omniture

MIMO Besar FDD Pra5G ZTE capai 2.6Gbps

ZTE Corporation
2017-02-28 21:22 473

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), sebuah pembekal telekomunikasi, penyelesaian teknologi perusahaan dan pengguna untuk Internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa penyelesaian MIMO Besar FDD Pra5G mempamerkan senario lapan terminal 4G disambungkan serentak, mencapai kadar puncak data sel tunggal setinggi 2.6Gbps, peningkatan sebanyak lapan kali ganda.

ZTE melancarkan FDD-LTE berasaskan penyelesaian MIMO Besar pertama di dunia pada Disember 2016, berikutan pengesahan melalui ujian lapangan pra-komersial dengan China Unicom dan ujian lapangan dengan China Telecom. Berdasarkan aplikasi beraneka MIMO Besar TDD, sejumlah besar data tentang ciri-ciri penghantaran telah dikumpulkan. ZTE mengusulkan pengukuran saluran MIMO Besar FDD dan penganggaran algoritma yang dipatenkan, bagi membantu pencapaian timbal balik saluran makroskopik FDD dan memberikan peningkatan hebat kecekapan spektrum tanpa perlu menukar terminal 4G. Di samping itu, cip pemprosesan vektor ZTE, MCS2.0, menawarkan keupayaan isyarat pengkomputeran dan pemprosesan yang tinggi, untuk memenuhi algoritma kompleks MIMO Besar FDD ini.

Encik Zhang Jianguo, Naib Presiden Kanan ZTE, berkata: " MIMO Besar ialah teknologi perdana yang ditawarkan oleh Pra5G ZTE. Berikutan pelancaran utama industri dan pengkomersialan MIMO Besar TDD, kami meneruskan pembangunan yang mendalam dalam memperkenalkan MIMO Besar ke rangkaian FDD-LTE,  teknologi 4G yang paling banyak dilaksanakan di seluruh dunia. Kami telah melengkapi teknologi teras 5G pada rangkaian 4G, untuk melancarkan kemunculan era 5G itu. Seiring dengan pertumbuhan komersial MIMO Besar FDD, ia akan membuktikan bahawa kami mampu menyediakan penyelesaian Pra5G yang paling berdaya saing dan memaksimumkan manfaat untuk pelanggan kami. "

Dengan memperkenalkan teknologi teras Pra5G-MIMO Besar kepada sistem FDD, penggunaan komersial Pra5G akan luas diperkembangkan pada masa terdekat. Menjelang akhir tahun 2016, lebih 40 rangkaian Pra5G ZTE telah dilancarkan di 30 buah negara di seluruh dunia. Pada tahun 2017, berdasarkan kelebihan perintis MIMO Besar, ZTE akan segera melancarkan pasang atur komersial MIMO Besar FDD bagi memenuhi permintaan yang lebih meluas untuk kecekapan spektrum yang lebih tinggi dan membuka laluan baharu untuk evolusi 5G bagi pengendali 4G di seluruh dunia.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Hubungan Media:


Margrete Ma

Daniel Beattie

ZTE Corporation

AxiCom

Tel: +86 755 26775207

Tel: +44 (0)20 8392 8071

Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Emel: daniel.beattie@axicom.com

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment