yayasan Infosys telah melabur INR 102.9 karor dalam bidang berkaitan dengan Pendidikan, Penjagaan Kesihatan, Penjagaan Kemiskinan, dan Pembangunan Luar Bandar. Inisiatif utama sewaktu suku tahun ini termasuk pembiayaan INR 6 karor setiap satu kepada Yayasan Antarabangsa Agastya, sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan Vivekananda Rock Memorial & Vivekananda Kendra.

Suku tahun lepas, Yayasan Infosys AS melancarkan program Anugerah Infy Maker sulung mereka. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen yang dibuat oleh Yayasan Infosys AS di Rumah Putih awal tahun ini semasa Minggu Penciptaan Kebangsaan, bagi mencetuskan minat pembuatan dalam pembelajaran setiap hari. Anugerah itu meraikan Para Pencipta daripada golongan muda dan berusia di seluruh Amerika Syarikat yang memperlihatkan kecemerlangan kreatif. Selain itu, Yayasan Infosys AS akan menganugerahkan 50 geran Makerspace bernilai USD$10,000 kepada sekolah, perpustakaan, dan organisasi kemasyarakatan lain. Setiap geran akan diberikan dalam bentuk tunai dan barangan, dan akan digunakan untuk menyemai Makerspaces yang dinamik dalam setiap lokasi penerima geran. Para penerima geran ini akan dicalonkan oleh pemenang pelajar. Melalui geran ini, Yayasan Infosys AS menjangkakan akan memberi impak kepada ribuan pencipta masa hadapan http://www.infosys.org/infosys-foundation-usa/

Tambahan lagi, Yayasan Infosys AS terus membiayai geran untuk menjadikan pendidikan Sains Komputer berkualiti tinggi secara lebih meluas dan mudah diakses oleh semua. Baru-baru ini yayasan itu menganjurkan persidangan CrossRoads sulung untuk para pemimpin pemikiran serta pengamal terkemuka dalam bidang ini.

Latar Belakang Infosys Ltd

Infosys merupakan peneraju global dalam perkhidmatan rundingan, teknologi, khidmat luar dan perkhidmatan generasi seterusnya. Kami membolehkan pelanggan, di lebih 50 buah negara, untuk kekal selangkah di hadapan dalam ikutan perniagaan baharu dan mengatasi prestasi persaingan. Kami membantu mereka berubah dan berjaya dalam dunia yang terus berubah dengan mencipta bersama penyelesaian tercanggih yang menggabungkan pemahaman strategik serta kecemerlangan pelaksanaan.

Lawati www.infosys.com untuk melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY), dengan hasil tahunan sebanyak AS$ 8.7 bilion dan lebih 187,000 kakitangan, membantu perusahaan memperbaharui syarikat sambil mencipta saluran baharu untuk menjana nilai.

Kenyataan Perlindungan Selamat

Beberapa kenyataan dalam siaran media ini berkaitan dengan prospek pertumbuhan masa depan kami adalah kenyataan jangkaan, berkenaan jangkaan perniagaan masa depan kami yang bertujuan untuk melayakkannya sebagai 'kenyataan perlindungan' di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995, yang melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan itu. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian berkaitan turun naik dalam pendapatan, turun naik dalam kadar tukaran asing, kemampuan kami untuk mengurus kemajuan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT termasuk faktor-faktor yang mungkin akan memberi kesan kepada kelebihan kos kami, peningkatan upah di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan para profesional berkepakaran tinggi, masa dan kos berlebihan dalam kontrak rangka dengan harga dan masa tetap, kepadatan pelanggan, kekangan imigrasi, kepadatan segmen industri, kemampuan kami untuk mengurus operasi antarabangsa kami, pengurangan permintaan untuk teknologi dalam bidang tumpuan utama kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kebolehan kami untuk memuktamadkan dan menyepadukan pengambilalihan berpotensi dengan berjaya, liabiliti untuk kerosakan atas kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat-syarikat yang menerima pelaburan strategik daripada Infosys, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik wilayah, sekatan undang-undang dalam pengumpulan modal atau pengambilalihan syarikat di luar India serta penggunaan harta intelek kami yang tidak dibenarkan, dan keadaan ekonomi secara am yang memberi kesan kepada industri kami. Risiko-risiko tambahan yang mungkin boleh memberi kesan kepada hasil operasi kami pada masa depan digambarkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan kami bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami pada Borang 20-F untuk tahun fiskal berakhir 31 Mac 2015. Pemfailan ini boleh didapati di www.sec.gov. Dari masa ke masa, Infosys mungkin akan membuat kenyataan jangkaan tambahan secara bertulis dan lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran serta laporan kami kepada para pemegang saham. Selain itu, sila ambil maklum tarikh siaran media ini adalah 12 Oktober 2015, dan sebarang kenyataan jangkaan yang terkandung dalam dokumen ini adalah berdasarkan andaian yang kami percaya adalah munasabah setakat tarikh ini. Syarikat ini tidak bertanggungjawab mengemas kini mana-mana kenyataan jangkaan yang mungkin akan dibuat oleh syarikat atau wakil syarikat dari masa ke masa melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang.

