omniture

Vantage Foundation bekerjasama dengan Instituto Claret tingkatkan kehidupan masyarakat kurang bernasib baik di Brazil

Vantage Foundation
2024-03-28 22:16 19

SAO PAULO, 28 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Vantage Foundation dengan sukacitanya mengumumkan perkongsiannya bersama Instituto Claret, sebuah pertubuhan amal bereputasi baik di Brazil.

Vantage Foundation partners Instituto Claret to uplift underprivileged in Brazil
Vantage Foundation partners Instituto Claret to uplift underprivileged in Brazil

Instituto Claret menawarkan pelbagai program termasuk sokongan untuk kanak-kanak, keluarga, pencegahan keganasan, bantuan gelandangan, sekuriti makanan serta latihan vokasional. Inisiatif ini, menyentuh kehidupan ribuan orang setiap bulan, menonjolkan komitmen tidak berbelah bahagi organisasi ini untuk meningkatkan kehidupan masyarakat yang kurang bernasib baik.

"Instituto Claret menumpukan perhatian untuk menyokong individu yang berada dalam keadaan berisiko melalui perkhidmatan dan program bertumpukan manusia yang disesuaikan untuk semua kumpulan umur, bermula daripada kanak-kanak kecil hingga warga emas, termasuk keluarga dan remaja yang memerlukan sokongan selepas sekolah," kata Paula Rodrigues Diego Unger, pengurus Instituto Claret.

"Misi kami adalah untuk membantu individu mencapai potensi mereka sepenuhnya. Dengan menyediakan persekitaran yang selamat, kami boleh memberi perlindungan kepada mereka dan mendengar keperluan serta aspirasi mereka. Ini membolehkan kami menawarkan bantuan yang disesuaikan dan menghubungkan mereka dengan sokongan penting seperti pendidikan, rawatan kesihatan serta advokasi demi hak mereka."

Kolaborasi ini menunjukkan komitmen bersama terhadap kedermawanan dan kesedaran sosial. Kedua-dua entiti tetap bersatu menerusi misi mereka untuk mempercepatkan penambahbaikan komuniti yang bermakna. Inisiatif bersama Instituto Claret ini merupakan sebahagian daripada siri program yang dikendalikan oleh Vantage Foundation, menekankan komitmen berterusan organisasi ini untuk mencetuskan impak positif di seluruh dunia.

"Vantage Foundation tetap teguh dengan komitmen kami untuk mencipta perubahan positif dengan cara yang bermakna di seluruh dunia," ujar Steven Xie, Pengarah Eksekutif Vantage Foundation. "Dengan setiap inisiatif yang kami jalankan, kami menyumbang bersama-sama rakan kongsi kami untuk masa depan yang lebih inklusif buat semua."

Sejak pelancarannya di McLaren Technology Centre, UK dengan sokongan daripada UN Refugee Agency (UNHCR) dan NEOM McLaren Extreme E Team pada lewat tahun 2023, Vantage Foundation meluaskan jejaknya bagi melibatkan negara-negara seperti Malaysia dan Singapura. Bulan lalu, Vantage Foundation berkolaborasi dengan The iREDE Foundation untuk memperkasa kanak-kanak amputasi di Nigeria.

Untuk maklumat lanjut mengenai Instituto Claret, sila kunjungi https://www.institutoclaret.org.br

Latar Belakang Vantage Foundation

Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dilancarkan di McLaren Technology Centre, UK dengan sokongan daripada UN Refugee Agency (UNHCR) dan NEOM McLaren Extreme E Team pada tahun 2023. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vantage.foundation

 

Source: Vantage Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements Not for profit Senior Citizens DEI Page