omniture

Aplikasi Penyerlahan Foto Meitu Lancar Ciri-ciri Turas untuk Hari Valentine dan AI untuk Tahun Baharu Cina

Meitu
2018-02-14 18:09 1168

HONG KONG, 14 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Meitu Inc. (Meitu), penerbit aplikasi penyerlahan foto Cina Meitu, telah melancarkan turas baharu untuk Hari Valentine yang bakal tiba dan ciri-ciri kecerdasan buatan baharu untuk perayaan Tahun Baharu Cina.

Untuk meraikan Hari Valentine, Meitu telah membina satu bahagian dalam aplikasinya yang dikhususkan untuk kesan dan turas untuk hari istimewa ini supaya pasangan-pasangan boleh mengambil swafoto yang lebih cantik. Syarikat juga telah membangunkan lebih banyak ciri-ciri AI untuk Pesta Musim Bunga, percutian yang paling diraikan di China, berikutan kejayaan pelancaran robot lukisan AI pertamanya, Andy Artbot tahun lalu.

Turas edisi eksklusif Meitu untuk para pengguna global pada Hari Valentine
Turas edisi eksklusif Meitu untuk para pengguna global pada Hari Valentine

Untuk melayani pengguna-pengguna di China dan diaspora Cina di luar negara, tahun ini Meitu mendedahkan kesan Andy versi yang dipertingkatkan, menggabungkan banyak kata-kata restu Cina dalam rekaan untuk para pengguna mendoakan rakan-rakan dan keluarga mereka tahun baharu yang bahagia dan makmur.

"Melalui pembelajaran mendalam teknologi AI, kami dapat memahami perbezaan standard kecantikan di negara-negara yang berbeza," kata Xinhong Wu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Meitu. "Dengan AI, kami boleh memberikan saranan yang lebih tepat dan tersuai untuk para pengguna kami," kata beliau.

Meitu melancarkan kesan Andy versi yang dipertingkat untuk Tahun Baharu Cina
Meitu melancarkan kesan Andy versi yang dipertingkat untuk Tahun Baharu Cina

Ciri-ciri Tahun Baharu Cina Meitu menggunakan teknologi AI untuk mewujudkan turas yang menyenorokkan untuk dicuba oleh pengguna. Sebagai contoh, ia melancarkan sebuah aktiviti yang dipanggil "menangi wang bertuah dengan skor wajah," di mana para pengguna boleh mengambil swafoto dan menukarkannya kepada potret lukisan menggunakan fungsi robot AI. Para pengguna kemudiannya diberikan markah oleh sistem AI untuk daya tarikan wajah mereka berdasarkan potret tersebut, dan boleh menerima wang bertuah mengikut penilaian tersebut. Ciri ini direka khas untuk para pengguna dari tanah besar China. 

"Meitu mula berkembang ke luar negara pada tahun 2014 dan kini lebih daripada 30 peratus para pengguna kami adalah dari luar negara," kata Wu. "Untuk menepati standard penghargaan kecantikan yang berbeza di negara-negara yang berbeza, kami memanfaatkan kekuatan AI kami untuk mengesan trend berbeza dan melancarkan kesan yang sesuai yang menepati adat tempatan," beliau berkata.

Turas ini kelihatan seperti mudah tetapi teknik ini melibatkan penggunaan teknologi pembelajaran mendalam AI. Untuk menilai penampilan para pengguna dengan lebih objektif, aplikasi Meitu telah menganalisa lebih daripada sejuta set data imej dan maklum balas pengguna untuk memahami trend kecantikan tempatan dengan lebih baik.

Meitu melancarkan empat kesan Andy versi khas Vietnam untuk ucapan tahun baharu yang bertuah dan makmur
Meitu melancarkan empat kesan Andy versi khas Vietnam untuk ucapan tahun baharu yang bertuah dan makmur

Turas Hari Valentine dan kesan Andy untuk Pesta Musim Bunga kini tersedia di App store dan kedai Google play, dengan versi khas kesan Andy dalam bahasa Vietnam yang akan menarik para pengguna Vietnam khususnya.

Latar Belakang Meitu

Ditubuhkan dalam bulan Oktober 2008, Meitu ialah sebuah syarikat Internet mudah alih terkemuka global yang beribu pejabat di China. Dengan visi untuk membina perisian dan perkakasan berkisarkan "kecantikan", Meitu telah membangunkan portfolio Internet yang  beraneka dan produk perkakasan pintar seperti Meitu, BeautyCam, Meipai (aplikasi komuniti video format pendek) dan Telefon Pintar Meitu, yang mengubah cara orang mencipta dan berkongsi idea "kecantikan". Setakat bulan Jun 2017, Meitu mempunyai lebih daripada 1.5 bilion pengguna unik di seluruh dunia dan melibatkan 481.3 juta MAU. Menurut App Annie, Meitu telah berkali-kali disenaraikan sebagai salah sebuah daripada lapan pembangun aplikasi bukan permainan iOS utama di seluruh dunia bersama-sama dengan gergasi Internet global yang lain dari Jun 2014 hingga Januari 2017.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180213/2055847-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180213/2055847-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180213/2055847-1-c

Source: Meitu
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services