Hubungi
Hubungan Pelabur
Sandeep Mahindroo
+91 80 3980 1018
Sandeep_Mahindroo@infosys.com

Hubungan Media
Sarah Vanita Gideon, India
+91 80 4156 3373
Sarah_Gideon@infosys.com

Cristin Balog
+1 650 320 4126
Cristin_Balog@infosys.com

Infosys Limited dan anak syarikat

Kunci Kira-kira Interim Disatukan Belum Diaudit setakat 

 (Dalam juta dolar kecuali data syer ekuiti)



30 September 2015      

31 Mac 2015

ASET



Aset semasa



Tunai dan kesamaan tunai                           

4,566

4,859

Aset kewangan sedia untuk dijual                      

89

140

Kebolehterimaan dagangan                           

1,585

1,554

Hasil belum dibil                                    

524

455

Prabayaran dan aset semasa lain                      

714

527

Instrumen kewangan terbitan                             

4

16

Jumlah aset semasa                                 

7,482

7,551

Aset bukan semasa



Harta tanah, loji, peralatan                       

1,477

1,460

Muhibah                                              

559

495

Aset tidak ketara                                    

140

102

Pelaburan dalam Sekutu                                 

15

15

Aset kewangan sedia untuk dijual                     

245

215

Aset cukai pendapatan tertangguh                      

78

85

Aset cukai pendapatan                                

715

654

Aset bukan semasa lain                                

99

38

Jumlah aset bukan semasa                           

3,328

3,064

Jumlah aset                                       

10,810

10,615

LIABILITI DAN EKUITI



Liabiliti semasa



Kebolehterimaan dagangan                              

17

22

Instrumen Kewangan Terbitan                             

2

-

Liabiliti cukai pendapatan semasa                    

476

451

Deposit pelanggan                                       

3

4

Hasil tidak diperoleh                                

169

168

Kewajipan faedah kakitangan                          

183

171

Peruntukan                                             

66

77

Liabiliti semasa lain                              

1,090

927

Jumlah liabiliti semasa                            

2,006

1,820

Liabiliti bukan semasa



Liabiliti cukai pendapatan tertangguh                 

42

25

Liabiliti bukan semasa lain                           

19

8

Jumlah liabiliti                                   

2,067

1,853

Ekuiti



Modal syer- INR5 ($0.16) nilai tara






2,400,000,000 (1,200,000,000) syer ekuiti






diluluskan, dikeluarkan dan diterbitkan






2,285,619,380 (1,142,805,132), nilai bersih






11,325,284 (5,667,200) syer perbendaharaan setakat






30 September 2015 (31 Mac 2015), masing-masing      

199

109

Premium syer                                        

569

659

Perolehan dikekalkan                             

10,449

10,090

Simpanan lain                                        

-

-

Komponen ekuiti lain                                       

(2,474)

(2,096)

