omniture

SK Telecom Melancarkan 'Laser Pemancar Pintar UO NX Edisi BIGBANG 10'

SK Telecom
2016-08-19 21:58 938

SEOUL, Korea Selatan, 19 Ogos, 2016 /PRNewswire/ --

  • Memperkenalkan projektor sumber cahaya yang direka khusus untuk memperingati ulang tahun ke-10 BIGBANG, kumpulan penyanyi Korea yang terkenal
  • Projektor 'Edisi BIGBANG 10' menawarkan pemancaran warna, kejelasan dan kecerahan yang dipertingkat menggunakan sumber cahaya laser dan juga LED
  • Projektor tersebut juga dapat berfungsi sebagai peranti yang dapat beroperasi sendiri menerusi slot SD mikro terbina dalam dan juga butang kawalan

Hari ini, SK Telecom (NYSE: SKM, www.sktelecom.com/en) melancarkan projektor terbaharu yang dikenali sebagai 'Laser Pemancar Pintar UO NX Edisi BIGBANG 10 ('Edisi BIGBANG 10') yang tercetus daripada satu projek kolaborasi antara SK Telecom dengan YG Entertainment, salah sebuah syarikat hiburan terbesar di Korea, bagi meraikan ulang tahun BIGBANG* yang ke-10.

SK Telecom Melancarkan Pemancar Pintar UO NX Edisi Big Bang 10
SK Telecom Melancarkan Pemancar Pintar UO NX Edisi Big Bang 10

 

SK Telecom Melancarkan Pemancar Pintar UO NX Edisi Big Bang 10
SK Telecom Melancarkan Pemancar Pintar UO NX Edisi Big Bang 10
SK Telecom Melancarkan Pemancar Pintar UO NX Edisi Big Bang 10
SK Telecom Melancarkan Pemancar Pintar UO NX Edisi Big Bang 10

Menerusi aplikasi sumber cahaya hibrid yang merangkumi laser dan LED, projektor Edisi BIGBANG 10 ini menawarkan tahap kecerahan 200 lumen dan resolusi natif 1280 X 720, seraya membolehkan pengguna beroleh pengalaman warna yang beraneka dan penuh warna warni, selain resolusi yang mengagumkan.

Selain itu, berbeza daripada projektor terdahulu yang hanya dapat dikawal menggunakan telefon pintar yang terhubung, projektor Edisi BIGBANG 10 ini dapat bertindak sebagai peranti yang beroperasi sendiri memandangkan ia mempunyai slot kad SD mikro terbina dalam dan juga butang kawalan. Peranti ini juga dapat dikawal menggunakan aplikasi kawalan jauh.

Masih mengekalkan ciri-ciri asas dalam projektor terdahulu, projektor Edisi BIGBANG 10 diberikan logo istimewa bagi memperingati ulang tahun ke-10 BIGBANG, selain lima garis mendatar yang melambangkan lima anggota BIGBANG. Projektor ini tersedia dalam warna hitam-perang yang anggun serta berukuran 6 X 6 X 6 sentimeter.

Projektor Edisi BIGBANG 10 ini boleh dibeli melalui gedung beli belah dalam talian (http://www.accstore.kr/index.html). Dengan harga KRW 449,000 (USD 409, RMB 2,809), pembeli akan memperoleh sebuah projektor berserta pakej kandungan yang pelbagai, bernilai kira-kira KRW 100,000. Pakej kandungan itu menyediakan kad SD mikro 8GB yang mengandungi klip video BIGBANG, termasuk filem mereka, "BIGBANG Made" serta temu bual sempena ulang tahun ke-10nya, dan juga kad gambar.

Kim Sung-han, Naib Presiden dan Ketua Pejabat Perancangan Peranti berkata, "Projektor piko terkini daripada SK Telecom, Laser Pemancar Pintar UO NX mampu meningkatkan pengalaman pengguna dan menyediakan kelebihan melalui spesifikasi dan ciri-ciri yang ditambah baik. Kami amat berterima kasih khususnya hasil jalinan kerjasama dengan kumpulan penyanyi terkenal BIGBANG, dan kami meramalkan bahawa kami bakal menyaksikan tahap pengiktirafan yang lebih baik terhadap projektor piko kami yang inovatif, selain akan menyediakan pakej kandungan beraneka yang merangkumi klip video serta gambar-gambar BIGBANG bersama projektor tersebut bagi memberi kepuasan kepada para peminat BIGBANG di serata dunia."

* BIGBANG ialah sebuah kumpulan penyanyi Korea yang ditubuhkan oleh YG Entertainment. Ahli-ahli kumpulan ini terdiri daripada G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung, dan juga Seungri. Kumpulan ini pertama kali diperkenalkan secara rasmi pada 19 Ogos 2006, dan telah meraih populariti di seluruh dunia. Lagu-lagu hit daripada BIGBANG termasuk "Lies," "Bang Bang Bang," "Fantastic Baby," dan "Loser."

Lampiran 1: Spesifikasi Teknikal Laser Pemancar Pintar UO NX BIGBANG 10

Jenis

Spesifikasi

Teknologi

Sumber Cahaya

LED/LD Hibrid

Panel Paparan

DMD

Prestasi Optik

Kecerahan (ANSI Im)

200 Lumen

Resolusi

720P (1280X720)

CR

≥1,500

Nisbah Lontaran

1.53(100"@3.4m)

Ofset

100%

OS H/W

Pembesar Suaran

1W (Mono)

Penyesuai AC-DC

3A / 12V, DC DALAM Bicu

Hayat Bateri

100 min.

Lain-lain

Saiz

60 x 60 x 60(mm)

Berat

260g

Suhu Operasi

0 - 40 darjah Celsius

Format Sokongan

MPEG4, MPEG4 AVC/H.264 MP3/AAC

Warna

Perang Metalik

Bahasa Sokongan

Bahasa Korea/Bahasa Inggeris/Bahasa Jepun/Bahasa Cina

Bluetooth

2.1 ver +EDR

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160818/8521605245-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160818/8521605245-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160818/8521605245-c

Source: SK Telecom
Related Stocks:
NYSE:SKM
Keywords: Air Freight Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Music Computer Accessories New products/services