omniture

Huawei dan UNESCO Perluaskan Projek-projek Sekolah Terbuka ke Negara-negara Baharu

Huawei
2024-04-19 14:15 17

Fasa kedua akan berlangsung dari tahun 2024 hingga 2027 di Mesir, Brazil dan Thailand

PARIS, 19 April 2024 /PRNewswire/ -- Semalam, UNESCO dan Huawei melancarkan Fasa II projek Sistem Sekolah-sekolah Terbuka Menggunakan Teknologi untuk Semua (TeOSS) di Seminar Pendidikan UNESCO Digital Futures, mengumumkan bahawa fasa kedua akan berlangsung dari tahun 2024 hingga 2027 di Brazil, Thailand dan Mesir. Fasa pertama telahpun memberi manfaat kepada ribuan pendidik di Mesir, Ghana dan juga Etiopia.

UNESCO, Huawei and TeOSS project country representatives at the UNESCO Digital Futures of Education Seminar
UNESCO, Huawei and TeOSS project country representatives at the UNESCO Digital Futures of Education Seminar

Sejajar dengan SDG4 PBB, TeOSS bermatlamat untuk membina sistem pendidikan lebih berdaya tahan terhadap krisis, inklusif dan kalis masa depan dengan memanfaatkan teknologi bagi menyediakan sumber digital, latihan dan sokongan dasar kepada pendidik dan pelajar.

"Dalam menghadapi transformasi digital yang belum pernah terjadi sebelum ini, pendidikan berada di barisan hadapan, menggunakan teknologi bukan sahaja untuk memperluaskan akses, tetapi untuk mentakrifkan semula sifat sebenar pembelajaran dan ilmu pengetahuan untuk generasi-generasi akan datang," kata Stefania Giannini, Penolong Ketua Pengarah untuk Pendidikan, UNESCO. "Dengan adanya rakan kongsi seperti Huawei, kami dapat memanfaatkan revolusi digital ini bagi membentuk masa depan pendidikan yang inklusif, saksama dan berpaksikan insan."

Ikhtisar Fasa 1 Sekolah-sekolah Terbuka

Fasa I TeOSS berlangsung dari tahun 2020-2024 di Mesir, Etiopia dan Ghana. UNESCO dan Huawei menyokong kementerian pendidikan tiga negara Afrika dalam mereka bentuk, melaksanakan dan menilai sistem sekolah terbuka dalam tiga projek rintis.

Sebagai sebahagian daripada proses ini, wakil-wakil kementerian dari tiga negara ini berkongsi kemajuan, amalan terbaik dan pengalaman daripada fasa pertama di seminar UNESCO semalam.

"Projek ini bermatlamat untuk mengatasi cabaran pendidikan dengan mengintegrasikan platform pembelajaran digital dan kandungan digital yang selaras dengan kurikulum dan kecekapan digital guru. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan model pendidikan yang terbuka melalui dasar pembelajaran digital kebangsaan," kata Hegazi Idris, Penasihat kepada Menteri Literasi dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kementerian Pendidikan dan Pendidikan Teknikal, Mesir.

  • Di Mesir, TeOSS menyokong 950,000 pendidik K-12 melalui Pusat Pembelajaran Jarak Jauh Kebangsaan.
  • Di Ghana, TeOSS meningkatkan platform pendidikan kebangsaan untuk pelajar dan pendidik di seluruh negara. Dalam 10 sekolah rintis, projek ini memberi manfaat kepada 1,000 orang guru dan 3,000 orang pelajar.
  • Di Etiopia, TeOSS memberi manfaat kepada 12,000 orang pelajar dan 250 orang pendidik di 24 sekolah menengah rintis terpilih.

Turut berlangsung di seminar UNESCO, wakil-wakil dari Brazil, Thailand dan Mesir membincangkan isu-isu negara utama yang dihadapi oleh bidang pendidikan dan bagaimana Fasa II daripada projek TeOSS dapat membantu menyelesaikannya.

"Thailand melancarkan Digital Thailand bagi mencapai pendidikan digital melalui ketersambungan, kandungan dan kecekapan," kata Suthep Kaengsanthia, Setiausaha Tetap Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Thailand.

"Brazil menetapkan sasaran ketersambungan sejagat bagi tujuan pendidikan dalam semua sekolah pendidikan asas awam di negara ini menjelang tahun 2026," kata Barbara Bacellar Rodrigues de Godoy, Perunding Pengurusan Projek Pendidikan Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan, Brazil.

TeOSS sejajar dengan domain pendidikan inisiatif rangkuman digital Huawei, TECH4ALL, yang bertujuan untuk memanfaatkan teknologi bagi memacu kesaksamaan dan kualiti pendidikan.

"Huawei komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan UNESCO, kerajaan dan semua pihak berkepentingan bagi membangunkan penyelesaian teknologi yang dapat mendayakan dunia digital yang inklusif dan mampan," kata Liu Mingju, Pengarah Pejabat Program TECH4ALL di Huawei.

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Education Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements New products/services