Jumlah ekuiti diagihkan kepada pemegang



ekuiti syarikat                                     

8,743

8,762

Kepentingan bukan kawalan                            

-

-

Jumlah ekuiti                                       

8,743

8,762

Jumlah liabiliti dan ekuiti                        

10,810

10,615

 

Infosys Limited dan anak syarikat

Penyata Pendapatan Komprehensif Interim Disatukan Belum Diaudit 

(Dalam juta dolar kecuali syer dan data syer per ekuiti) 



Tiga bulan  

Tiga bulan  

Enam bulan  

Enam bulan


berakhir    

berakhir    

berakhir    

berakhir







30 September

30 September

30 September

30 September


2015

2014

2015

2014











Hasil                         

2,392

2,201

4,647

4,334

Kos jualan                    

1,488

1,353

2,922

2,697

Untung kasar                    

904

848

1,725

1,637

Perbelanjaan operasi:





Perbelanjaan jualan dan










pemasaran                       

129

127

258

238

Perbelanjaan pentadbiran        

165

146

316

288

Jumlah perbelanjaan operasi      

294

273

574

526

Untung operasi                   

610

575

1,151

1,111

Pendapatan lain, bersih         

121

144

240

283

Syer dalam keuntungan/kerugian










sekutu                            

-

-

-

-

Untung sebelum cukai pendapatan 

731

719

1,391

1,394

Perbelanjaan cukai pendapatan   

212

208

396

401

Untung bersih                   

519

511

995

993

Pendapatan menyeluruh lain





Item yang tidak akan










diklasifikasikan semula mengikut










keuntungan atau kerugian:





Pengukuran semula





liabiliti/(aset) faedah










yang ditakrif bersih            

(1)

(1)

(2)

(4)

Item yang mungkin akan










diklasifikasikan semula selepas










ini mengikut keuntungan atau










kerugian:





Perubahan nilai adil untuk





aset kewangan sedia dijual        

5

5

3

8

Perbezaan tukaran untuk










operasi asing                   

(242)

(223)

(379)

(259)

Jumlah pendapatan menyeluruh










lain, cukai bersih              

(238)

(219)

(378)

(255)

Jumlah pendapatan keseluruhan    

281

292

617

738

Keuntungan yang boleh diagihkan










kepada:





Pemilik syarikat                

519

511

995

993

Kepentingan bukan kawalan          

-

-

-

-


519

511

995

993

Jumlah pendapatan komprehensif










yang boleh diagihkan kepada:










Pemilik syarikat                

281

292

617

738

Kepentingan bukan kawalan          

-

-

-

-


281

292

617

738

Perolehan bagi setiap ekuiti










saham





Asas ($)                       

0.23

0.22

0.44

0.43

Dicairkan ($)                  

0.23

0.22

0.44

0.43

Purata wajaran syer ekuiti yang










digunakan dalam menghitung










pendapatan per syer ekuiti                               





Asas              

2,285,614,029

2,285,610,264

2,285,612,157

2,285,610,264






Dicairkan          

2,285,713,042

2,285,616,112

2,285,696,678

2,285,613,188











NOTA:










1. Kunci Kira-kira interim Disatukan dan Penyata Pendapatan Komprehensif interim Disatukan yang belum diaudit untuk tiga bulan dan enam tahun berakhir 30 September 2015 telah direkodkan semasa mesyuarat Lembaga yang diadakan pada 12 Oktober 2015

2. Lembaran Fakta yang menyatakan metrik operasi syarikat boleh dimuat turun daripada www.infosys.com

3. Kiraan syer bagi tempoh sebelumnya dan EPS telah dinyatakan semula kerana hal syer bonus pada Disember 2014 dan Jun 2015

Siaran Media IFRS-INR: http://multivu.prnewswire.com/prnehost/IFRS-INR-Press-release.docx

Lembaran Fakta: http://multivu.prnewswire.com/prnehost/fact-sheet.docx

 

Source: Infosys
Related Stocks:
NYSE:INFY
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Outsourcing Businesses Earnings