omniture

Hisense Menyerlah sebagai Penaja Rasmi Pusingan Akhir Liga Negara-negara UEFA

Hisense
2019-06-03 15:00 525

QINGDAO, China, 3 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Tanggal 5 Jun 2019, Pusingan Akhir Liga Negara-negara UEFA dimulakan di Portugal. Sebagai Penaja Rasmi, Hisense, pengeluar televisyen dan perkakas yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan bahawa bintang bola sepak profesional Portugis Bernardo Silva dan legenda sukan bola sepak Deco akan diundang untuk menyertai kempen "Skills Brought to Life" ("Kemahiran yang Dihidupkan"). Sebagai jenama yang benar-benar global, Hisense telah mencipta peluang unik untuk terlibat dengan peminat-peminat di seluruh dunia semasa perlawanan.

Bintang bola sepak profesional Portugis Bernardo Silva dan legenda sukan bola sepak Deco akan diundang untuk menyertai kempen "Skills Brought to Life" ("Kemahiran yang Dihidupkan") Hisense.
Bintang bola sepak profesional Portugis Bernardo Silva dan legenda sukan bola sepak Deco akan diundang untuk menyertai kempen "Skills Brought to Life" ("Kemahiran yang Dihidupkan") Hisense.

Pusingan Akhir akan diadakan di Portugal dari 5 hingga 9 Jun, menerusi persaingan sengit antara Portugal, Switzerland, England dan Belanda tatkala mereka berjuang untuk memenangi kejohanan. Hisense akan dilihat tersebar luas di padang sepanjang perlawanan, mempromosikan kempen "Skills Brought to Life" di sepanjang papan LED sebelah padang, skrin stadium gergasi dan kawasan paparan komersial tertentu.

Dengan sejumlah besar bakat untuk dipaparkan semasa perlawanan, Hisense menumpu kempennya untuk meraikan "Kemahiran" luar biasa pemain-pemain bola sepak terbaik dunia. Sebagai dua daripada pemain yang paling mahir pada masa kini dan masa lalu, duta-duta Bernardo Silva dan Deco merupakan gandingan terbaik untuk menerajui kempen berkenaan. Kedua-dua pemain telah menyertai interaksi media sosial Hisense bersama peminat-peminat bola sepak seluruh dunia, membawakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada ramai peminat sambil mewujudkan publisiti yang meluas untuk pusingan akhir perlawanan.

Warisan bertahan lama Hisense dalam sukan bola sepak menunjukkan betapa besarnya impak yang dapat diberikan oleh pemasaran sukan. Kesedaran jenama global untuk Hisense semakin meningkat selama bertahun-tahun menerusi kejayaan penajaan UEFA EURO 2016 dan FIFA World Cup 2018. Dengan UEFA Euro 2020 yang semakin menghampiri, langkah utama Hisense yang seterusnya dalam pemasaran sukan bakal menyusul.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190529/2480534-1

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 OTC:HNKLY Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports