omniture

Pendaftaran Amal untuk Acara Larian Bangunan Empire State ke-40 Anjuran Marmot Bermula pada 24 Oktober 2016

Empire State Realty Trust, Inc.
2016-10-26 00:39 437

Acara Ulang Tahun ke-40 Dijadualkan pada hari Rabu, 1 Februari 2017 

NEW YORK, 26 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) hari ini mengumumkan pendaftaran amal untuk acara Larian Bangunan Empire State (ESBRU) 2017 Anjuran Marmot akan bermula pada hari Isnin, 24 Oktober 2016 jam 12:00 p.m. ET dan berakhir pada hari Ahad, 27 November 2016, pada jam 11:59 p.m. ET.

Beribu-ribu pelari dari seluruh dunia akan memasuki – kesemuanya bersaing bagi merebut peluang untuk berlumba mendaki 86 tingkat dan 1,576 anak tangga Bangunan Empire State. Para pelari yang berminat perlu mendaftar dalam talian melalui http://www.nycruns.com/esb. Yuran perlumbaan ialah $125 bagi setiap pemohon, dan hanya akan dikenakan setelah pemohon dimaklumkan bahawa beliau terpilih menjadi peserta. Para pelari yang memohon untuk melakukan pendakian akan dimaklumkan tentang status perlumbaan melalui e-mel pada 30 November 2016.

"Bangunan Empire State ialah lokasi lahirnya acara larian menara dan menjadi model perlumbaan mendaki tangga di seluruh dunia," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan CEO ESRT. "Ketika kami mendekati sambutan ulang tahun ke-40, kami teruja untuk meneruskan legasi senarai pertandingan yang ingin disertai."

Challenged Athletes Foundation® (CAF) ialah rakan kongsi amal rasmi untuk ESBRU dengan mengadakan pusingan perlumbaan peringkat awal khusus untuk atlet kurang upaya. CAP ialah peneraju dunia dalam membantu orang ramai yang mengalami masalah kekurangan fizikal mendapat akses sejagat terhadap aktiviti fizikal dan sukan melalui agihan geran global, kem, klinik, pementoran dan juga motivasi.

Bulova ialah penjaga masa rasmi bagi perlumbaan tersebut, menghadiahkan jam tangan Bulova kepada pemenang tempat pertama kategori lelaki dan wanita bagi pusingan perlumbaan elit.

Acara tersebut dianjurkan oleh NYCRUNS, syarikat pengurusan acara larian terbesar di Kawasan Metropolitan New York.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri di seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit yang mantap menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu daripada tarikan paling digemari di dunia dan sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di rantau itu. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila lawati www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan harta tanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendalikan, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan harta tanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat itu meliputi 10.1 juta kaki persegi bagi kawasan boleh sewa, setakat 30 Jun 2016, terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi kawasan sewaan bagi 14 harta tanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 720,000 kaki persegi kawasan sewaan bagi portfolio perniagaan.

Latar Belakang Marmot Mountain, LLC
Marmot ialah jenama untuk prestasi tinggi, pakaian teknikal, pakaian serta peralatan yang memenangi anugerah dan diedarkan di seluruh dunia. Sejak tahun 1974, produk-produk Marmot telah dipakai oleh para pendaki, pemain ski, pendaki gunung dan pengembara di seluruh dunia. Marmot bekerjasama dengan malim gunung, atlet bertaraf dunia, dan ekspedisi—yang menerobos sempadan inovasi produk dan teknologi—merintis perkara yang mungkin dalam persekitaran paling ekstrem di muka bumi. Untuk maklumat lanjut tentang Marmot, sila layari www.marmot.com 

Latar Belakang Challenged Athletes Foundation
Challenged Athletes Foundation® (CAF) ialah peneraju dunia dalam membantu orang ramai yang menghadapi masalah fizikal untuk menjalani kehidupan yang aktif serta sihat. CAF percaya penglibatan dalam aktiviti fizikal pada sebarang peringkat dapat meningkatkan keyakinan diri, menggalakkan kebebasan dan meningkatkan kualiti kehidupan. Sejak tahun 1994, lebih $76 juta berjaya dikumpul dan lebih 13,000 permintaan pendanaan daripada mereka yang menghadapi masalah fizikal dari kesemua 50 negeri serta berpuluh-puluh negara telah dapat dipenuhi. Tambahan pula, usaha capaian CAF ini dapat mendekati 60,000 individu berlainan setiap tahun. Sama ada geran bernilai $2,500 untuk pengayuh tangan, membantu menaja jamin kaki larian gentian karbon yang tidak dilindungi oleh insurans, mahupun memberi galakan bersemangat daripada mentor yang telah berjaya mengatasi halangan yang sama, matlamat CAF adalah jelas: memberi peluang dan menyokong mereka yang mempunyai keinginan untuk menjalani kehidupan yang aktif serta tangkas. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari challengedathletes.org atau hubungi 858-866-0959.

Latar Belakang Bulova
Diasaskan pada tahun 1875, Bulova kekal menjadi salah satu jenama paling diiktiraf di dunia, memiliki portfolio cemerlang melibatkan jam tangan Bulova, Caravelle New York, Wittnauer, selain jam tangan Harley-Davidson® Timepieces by Bulova, jam tangan dan jam Frank Lloyd Wright Collection®, serta Bulova Clocks. Ibu pejabat Bulova terletak di Bandar Raya New York, berserta lapan cawangan antarabangsa dan pusat pengedaran dalam 65 pasaran. Masih menjadi peneraju dalam industri pembuatan jam tangan. Bulova komited dalam memajukan seni pembuatan jam tangan menerusi reka bentuk yang mengagumkan, teknologi berprestasi tinggi yang eksklusif serta kualiti yang berkekalan yang mendukung tradisi kecemerlangan dan juga memenuhi keperluan pengguna global masa kini. Untuk maklumat lanjut, layari www.bulova.com.

Latar Belakang NYCRUNS
NYCRUNS ialah sebuah syarikat pengurusan acara larian terbesar di Kawasan Metropolitan New York, menganjurkan lebih 30 acara mereka sendiri termasuk Maraton Brooklyn & Taman Central serta menyediakan bantuan teknikal untuk berpuluh-puluh acara lain. Para pelanggan NYCRUNS melibatkan Empire State Realty Trust, Google, Citibank, The New York Jets, New York University, Columbia University, Weill Cornell, The United States Military Academy at West Point, The Brooklyn Cyclones, serta banyak organisasi bertaraf dunia yang lain.

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Sporting Events Sports