omniture

Bruce Lee Terjah Heroes Evolved Hari Ini

R2GAME CO.,LIMITED
2017-10-19 16:18 1086

HONG KONG, 19 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini menandakan tarikh pelancaran rasmi Bruce Lee dalam Heroes Evolved. R2Games dan Bruce Lee, LLC (dimiliki dan dikendalikan oleh anak perempuan Bruce Lee, Shannon Lee) telah bergabung tenaga untuk projek ini, membawakan Master Kung-Fu legenda ke dalam arena pertempuran maya Heroes Evolved. Beliau kini berada dalam permainan dan boleh dimainkan sekarang.

Bruce Lee dan Skin gantinya dalam Heroes Evolved
Bruce Lee dan Skin gantinya dalam Heroes Evolved

"Kami bangga menjadi penerbit yang pertama membawakan Bruce Lee secara rasmi ke dunia permainan video MOBA. Kami merupakan peminat yang sudah lama meminati beliau dan tidak sabar untuk membariskan semua wira-wira lain kami menentang Bruce Lee yang terkenal di dunia!" – Anderson, Pengarah Penerbitan Global R2Games.

Selain itu, R2Games telah membawakan penstriman langsung terus ke Heroes Evolved, menggabungkan Youtube Gaming, Twitch.tv, dan Bigo Live terus ke dalam pertandingan UI, membolehkan para pemain untuk melihat penstrim, pertandingan-pertandingan dan acara-acara kegemaran mereka dengan mudah.

Untuk meraikan penyertaan Bruce Lee dalam senarai watak yang boleh dimainkan, R2Games telah menyediakan acara dalam permainan Heroes Evolved di seluruh dunia. Para pemain akan bersama-sama menunjukkan "Kesetiaan" mereka hanya dengan bermain permainan ini. Hadiah di seluruh pelayan untuk semua pemain termasuk wira-wira, makanan ringan tambahan, penggalak, kulit percuma dan banyak lagi! Terdapat juga beberapa acara yang berlangsung untuk Heroes Evolved sempena pengumuman Bruce Lee ini. Para pemain boleh mengambil bahagian di laman sesawang khusus di sini.

Heroes Evolved ialah arena permainan video atas talian 5v5 percuma, di mana para pemain mengambil watak wira berkuasa dan bekerjasama sebagai sebuah pasukan untuk memusnahkan pihak lawan. Cara bermainnya cepat, taktikal dan yang penting sekali – sangat menyeronokkan. Ia menarik perhatian para pemain kasual dan mereka yang lebih tegar, yang menawarkan pelbagai mod dengan tumpuan bermula dengan pertandingan yang serius hinggalah kepada pergaduhan suka-suka.

R2Games berharap dapat melihat Heroes Evolved terus berkembang dan kini mempunyai beberapa hero dan mod permainan baharu. Mod 7v7 akan datang dalam tampalan masa depan tidak lama lagi, sudah pastinya menjadikan pertempuran lebih kacau bilau.

Mainlah sekarang di iOS dan Android! 
Komuniti Facebook: fb.com/HeroesEvolvedMobile
http://www.r2games.com/

Tanda nama, imej, kegemaran dan semua yang berkaitan Bruce Lee merupakan hakmilik intelektual eksklusif Bruce Lee Enterprises, LLC. Hak Cipta Terpelihara. www.brucelee.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171018/1969015-1

Source: R2GAME CO.,LIMITED
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Sports New products/services