omniture

Ctrip Corporate Travel Serlahkan Strategi Pengurusan Perjalanan Baharu di Sidang Kemuncak Perjalanan Korporat Asia Pasifik 2017

Ctrip
2017-03-01 13:53 596

BEIJING, 1 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Perjalanan Korporat Asia Pasifik 2017, salah satu acara tahunan paling penting dalam industri pengurusan perjalanan perniagaan, dianjurkan oleh Ctrip Corporate Travel, sebuah syarikat pengurusan perjalanan utama China, di Beijing pada 21 Februari 2017 lalu. Menerusi slogan "TM+: transformasi ekosistem perjalanan perniagaan", syarikat-syarikat yang terkenal dalam ekosistem perjalanan pelancongan termasuk syarikat penerbangan, hotel, firma kawalan pemprosesan pembayaran dan perbelanjaan perjalanan perniagaan, selain penyedia perkhidmatan mesyuarat, insentif perjalanan, konvensyen dan pameran (MICE), telah mengadakan perbincangan mendalam yang menumpu pada analisis berhubung trend industri masa kini, dengan matlamat untuk mempromosikan penaiktarafan perkhidmatan.

The 2017 Asia-Pacific Corporate Travel Summit
The 2017 Asia-Pacific Corporate Travel Summit

TM+: mengubah ekosistem perjalanan perniagaan

Menurut laporan tersebut, berdasarkan data pasaran tahun 2016 daripada Ctrip Corporate Travel dan Global Business Travel Association (GBTA), organisasi perjalanan perniagaan terbesar di dunia, perbelanjaan perjalanan perniagaan China mencecah US$290 bilion pada tahun 2016, tempat kedua hanya di belakang AS.

Sewaktu saiz pasaran meningkat, keperluan untuk menaik taraf industri turut meningkat. "Selain permintaan asas terhadap penjimatan kos melalui pengurusan perjalanan perniagaan, pelanggan perusahaan kini mengharapkan peningkatan kecekapan pengurusan melalui sistem pengurusan perjalanan perniagaan yang berkesan dan bersepadu," kata naib presiden Ctrip, Ketua Pegawai Eksekutif Ctrip Corporat Travel, Fang Jiqin dalam ucapan perasmian beliau di sidang kemuncak tersebut. "Perubahan permintaan daripada pelanggan perusahaan dan keperluan industri untuk meningkatkan proposisi nilainya telah memacu transformasi dalam industri perjalanan perniagaan. Atas sebab inilah Ctrip Corporate Travel memperkenalkan strategi TM+."

Komprehensif, layan diri dan pintar merupakan tiga ciri utama untuk era "TM+" pengurusan perjalanan perniagaan. Dari segi nilai komprehensif, secara mendatar, produk-produk mencakupi sektor dan bidang berbeza, diperluas daripada tempahan untuk tiket penerbangan, hotel kepada platform perkongsian, MICE dan insentif berkaitan perjalanan yang lain, yang mendayakan perkhidmatan bersepadu; secara menegak, proses-proses diperluas bermula daripada tempahan dan pembayaran kepada aplikasi dan kebenaran perjalanan perniagaan bahagian permulaan berserta pembayaran balik dan analisis bahagian akhir, menyediakan pengurusan dan kawalan proses hujung-ke-hujung. Dari segi khidmat layan diri pula, TM+ mengubah industri daripada tempahan layan diri, kebenaran dan pembayaran perjalanan perniagaan kepada proses pengurusan perjalanan perniagaan yang menyeluruh sepenuhnya, termasuk suaikenal pelanggan dan penyelengaraan, pengauditan dan penyelesaian perbelanjaan, perubahan profil pengembara selain penghantaran dan pengesahan invois elektronik. Bagi ciri pintar, menyediakan pengesyoran pintar tetapi menjimatkan kos berdasarkan pilihan pengembara yang didapati daripada maklumat perjalanan terdahulu dan menyediakan laporan pintar berdasarkan analisis perbandingan perbelanjaan individu terhadap perusahaan secara keseluruhan dan melalui penggunaan data besar, industri ini secara keseluruhannya.

Proses Menyeluruh: piawaian baharu merentasi industri pengurusan perjalanan perniagaan

Berdasarkan permintaan mendesak daripada pelanggan terhadap transformasi pengurusan perjalanan perniagaan, Ctrip Corporate Travel memperkenalkan versi proses menyeluruh yang dinaik taraf untuk aplikasinya di sidang kemuncak tersebut. Aplikasi baharu ini mempunyai beberapa fungsi dinaik taraf termasuk kebenaran dan tempahan, permintaan belanjawan tambahan semasa transit, selain pembayaran balik selepas perjalanan, menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan pengurusan perjalanan perniagaan yang pintar, bersepadu dan sehenti. Penaiktarafan aplikasi ini bertujuan untuk membantu pelanggan mengurangkan kos perjalanan perniagaan dan meningkatkan kecekapan pengurusan perjalanan.

Ctrip Corporate Travel akan terus menyatukan penyedia huluan dan hiliran dalam ekosistem perjalanan perniagaan, dan menjalin kerjasama strategik yang lebih erat dengan penyedia sistem automasi pejabat yang utama dalam industri, perisian pembayaran balik kawalan kos dan perkhidmatan perjalanan, platform perolehan korporat serta platform sosial dan kewangan. Kesemua ini adalah usaha yang dibuat bagi meneroka dan membangunkan komponen yang lebih imaginatif untuk TM+, seraya memberikan peningkatan perkhidmatan yang selanjutnya untuk industri pengurusan perjalanan perniagaan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170227/0861701636

 

 

Source: Ctrip
Keywords: Electronic Commerce Internet Technology Travel Trade show news