omniture

Analisis Pasaran Baharu Melihat Potensi Besar Lapisan Nano

Nanopool GmbH
2016-07-28 12:54 667

HÜLZWEILER, Jerman, 28 Julai, 2016 /PRNewswire/ --

Berita baik daripada pakar-pakar industri:

Para penganalisis utama meramalkan prospek pertumbuhan berterusan yang memberangsangkan daripada sektor nanoteknologi beberapa tahun akan datang.

Pakar-pakar menganggarkan nilai pasaran dunia bernilai 3.8 bilion dolar sehingga tahun 2020, hanya bagi segmen lapisan nano antibakteria. Ini dapat dilihat dalam laporan perniagaan "Penganalisis Industri Global."

Bagi Nanopool, pengeluar sistem lapisan berprestasi tinggi, angka tersebut mengesahkan hala tuju strategik terhadap pembangunan produk mereka. Seawal tahun 2006, pejabat paten dan tanda dagangan (DPMA) Jerman meluluskan paten bagi lapisan antibakteria, antara lainnya, kepada pengarah urusan dan pencipta Nanopool, En. Sascha Schwindt. Ini membolehkan Nanopool menguasai segmen pengeluaran dan penggunaan sistem perlindungan permukaan antibakteria di seluruh Eropah sehingga tahun 2027. Khususnya, ini melibatkan kapal, pembangunan pelabuhan, pelantar minyak dan paip, yang terdedah kepada tekanan melampau daripada air laut, dan perlu dilindungi daripada segala kekotoran dan pencemaran lain.

Selain itu, produk-produk berpaten Nanopool juga sesuai untuk mencegah berlakunya kelembapan dalam pembungkusan. Lapisan perlindungan antibakteria ini turut digunakan sebagai tambahan di hospital-hospital dan pusat penjagaan, dapur kantin, kemudahan pemprosesan makanan, serta di dalam kereta api dan juga bas.

Nanopool ditubuhkan sebagai sebuah syarikat pengedaran produk nano dari Saarland, Jerman sejak tahun 2002. Selama 10 tahun, Nanopool mengkhusus dalam menjalankan penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran lapisan berprestasi tinggi dan produk-produknya boleh didapati daripada pelbagai segmen pasaran. Hasil pengalaman Nanopool selama bertahun-tahun dan portfolio produk yang luas, syarikat ini mampu menawarkan penyelesaian tersuai khusus untuk pelanggan persendirian dan juga perindustrian. "Orientasi strategik syarikat kami pada tahun 2006 adalah satu keputusan terbaik," kata pengarah urusan Nanopool, Sascha Schwindt. "Ini dapat dilihat menerusi analisis pasaran terkini, dan pelanggan serta rakan kerjasama kami yang berpuas hati turut membuktikannya."

Maklumat perhubungan media: info@nanopool.eu 
Telefon: +49(0)6831-8902712

Sumber: Nanopool GmbH

Source: Nanopool GmbH
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Nanotechnology New products/services Survey, Polls & Research