omniture

Anaplan pertama pasarkan infrastruktur EPM awan dengan Pengurusan Kitar Hayat Aplikasi sofistikated

Anaplan
2016-12-13 22:01 752

Pengguna boleh bangunkan, sepadukan dan visualkan rancangan dengan selamat dan cekap menerusi keluaran 2016.4  

SAN FRANCISCO, 13 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Anaplan telah menambah Pengurusan Kitar Hayat Aplikasi (ALM) menerusi keluaran 2016.4 bagi platform perancangan dan pengurusan prestasi utamanya. Pertama kali dipasarkan dengan ALM termaju dalam infrastruktur Pengurusan Prestasi Perusahaan awan, Anaplan memberikan ketepatan dan kawalan lebih hebat kepada pelanggan apabila mengendalikan aplikasi dalam aspek pembangunan, pengujian, dan pengeluaran; menyediakan kefleksibelan lebih mantap dalam menyesuaikannya dengan keadaan yang berubah-ubah. Keluaran baharu ini turut meningkatkan model penjejakan maklumat terdahulu bagi menjamin keterlihatan dan kebolehauditan yang lebih hebat.

Kelebihan tawaran ALM daripada Anaplan termasuk:

  • Pengurusan lebih mudah untuk aspek pembangunan, pengujian, penggunaan dan penyelenggaraan pelan dan aplikasi berasaskan Anaplan dalam sesebuah perniagaan. Pengguna dapat melihat perubahan dan menyelaraskan model secara automatik.
  • Peningkatan keselamatan dan keandalan data memandangkan kawalan pembangunan, pentadbiran dan penggunaan model diasingkan serta dikawal.
  • Kawalan semakan membolehkan pentadbir menandakan semakan struktur model yang sedia menjalani ujian atau untuk tujuan dilaksanakan kepada pengeluaran.
  • Penambahbaikan kebolehauditan menggunakan ringkasan perubahan struktur bersih yang boleh dihasilkan sebelum perubahan diselaraskan.
  • Tambahan ciri keselamatan agar struktur persekitaran yang digunakan boleh dikunci bagi mengelakkan perubahan yang tidak disengajakan atau tidak diingini.

"Hanya Anaplan menawarkan tahap sofistikated dan kecekapan seperti ini dalam platform perusahaan moden yang mengurangkan tempoh masa pelaksanaan pengeluaran daripada berhari-hari kepada hanya dalam tempoh beberapa jam," kata Michael Gould, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Anaplan. "Sebagai platform awan yang natif, Anaplan menerajui pasaran dengan ciri-ciri keupayaan seperti ALM, yang memenuhi keperluan yang mengutamakan pelanggan dalam aspek keselamatan, tadbir urus dan kecekapan."

Penaiktarafan platform ini juga meningkatkan tahap keselamatan serta kebolehauditan menerusi penambahan butiran maklumat terdahulu berhubung model. Pengguna dapat mengesan perubahan yang dibuat dalam model, individu yang mengubahnya dan masa ia diubah. Anapan turut mengumumkan keupayaan dan aplikasi baharu ini:

  • Penyepaduan data yang lebih mudah dan lebih baik dengan Anaplan HyperConnect, dikuasakan oleh Informatica. HyperConnect membolehkan pengguna perniagaan mengekstrak dan mengubah data, serta menjadualkan penyepaduan data menggunakan antara muka intuitif.
  • Lebih banyak pilihan visualisasi dan pelaporan data disediakan hasil jalinan kerjasama baharu antara Anaplan dan Tableau Software. Pelanggan Anaplan-Tableau bersama-sama dapat membawakan data Anaplan dengan mudah ke dalam Tableau untuk tujuan visualisasi serta pelaporan.
  • Pelbagai pilihan aplikasi baharu, seperti Long-Range Planning, Asset Management, dan P&L Forecasting kini tersedia menerusi Anaplan App Hub, yang menawarkan lebih 150 aplikasi khusus untuk industri daripada Anaplan, rakan kongsi serta pelanggan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari: https://www.anaplan.com/4th-release-of-2016

Latar Belakang Anaplan
Anaplan ialah platform perancangan dan pengurusan prestasi terkemuka untuk perniagaan pintar. Anaplan memberikan enjin perancangan dan pemodelan yang tiada tandingan, analitik ramalan, kerjasama dalam awan dan antara muka ringkas untuk pengguna perniagaan. Anaplan merupakan syarikat pegangan swasta yang beribu pejabat di San Francisco, CA, serta mempunyai pejabat di 16 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati anaplan.com. Ikut kami di: Twitter, LinkedIn, YouTube, dan Facebook.

Source: Anaplan
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Semantic Web New products/services