omniture

Putera Mahkota Dubai Melancarkan Program Pemecut Masa Hadapan Dubai: Menangani Tujuh Cabaran Sivik Utama

Dubai Future Foundation
2016-07-28 20:07 681

DUBAI, UAE, 28 Julai 2016 /PRNewswire/ --

  • Putera Mahkota Dubai Melancarkan Program Pemecut Masa Hadapan Dubai: Menangani Tujuh Cabaran Sivik Utama
  • Dubai akan mewujudkan program baharu untuk mengganjari syarikat-syarikat inovatif seluruh dunia
  • Syarikat-syarikat akan bersaing untuk menyelesaikan tujuh "cabaran utama abad ke-21"
  • Program diwujudkan untuk membentuk kerjasama baharu, menggunakan teknologi terkini dan mengujinya di peringkat bandar
  • Satu lagi contoh komitmen kukuh Dubai ialah dengan menjadi platform pengujian teknologi dan perniagaan futuristik
  • Bertujuan untuk mengubah masa hadapan Dubai (dan mungkin seluruh dunia)

Hari ini, Putera Mahkota Dubai memperkenalkan program baharu yang hebat dengan tujuan untuk mengubah dunia. "Pemecut Masa Hadapan Dubai" akan menghubungkan syarikat-syarikat paling inovatif di dunia dengan rakan kongsi terkemuka dalam kerajaan untuk menguji penyelesaian baharu bagi menangani cabaran penting di peringkat bandar.

Pemecut Masa Hadapan menumpukan tujuh "cabaran abad ke-21", yang juga merupakan peluang cerah ke arah pertumbuhan ekonomi, penciptaan peluang pekerjaan dan pembangunan sosial.

Cabaran tersebut termasuk penggunaan teknologi canggih seperti AI (Kecerdasan Buatan) dan robot, genomik, pencetakan 3D, lejar teragih, biomimikri dan bioteknologi, serta model perniagaan dan cara bekerja yang baharu. Setiap cabaran fokus terhadap bidang penting dalam usaha inovasi oleh pihak kerajaan, termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan, pengangkutan, infrastruktur, tenaga boleh diperbaharui dan transformasi digital.

Tidak seperti program lain, Pemecut Masa Hadapan Dubai akan menumpukan pelaksanaan prototaip futuristik di peringkat bandar, sesuatu yang tidak ditawarkan oleh program-program lain, semuanya atas sokongan padu daripada kerajaan Dubai.

Program Abad ke-21

Dilancarkan oleh Putera Mahkota Dubai, Yang Mulia Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid al Maktoum, program ini memperlihatkan matlamat lebih besar UAE serta visi Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai.

"Visi Y.M. Sheikh Mohammed bin Rashid adalah untuk mengubah UAE menjadi ibu negara global untuk mencipta dan meneroka masa hadapan," jelas Sheikh Hamdan dalam satu kenyataan.

Mohammad Abdullah Al Gergawi, Menteri Hal Ehwal Kabinet dan Masa Hadapan, yang juga merupakan naib pengerusi Yayasan Masa Hadapan Dubai, berkata: "Kami menjemput sesiapa sahaja dari seluruh dunia yang mahu membentuk masa hadapan yang lebih cerah untuk datang ke Dubai dan membantu kami mewujudkan masa hadapan yang lebih baik.

Sesiapa sahaja boleh memohon, bermula dengan syarikat baharu kepada syarikat besar, selagi mereka mempunyai prototaip berfungsi untuk menangani salah satu cabaran utama di atas. Syarikat yang berjaya akan membuat cadangan terperinci untuk mencipta projek perintis futuristik yang boleh menunjukkan kelebihan teknologi mereka.

Dubai akan Menjadi Platform Pengujian Reka Bentuk dan Teknologi Futuristik

Pemecut Masa Hadapan Dubai dijalankan oleh Yayasan Masa Hadapan Dubai sebagai sebahagian daripada Agenda Masa Hadapan Dubai, kempen yang dijalankan dengan pengaruh yang luas untuk menyediakan penyelesaian dan inisiatif abad ke-21 ke seluruh dunia. Perkara-perkara lain dalam Agenda tersebut termasuk Strategi Pencetakan 3D Dubai (bersama Majlis Perbandaran Dubai), Strategi Pengangkutan Tanpa Pemandu Dubai (bersama RTA), Majlis Rantaian Blok Global dan Muzium Masa Hadapan.

Butiran tambahan tentang program disediakan di

TAPAK WEB | https://dubaifutureaccelerators.com/en

MEDIA | https://dubaifutureaccelerators.com/en/press 

BAHASA ARAB | https://dubaifutureaccelerators.com/ar

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160727/393408

Source: Dubai Future Foundation
Keywords: Electronics Gaming Computer Networks Computer Software Computer/Electronics New products/services